Resepi hari minggu : mini pizza untuk anak-anak

its weekend

Since hari minggu je saya banyak masa nak masak memasak (tu pun tengok level kerajinan..hehe),so hari ni saya nak buat mini pizza untuk anak-anak.Simple je resepi dan bahan-bahannya.

Bahan-bahan :-

Untuk asas pizza

400g / 4 cawan tepung gandum

20g / 3/4 oz yis

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil garam

240ml / 1 cawan air suam

Untuk pizza topping

5 sudu besar olive oil

600g / 3 cawan sos tomato

garam dan pepper

10g /4 oz ham (atau nak letak sosej ke daging cincang pun boleh,ikut citarasa masing-masing)

1/2 biji bawang besar,dicincang

200g / 7oz mozzarella cheese

2 daun bawang,dihiris

Cara-caranya

1. Untuk asas pizza, kacau tepung, yis, gula, garam dan air suam.Uli sehingga doh lembut,kemudian tutup dan biarkan selama 1 jam untuk doh bangkit.Selepas itu uli doh sekali lagi, tutup dan biarkan selama 30-40 minit untuk bangkit semula.
2. Susunkan  kertas biskut dengan kertas minyak.Bahagikan doh pizza kepada 12 bentuk bola.Kemudian golekkan setiap doh tadi pada permukaan yang bertepung di atas kertas biskut dan tekan rata, meninggalkan tepi tebal sedikit.
3. Panaskan  ketuhar kepada 425F(220C) .Sapukan  setiap asas pizza dengan sedikit minyak zaitun, kemudian letakkan sos tomato ke atas asas pizza.Letakkan sedikit garam dan pepper.
4. Taburkan ham(sosej,daging cincang )dan daun bawang ke atas mini pizza dan taburkan juga mozzarella cheese ke atasnya. Bakarkan ke dalam ketuhar selama 8-12 minit sehingga perang keemasan.

mini-pizza

Haaa..senang je kan.Air tangan ibu adalah lebih baik.Anak-anak pun suka makan.Selamat mencuba!

Share