Kelebihan Ahli Shaklee bersama Glorious

Seperti bisnes-bisnes yang lain,group bisnes Shaklee saya juga mempunyai nama iaitu Glorious.
Group yangditubuhkan ini adalah untuk membantu ahli2 di bawah saya mendapat sokongan berterusan bagi yang ingin menjana pendapatan.Sebagai ahli Glorious anda akan dapat kelebihan-kelebihan seperti :-

1) Modal
Tak perlu modal ribuan ringgit hanya dengan RM75 (semenanjung) & RM85 (Sabah/Sarawak) untuk yuran pendaftaran ahli.

2) Harga ahli
Pembelian produk dengan harga ahli (jimat sehingga 25%) dan anda juga layak mendapat harga promosi bagi produk yang terpilih pada setiap bulan.

3) Konsultasi berterusan
Sekiranya anda makan sendiri tanpa bisnes,konsultasi secara percuma dan berterusan akan diberikan serta tips yang membantu.

4)Bimbingan/Kelas
Bagi yang ingin menjadi Work at Home Mom (WAHM) atau berbisnes bersama saya,tak perlu risau jika anda rasa tak tahu apa2 untuk memulakan bisnes.Kami mempunyai kelas yang fleksibel,jika tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas siang atau malam kerana sedia maklum ramai yang bekerja dan ada komitmen2 tertentu,anda boleh sertai kelas secara online.Semuanya secara percuma,yang perlu ada rajin,usaha dan amalan rohani agar selari dengan keduniaan.

5) Teknik dan tips
Di dalam group ini,anda akan didedahkan dengan teknik2 menjana pendapatan sehingga 6 angka, teknik2 pemasaran online,cara menulis blog,tips2 dari Master yang berpengalaman,teknik FB ads dan sebagainya.

Kenapa perlu mendaftar ahli dengan saya kerana anda mugkin tak dapat keistimewaan jika mendaftar dengan group yang salah.Saya juga bermula dengan ‘kosong’,namun dengan bimbingan,motivasi serta perkongsian ilmu di dalam group ‘upline’ saya,anda akan dapat semua yang ingin anda pelajari.Segala ilmu,maklumat dan pertanyaan boleh di kongsikan di dalam group Glorious ini untuk sama-sama kita menjadi Jutawan Muslimah kerana anda tidak keseorangan.

Bagaimana cara  mendaftar?

Ada 2 cara untuk mendaftar sebagai ahli :
1) Anda boleh pergi ke mana-mana branch Shaklee berdekatan.Anda perlu seorang sponsor untuk daftar ahli dan boleh gunakan ID saya 890071.

2) Daftar secara online.Anda hanya perlu mengisi borang keahlian dalam blog ini dan saya akan uruskan A sampai Z.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut,email saya di didiesh33@gmail.com atau SMS/Whatsapp 012-6227811 (Didie)

