Bahaya Kanser Pankreas:Vivix vs Kanser

Barah pankreas bukanlah penyakit yang lazim berlaku berbanding barah jenis lain.
kanser pankreas
Masalah terbesar barah pankreas adalah ia hanya dikesan pada peringkat serius.Ketika pembedahan dilakukan,ia sudah tidak berguna lagi.Akibatnya,pakar perubatan tidak dapat mengeluarkan kanser dari tubuh pesakit kerana tisu kanser telah merebak ke organ tubuh yang lain.
Demikian itu,isu utama dalam kebanyakan rawatan barah pankreas ialah untuk mengesan barah berkenaan dari peringkat awal.
Apabila pesakit mengalami sakit pada  bahagian abdomen,ia harus disiasat segera seperti melakukan ujian imbasan CT pada abdomen iaitu kaedah terbaik untuk menyiasat dan mengesan barah pankreas.
Namun teknik ini kurang berkesan untuk mengesan barah di peringkat awal,lebih-lebih lagi ketika tumor masih kecil.Hanya selepas tumor membesar lebih dari dua sentimeter(2cm) ,imbasan CT mampum mengesannya.Ketika itu,ia sudah terlambat untuk pembedahan.
Selain imbasan CT,tumor yang ada pada pankreas boleh dikesan melalui pemeriksaan endoscopic ultrasound. Pemeriksaan ini dapat mengesan sebarang tumor mahupun ketumbuhan yang tidak dapat dikesan imbasan CT.Jika tumor dikesan,pembedahan yang besar dan kompleks dilakukan untuk mengeluarkan semua tumor dan kanser dikawal dari merebak.
Bagaimana kita hendak tahu tanda-tanda awal kanser pankreas?
1) Diabetes secara mendadak 
– tumor pankreas ini boleh menyebabkan pesakit kanser mendapat diabetes secara mendadak atau tiba-tiba.
2) Mata dan kulit menjadi semakin kuning
– ini disebabkan tumor pankreas,walaupun bersaiz kecil,boleh menutup atau menyumbat duktus hempedu yang terletak di bahagian pangkal pankreas yang menyebabkan air hempedu berkumpul di situ kerana tersekat.Ia juga boleh menyebabkan jaundice.

3) Gatal di kulit,tapak tangan dan tapak kaki

– kesan sampingan jaundice ialah gatal-gatal di tapak tangan dan kaki akibat reaksi kulit terhadap bilirubin(bahan kimia berwarna coklat kekuningan di hati )

4) Kurang selera makan

– biasanya 6-8 bulan sebelum tumor pankreas dapat dikesan,pesakit kanser tiba-tiba hilang selera makan dan cepat berasa kenyang selepas makan sedikit.

5) Perubahan deria rasa

-bertukar deria rasa yang biasa seperti ; tiba-tiba tidak suka bau kopi,rokok atau lain-lain yang sebelum itu disukainya.

6) Sakit perut

– rasa sakit perut terasa sehingga ke bahagian belakang badan dan rasa sakit ini akan hilang apabila badan ditundukkan ke depan.

7) Pundi hempedu membesar

-pundi hempedu pesakit kanser membesarkan disebabkan oleh duktus hempedu yang tersumbat di mana hempedu akan membengkak/membesar di belakang duktus ini.

8) Najis yang pucat,terapung dan berbau busuk

– ia disebabkan oleh tumor pankreas menghalang enzim penghadaman sampai ke pangkal usus bagi proses penghadaman lemak.Makanan berlemak tidak dapat dihadamkan yang akhirnya najis jadi tidak padat,ringan,berbau dan terapung kerana kandungan lemak yang tinggi.

9) Najis hitam dan berdarah

– ini disebabkan oleh pendarahan di bahagian atas usus.

10) Turun berat badan secara mendadak

– Kurangna enzim pankreas yang dihasilkan bagi menghadamkan lemak yang diperlukan sebagai sumber tenaga.

Jika anda mempunyai antara tanda-tanda awal di atas,segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kesan Vivix pada kanser 

Resveratrol merupakan salah satu kandungan dalam Vivix yang telah dirujuk lebih daripada 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University,National Institute of Aging ,National Cancer Institute dan banyak lagi.

Kanser mungkin adalah bidang paling dinamik penyelidikan mengenai resveratrol.Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh menunjukkan ia menghalang atau menghentikan pelbagai peringkat kanser.Resveratrol bukan sahaja menghindar kanser,malahan ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan.

Resveratrol telah dibuktikan effektif melawan pelbagai jenis kanser sama ada pada peringkat menghindar mahupun peringkat rawatan.Kebolehannya menghentikan kanser berkait rapat dengan kemampuannya membezakan sel kanser dari sel sihat.

Ubat terapi kimo tidak spesifik ketika menyerang sel kerana ia menyerang sel kanser dan sel sihat dalam masa yang sama.Sebaliknya,resveratrol tidak merosakkan sel sihat,tetapi melindungi sel sihat ketika mematikan sel kanser.