Share

Vitamin Shaklee dan Makanan Sunnah

Ramai yang risau nak makan vitamin Shaklee sebab ia produk US.Ada yang kata pengedar2 Shaklee menolak makanan sunnah dan tidak menyokong ekonomi orang Islam/bumiputra.Jika nak kata berkenaan produk keluaran Amerika,kalau dilihat sekeliling kita seperti pakaian,perabot/perhiasan rumah,makanan,minuman,kenderaan dan sebagainya adalah keluaran Amerika dan sekutunya.Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut,jom baca latar belakang pengasas Shaklee,Dr.Forrest C.Shaklee,Sr. :-
~ Selama tempoh lebih 5 dekad,syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia,syarikat supplemen semulajadi No.1 di Amerika Syarikat.
  • Pada 1915, Dr. Forrest C. Shaklee
    menghasilkan produk pertama yg dikenali sebagai “Vitalized Minerals” di
    mana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk
    mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian
    tersebut sebagai “vitamins”. Inilah sejarah di mana perkataan vitamin
    terhasil. Daripada Shaklee jugak. =)
  • Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki Ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy dan divinity.
  • Pada 1924, Dr. Shaklee membina health
    care centre yg lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors,
    osteopaths, internist, general practicioner dan surgeons. Dan untuk
    pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan
    dibungkuskan dan dipasarkan.
  • Pada 1928, beliau melahirkan sensible
    diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini
    bersamaan dengan Food Guide Pyramid yg sekarang ini juga dicadangkan
    oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan
    pada bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan minima lemak dan gula.
  • Pada Januari 1929, beliau menjadi
    menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah
    kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life
    yg akhirnya menjadi filosofi asas dalam Shaklee.
  • Beliau mengamalkan ilmu chiropractic
    sehingga umurnya 65 tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation
    untuk memasarkan produk yg telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya.
    Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yg lebih baik dan
    produknya bersama dunia.
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh
    kerajaan sebagai MAKANAN berbeza dengan produk syarikat lain yg
    dilabelkan sebagai DRUG COMPANIES.
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan
    mineral yg terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai “Leader in the
    nutritional industry”.
  • Shaklee menjalankan ujikaji klinikal
    sendiri terhadap produk2 mereka. Ia dilakukan oleh pakar luar, unbiased
    source seperti Yale University dan Harvard University di mana kajian
    klinikan ini dijalankan ke atas manusia dan bukannya haiwan untuk
    membuktikan secara saintifik yg produk2 Shaklee boleh digunakan dan
    selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan di dalam
    peer-reviewed nutritional & medical journals seperti The American
    Journal of Clinical Nutrition, The Journal of Nutrition, The Journal of
    the American Dietetic Association, The Journal of Applied Physiology dan
    The American Journal of Cardiology.
  • Sesetengah syarikat mendakwa mereka
    melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana
    undang2 tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka
    mendakwa demikian hanya untuk melariskan produk mereka. Berbeza dengan
    Shaklee yg melaburkan berjuta2 USD untuk melakukan ujian klinikal
    terhadap produk mereka.
  • Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan
    memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yg badan perlukan. Sebagai
    makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas, enzim2 dan
    pythochemicals.
  • Shaklee memiliki makmal kajian dan
    penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California dan makmal kedua
    dibina di Stanford University in Palo Alto, California.
  • Shaklee memiliki perusahaan ladang
    (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti
    sesetengah syarikat yg mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2
    makmal dan meletakkan label jenama mereka. Tak seperti Shaklee yg
    memiliki ladang vitamin mereka sendiri. Formula vitamin pon dihasilkan
    melalui kajian sendiri dan tak dibeli dari mana2 makmal. Menarik kan?
  • Shaklee melaburkan melebihi 12 juta USD
    setahun untuk tujuan penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga
    mempunyai lebih 150 orang saintis dan lembaga penasihat terdiri daripada
    doktor, pensyarah, profesor, saintis dari universiti terkemuka dunia.
  • 176 ujian yg berasingan dijalankan ke
    atas setiap satu bahan yg terlibat dalam penghasilan produk Shaklee.
    Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan.
  • Setiap produk Shaklee mempunyai dokumen pengesahan.
  • Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan yg berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  • Shaklee produknya semua dijamin berkualiti.

Kenapa kalau produk Amerika/US orang menjatuhkan ia haram? Kita harus faham bahawa isu yang sebenarnya adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam?Dalam pengetahuan saya,Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk
memusnahkan negara-negara Islam.Jangan kita tidak berlaku adil kepada sesuatu yang jelas,sedangkan yang tidak jelas memberi bantuan membunuh umat Islam,tiada siapa yang mempertikaikannya.

Adakah pengguna2 Shaklee menolak makanan sunnah?Untuk pengetahuan semua,di dalam group2 Shaklee kami tiada seorang pun yang diajar memberi konsultasi yang menolak makanan sunnah,malahan berkongsi resepi vitamin Shaklee dengan makanan sunnah seperti ESP dicampur dengan madu & habbatus sauda’.Surah al-Baqarah ayat 168 ” Wahai sekalian manusia!Makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.

Islam tidak menghalang kita makan apa yang ada atas muka bumi,yang dicegah oleh Islam adalah makan berlebih-lebihan.Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan baik dari segi kualitinya iaitu mempunyai zat yang cukup.Walaupun Shaklee bukan makanan sunnah tetapi mengambil supplemen untuk kekal sihat adalah sunnah Nabi S.A.W.

Selain itu,penjagaan pemakanan bukan sekadar makan untuk kenyang sebaliknya membekalkan seluruh zat keperluan kepada tubuh manusia.Oleh itu pemakanan yang seimbang adalah penting bagi kita mendapatkan badan yang kuat,jiwa yang mantap dan kekal sihat.Jangan menyusahkan diri sendiri.
Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah.
Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai
daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya
dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita
menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Share

Kelebihan jadi ahli Shaklee

Sekarang kita dapati ramai yang pada mulanya hanya makan vitamin Shaklee untuk diri sendiri.Namun setelah rasai sendiri manfaat vitamin Shaklee antara set yang terlaris iaitu Set Penyusuan,susu lebih pekat,badan ibu lebih sihat,bayi lebih cepat kenyang,kulit cantik dan sebagainya membuatkan pengguna percaya dengan produk Shaklee.Justeru mereka tanpa ragu-ragu mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan ahli Shaklee antaranya :-
  1. Anda boleh membeli produk2 dengan harga ahli (jimat sehingga 25% dari harga runcit)
  2. Dengan pembelian/jualan anda akan mendapat points tertentu untuk ditukarkan kepada cash setiap bulan 5%-21%.Selain cash bonus terdapat juga Subsidi kereta,Insentif pelancongan,Bonus Kepimpinan,Insentif Coordinator dan Insentif Istimewa.Jika makan sendiri pun boleh dapat cash bonus.
  3. Berpeluang membuat bisnes Shaklee secara online dan offline dengan bantuan mentor.
  4. Sekiranya anda register dengan saya,akan di jemput masuk dalam sebuah group Shaklee di facebook serta sokongan yang berterusan.Di group itu,anda akan didedahkan dengan rahsia bagaimana menjalankan bisnes online,tips perniagaan dari Masters berpengalaman serta bantuan khidmat nasihat.Di situ juga anda akan membaca testimoni2 dari mereka yang sudah berjaya dalam bisnes Shaklee sebagai sumber inspirasi.
  5. Anda juga berpeluang menghadiri seminar,gathering,tutorials dan kelas coaching (online & offline).
  6. Segala urusan boleh di lakukan secara online melalui sistem online Shaklee.
Kelebihan ahli secara online :

 

 
  1. Sentiasa ada 24 jam sehari,7 hari seminggu.Jadi anda boleh melakukan urusan tanpa batas wak.
  2. Pendaftaran ahli dilakukan secara online pada bila-bila masa.
  3. Pembelian produk Shaklee   secara online.
  4. Maklumat berkenaan points terkini dan terkumpul.
  5. Pemindahan UV dengan segera (bagi yang membeli menggunakan ID upline) 
  6. Penyata bonus boleh didapati secara online.
  7. Penjimatan kos.
  8. Mesra alam.
  9. Jimat masa menunggu.Order online je tak perlu beratur.
  10. Bonus/komisen terus di masukkan ke dalam akaun ahli untuk semua bank.
 
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan,sila hubungi saya
 
Whatsapp/SMS : 012-6227811
 
Share

Impian nak jadi Master Shaklee..

Semua orang ada impian masing2..impian nak rumah besar,kereta besar,duit pun nak ‘besar’ juga.Apakah maksud impian?Impaian adalah sesuatu yang ingin kita raih atau capai.Namun untuk mencapai impian perlu ada motivasi,usaha,dorongan,pengorbanan dan yang penting niat.
Kenapa perlu berimpian?Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa.Impian menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalam berusaha.Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk mencapai sesuatu di luar kebiasaan.

Saya juga punya impian,iaitu menjadi Master Coordinator Shaklee.Mula-mula join Shaklee tak terfikir pun ke arah itu sebab niat nak makan sendiri je.Tapi bila lama kelamaan timbul rasa nak serius berbisnes Shaklee sebab nampak kejayaan orang lain yang juga berimpian dan mereka mungkin telah capai impian masing2.Jika mereka boleh mengapa tidak saya..semua ada peluang yang sama dalam Shaklee tetapi bergantung pada diri sendiri dan tindakan untuk mengejar peluang itu.
Bila kita berimpian,tidak kiralah setinggi mana atau sebesar mana impian kita dengan niat yang betul pasti kita terdorong  ke arah mencapai impian kita.Impian saya untuk jadi Master bukan hanya ingin bebas dari segi masa dan kewangan saja,saya ingin membantu mereka di luar sana untuk hidup lebih sihat dengan perkongsian kebaikan Shaklee.Di samping itu,membantu mereka yang ingin menjana pendapatan bagi menampung kos hidup yang kini kian meningkat.Saya juga ingin melancong ke luar negara dan rasai sendiri pengalaman di negara orang di samping menambah ilmu pengetahuan.
Dengan ‘title’ Master Shaklee suatu hari nanti,segala impian saya akan saya capai.Namun untuk mencapai sesuatu kejayaan tidaklah semudah yang kita sangka.Disebalik setiap kejayaan itu pasti ada pengorbanan,suka duka,susah senang dan pelbagai dugaan yang perlu dihadapi.Motivasi,semangat juang yang tinggi,amalan rohani dan percaya pada diri sendiri atas apa yang dilakukan pasti akan tercapai impian kita.Oleh itu jangan takut untuk berimpian.