Kebolehan resveratrol yang terkenal termasuk kemampuan menghilangkan radikal bebas,mengaktifkan atau nyahaktif enzim penting gen,hormon dan kimia tubuh.Kajian menunjukkan resveratrol memberi kesan yang ketara kepada kanser yang berkaitan gen.

Antara kesan lain,resveratrol mengaktifkan gen penumpas tumor dan gen yang menyahtoksik bahan kimia.Ia juga menahan gen yang membolehkan sel kanser berhubung antara satu sama lain.

TESTIMONI VIVIX VS KANSER

TESTI KANSER

 

Berjaya bebas dari Kanser tahap 4

 

TESTI 1

Master Law yang telah sembuh dari kanser serta awet muda kesan dari kebaikan Vivix.Untuk pengetahuan,umur Master Law ni pada tahun 2013 ialah 50 tahun ye.
Jadi jika ada di antara kenalan mahupun ahli keluarga anda yang menghidap kanser,boleh ikhtiar dengan Vivix.Selebihnya kita berdoa dan serahkan pada yang Maha Esa.
contact blog

 

Share

Cara Merawat Rheumatoid Arthritis,Selamat dan Berkesan

Pernah tak mengalami sengal-sengal di bahagian sendi?sukar untuk berjalan dan kerap rasa letih?Sakit di bahagian sendi seperti tangan,lutut,sendi jari kaki,bahu dan sebagainya.Tahukah ia antara tanda-tanda anda mempunyai masalah Rheumatoid Arthritis?

Definisi Rheumatoid Arthritis

Arthritis bermaksud keradangan dalam sendi.Bersama keradangan ditandai dengan kemerahan,kehangatan,bengkak dan sakit di sendi.

rheumatoid arthritis

Rheumatoid arthritis adalah jenis arthritis kronik yang biasanya terjadi pada sendi pada kedua sisi tubuh seperti tangan,pergelangan tangan atau lutut.Keadaan ini membantu membezakan rheumatoid arthritis dari jenis arthritis lain.

Faktor ketidakseimbangan sistem imun tubuh menyebabkan berlakunya keradangan pada sendi terutama diselaput syvonium.Apabila cecair syvonium  berlebihan,maka berlakunya keradangan sendi,antaranya sendi menjadi bengkak,sakit dan tegang.Jika ianya tidak dirawat dan berlarutan,ia boleh menjadi punca pada kerosakan tulang sekaligus menjadi punca masalah radang sendi iaitu Rheumatoid Arthritis.

Bahayanya rheumatoid arthritis selain menjejaskan sendi,ia kadang-kadang boleh mempengaruhi kulit,mata,paru-paru,jantung,darah atau saraf.

Apakah gejala Rheumatoid Arthritis?

  • Rasa sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan
  • Kekejangan sendi ,terutama di waktu pagi atau setelah duduk untuk masa yang lama
  • Berasa letih dan lesu
  • Hilang selera makan dan boleh menyebabkan berat badan berkurang
  • Demam
  • Kekeringan mata dan mulut

Siapa yang mengalami Rheumatoid Arthritis?

Kebanyakan pesakit Rheumatoid Arthritis terdiri daripada golongan wanita berbanding lelaki dan kebiasaannya,masalah ini akan berlaku antara umur 30-50 tahun.

Rheumatoid arthritis  dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung.Ia boleh mengurangkan bilangan sel-sel darah merah (anemia) dan sel darah putih.Sel darah putih menurun boleh dikaitkan dengan pembesaran limpa (dirujuk sebagai sindrom Felty) dan boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Risiko kanser kelenjar limfa adalah lebih tinggi di kalangan pesakit yang menghidap rheumatoid arthritis,terutama pada mereka mengalami keradangan sendi aktif.

Rheumatoid Arthritis boleh dirawat dengan beberapa kaedah seperti pengambilan ubat-ubatan,suntikan,senaman untuk sendi (rujuk pada pakar atau rheumatologist),rehat yang betul dan juga pembedahan.

Jenis rawatan akan bergantung pada beberapa faktor, termasuk usia seseorang, kesihatan secara keseluruhan, daripada perubatan, dan tahap keparahan arthritis.

Amalkan pemakanan yang boleh mengurangkan keradangan seperti minyak zaiton, ikan,sayuran dan buah-buahan yang tinggi vitamin C dan kaya antioksidan.

Pengambilan supplemen dan herba untuk Rheumatoid Arthritis

Asid lemak omega-3 – adalah anti-radang yang boleh didapati dalam produk seperti minyak ikan.Minyak ikan dihasilkan daripada ika beriklim sejuk seperti salmon dan tuna.Kajian menunjukkan penyakit keradangan kronik boleh berkurangan dan sendi kaku semakin membaik dengan pengambilan omega-3.Pastikan juga minyak ikan omega-3 yang diambil tidak mengandungi merkuri.