 

Share

Strok & Vivix

 

Tahukah anda Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia.Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang
teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.
Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu.Otak merupakan pusat
saraf tubuh yang mengawal setiap apa kita lakukn atau fikirkan,serta mengawal
fungsi-fungsi automatic seperti pernafasan.
Otak
memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien penting
untuk berfungsi.Jika saluran darah di dalam otak pecah atau tersumbat,bekalan
darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.Anda
mengalami Strok apabila bahagian otak itu mula mati dan ia akan menjejaskan
deria-deria anda.
Terdapat
2 jenis Strok iaitu Strok Iskemia,terjadi apabila gumpalan darah menghalang
arteri yang pergi ke otak & menggangu bekalan darah.Strok  kedua iaitu Strok Berdarah di mana saluran darah di dalam
atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi
yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri,
menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.
 
Siapakah yang berisiko?
  • Mereka yang mempunyai Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)
  • Diet yang mengandungi garam tinggi & makanan berlemak.
  • Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi.
  • Jenis degupan jantung tidak teratur meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung.
  • Perokok & tabiat minum (alkohol),dikaitkan dengan tekanan darah yang lebih tinggi.
Risiko strok boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam,pemakanan seimbang & elakkan stress.

Bagaiman Vivix Shaklee dapat membantu?


Vivix mengandungi campuran unik botani Anggur Muscadine,Polygonum Cuspidatum,Elderberi Eropah & Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.Anggur Muscadine yang mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi,satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser,anti-virus dan anti-bakteria.
Manakala Elderberi tidak hanya kaya dengan antioksidan,tetapi juga vitamin A,B dan C yang mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk Strok dan serangan sakit jantung.
Apakah Vivix?
·  Memperbaiki
DNA
. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat
radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix
membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses
tersebut.
·  Memperbaiki
tenaga sel
. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel
tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu
menguatkan sel tubuh.
·  Membantu meningkatkan fungsi otak,
kardiovaskular, imuniti dan sendi
. Semakin tua, semakin kita rasa sakit
sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan

 

 

*Vivix tidak boleh diambil oleh ibu yang menyusukan anak dan ibu mengandung.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



==Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No.: 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

 

 

Share

Tips Banyakkan Susu Badan

Saya percaya ada di antara ibu-ibu di luar sana
menghadapi masalah dengan penyusuan terutama untuk anak pertama.Antara penyebab
susu yang pada mulanya banyak semakin berkurang adalah :-

§  Keadaan ibu yang stress dan kepenatan.
§  Bayi semakin kurang menyusu dan ibu
tidak mengepam di rumah.
§  Ibu mendapati dirinya hamil lagi.
§  Ibu mengalami menstruasi (datang haid)
atau ovulasi (waktu subur).
§  Ibu kurang menjaga diri dari segi
pemakanan dan rehat.
§  Kurang stimulasi akibat kesibukan di
tempat kerja (kurang kekerapan
          mengepam).
§  Bayi menyusu dengan ‘main-main’. Ini
boleh mengurangkan keberkesanan
          pengosongan
payudara.
§  Ibu mengalami menstruasi (datang haid)
atau ovulasi (waktu subur).
§  Ibu mengambil ubat-ubatan yang memberi
kesan kepada susu.

Perkara ini adalah normal dan biasa berlaku kepada mana-mana ibu yang
menyusukan. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah susu yang tiba-tiba
berkurang, anda tidak keseorangan.
Terdapat banyak cara, teori dan ‘nasihat’ untuk memperbanyakkan susu.
Namun
bagi sesetengah ibu, ada di antara tips-tips yang diamalkan tidak
memberi kesan.
Mengapa begitu? Ini adalah kerana ibu tidak mengetahui atau tidak
mengambil tahu
penyebab susunya menjadi kurang.
Perkara paling utama dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan
mengetahui
punca masalah tersebut. Apabila punca masalah dikenalpasti, maka lebih
mudah lah
kita nak selesaikannya.

 
Tips
banyakkan susu badan

1. Elakkan Stress
Hilangkan stress dari diri anda.Ini kerana stress boleh menyebabkan
hormone yang menghasilkan susu ‘tertekan’.Jika anda sibuk , cuba buat jadual
dan bahagikan tugas mengikut kepentingan.
Tugas-tugas di rumah dikongsi bersama suami atau upah pembantu samada
harian atau yang tinggal bersama.Jika anda bermasalah dengan individu tertentu,cuba
cari jalan penyelesaian secara baik.
Sekiranya anda tidak mendapat sokongan penyusuan dari orang sekeliling
dan anda stress
dengannya, dapatkan pertolongan pihak ketiga, atau lekakan diri anda
dengan
perkara-perkara yang boleh membuat anda gembira.

2. Pemakanan yang berkhasiat
Kafein mengurangkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrient,oleh
itu kurangkan pengambilan kafein.Begitu juga makanan segera dan garam,ia
menjadikan tubuh anda kehilangan air dengan cepat kerana garam menyerap air.Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Minum air kosong
Minum air kosong sekurang-kurangnya 3Liter sehari bagi memastikan
kesihatan optimum anda.Apatah lagi jika mengambil supplemen,kuantiti air perlu
banyak agar kepekatan cecair dalam tubuh berada dalam paras normal.Namun
begitu.pengambilan air yang mencukupi SANGAT penting, walaupun tidak menyusukan
anak.

4. Kekerapan mengepam
Stimulasi diperlukan semasa bayi tidak menyusu.Ini untuk memastikan
penghasilan susu yang berterusan.Cari waktu untuk mengepam samada di rumah atau
pejabat.Sekurang-kurangnya pam setiap 3 jam sekali.Anda juga boleh mengepam
serentak sambil menyusukan bayi.

5. Melakukan aktiviti yang menggembirakan
Sentiasa berada dalam keadaan gembira akan membantu penyusuan.Beriadah
bersama keluarga,menonton filem kesukaan,makan makanan kegemaran atau apa saja
aktiviti yang mengembirakan kerana ia akan mengeluarkan hormone yang
menggalakkan pengeluaran susu.

6. Pengambilan supplemen
Pengambilan
supplemen yang betul boleh membekalkan ibu dengan nutrient yang
mencukupi.Supplemen yang baik bukan saja untuk memperbanyakkan susu,ia juga
member kebaikan kepada ibu secara keseluruhan.

7. Makanan penambah susu
Sayur-sayuran hijau seperti sawi dan sebagainya seperti buah
tamar,lobak putih adalah antara makanan yang membantu memperbanyakkan
susu.Pengambilan makanan tinggi serat juga bagus untuk keperluan tubuh badan
anda.

Kerapkan menyusukan bayi dan mengepam supaya payudara kerap
dikosongkan.
Kekerapan mengosongkan payudara adalah faktor PALING UTAMA dalam
penyusuan
ibu. Walau pelbagai  teknik atau
sebagus mana teknik pun atau makanan
penggalak susu yang anda amalkan atau ambil… kalau perkara yang satu
ini
diabaikan maka anda pasti takkan nampak jalan susu yang kurang nak
bertambah.
Apabila payudara kosong,ia akan menghantar isyarat kepada otak supaya “Buat
susu”.
Jangan tunggu payudara bengkak atau penuh baru nak pam.Konsep penyusuan
adalah ‘Supply by Demand’,makin kerap dikosongkan makin banyak susu
dihasilkan.Anda boleh pam semasa,selepas atau sebelum menyusukan bayi. Pam
sehingga anda rasa payudara betul-betul kosong,ringan dan tiada susu lagi yang
menitik.

Share

Diari Pengedar Shaklee

Sekarang makin ramai yang kita sedia maklum menjadi pengedar sah Shaklee di serata dunia.Shaklee makin dikenali dengan set-set vitamin antaranya Set Penyusuan,Set Kehamilan,Set Kecantikan dan banyak lagi.Susah ke jadi pengedar Shaklee ni?Pendapat saya sebagai salah seorang pengedar sah Shaklee,dengan sosial media yang ada sekarang ni tak susah untuk berurusan dengan pelanggan mahupun membuat pesanan…semua dihujung jari je.

Sebagai ‘Shaklee Independent Distributor (SID),saya bukan hanya makan vitamin semata-mata tanpa mengambil tahu apa fungsi vitamin yang diambil.Pelbagai pembacaan dilakukan sebagai ilmu pengetahuan untuk diri sendiri dan juga penting untuk saya terangkan kepada para pelanggan atau pengguna Shaklee sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan.Konsultasi akan diberikan secara percuma dan berterusan kepada pelanggan yang membeli dengan saya sahaja.

Suka bagi saya berkongsi kebaikan dan faedah produk Shaklee.Jika pelanggan yang berurusan dengan saya melalui SMS,Whatsapp,email akan dilayan dengan secepat mungkin bagi memastikan mereka mendapat layanan sebaiknya.Ini adalah bagi menjaga imej sebagai pengedar yang komited dan bukan hanya menjual semata.

Group khas untuk pelanggan atau pengguna Shaklee yang berurusan dengan saya adalah sebagai salah satu cara berhubung dan penghargaan kerana mempercayai saya sebagai pengedar Shaklee anda.

Share