Minyak borage – boleh mengurangkan bengkak dan melembutkan sendi yang kaku,menurut Robert Zurier,MD professor perubatan bahagian rheumatology di University of Massachusetts Medical School.

Ekstrak teh hijau,kunyit,quercertin,halia,white willow bark,boswellia – ini adalah antara egen anti-radang yang sangat baik.

SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK RHEUMATOID ARTHTITIS

Omega Guard  – sumber terbaik asid lemak omega-3 yang bebas merkuri untuk anti radang

GLA  Complex – sumber pati minyak borage untuk mengurangkan bengkak dan melembutkan sendi yang kaku

Advance Joint Health Tablet (AJHT) – mengandungi ekstrak boswellia untuk keselesaan sendi dan anti-radang semulajadi

Vivix – antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan keradangan ,memperbaiki sel pada tahap DNA dan menghalang sel dari bermutasi.

vivix manfaat

** These products are not intended to diagnose,treat,cure or prevent any disease.

Harga Vivix mungkin nampak mahal bagi orang sihat,namun tidak terlalu mahal bagi yang kurang sihat jika dibandingkan dengan nikmat kesihatan.

contact blog

Share

Cara Hilangkan Kedut Di Dahi dan Muka

Tampil cantik  dengan kulit wajah bersih dan licin adalah hal penting untuk wanita.Jika di komen lebih tentang kedut di kulit wajah terutama di dahi dan bawah mata,wanita cukup sensitif apatah lagi masih muda.

kedut dahi

Munculnya kerutan pada wajah merupakan salah satu tanda terjadinya proses dan gejala penuaan.Kerutan pada wajah terjadi kerana kekurangan kolagen pada lapisan kulit manusia.Kolagen adalah protein yang menyumbang kepada 75% berat untuk kulit sihat.Apabila usia kita semakin meningkat,paras kolagen turut berkurangan.

Merokok,kulit sering terdedah kepada matahari,tekanan,keresahan,ketegangan,kekurangan nutrisi ,radikal bebas dari pencemaran dan sebagainya,adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan kerut di dahi dan muka.

Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kerut di dahi dan muka;yang paling lazim ialah suntikan Botox.Botox cepat mengurangkan kedutan,garisan halus pada muka dan tahan kesan selama beberapa bulan.Suntikan Botox tidak kekal,ia melumpuhkan otot-otot dan berfungsi juga untuk menghilangkan kedut-kedut.

Terdapat juga petua-petua menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk lebih jimat dan selamat pada kulit wajah.

1. Minyak zaitun

Minyak zaitun mampu hilangkan kedut wajah hasil daripada nutrisi yang boleh merangsang kulit untuk pertambahan kolagen secara semulajadi.Ia elok disapu pada setiap malam sebelum tidur.Kesannya kulit wajah pasti berbeza dan lebih sihat.

sayur n buah

2. Makan sayur dan buah

Gaya hidup sihat dengan melebihkan makan sayur dan buah-buahan segar untuk dapat kulit yang cantik dan lebih lembap.Kita juga perlu seimbangkan harian dengan melakukan senaman bagi mengeluarkan peluh untuk menyingkirkan racun dalam tubuh badan.

3. Lidah buaya

Lidah buaya kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit.Campur dengan putih telur dan dijadikan masker 2 hari sekali untuk mengurangkan kedut di dahi.Bilas sehingga bersih selepas 15 minit.Anda boleh amalkan memakai masker 2 kali sehari,pagi dan malam untuk hasil yang lebih cepat dan segar.

4. Lemon

Buah yang kaya dengan vitamin C seperti lemon dan limau nipis atau pelbagai buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah.Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali.

Selain menggunakan bahan semulajadi,terdapat juga beberapa cara untuk hilangkan kedut di dahi dan muka.Semestinya mudah dan selamat.

 Petua Cara Islam
  • Urut wajah – Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,lakukan urutan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali.Amalkan setiap hari urutan ini.
  • Tapak tangan – Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.Amalkan setiap pagi.
  • Surah Yusuf – setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf,kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja.Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.
  • surah Al-Waqiah – Hafalkan ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua Cara Moden
nutriwhite
  • Produk penjagaan kulit – Set Nutriwhite Shaklee Skin Care.Ia adalah campuran 16 nutrien yang membantu mengurangkan penghasilan melanin sekaligus menjadikan kulit wajah lebih putih ,kulit lebih gebu dan berseri.
  • Air – minum sebanyak 2-3 liter air kosong setiap hari
  • Berhenti merokok – Ia telah terbukti bahawa merokok adalah berbahaya kepada kesihatan sama ada perokok aktif mahupun perokok pasif.Kedutan juga boleh disebabkan oleh aktiviti merokok.
  • Senaman – Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu kita mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Buah-buahan – Pastikan kulit kita mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Tidur yang cukup – Pastikan kita dapat tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
  • Tenang – Elakkan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kita.Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Rehatkan kulit – Jangan sentiasa mengenakan solekan.Biar kulit berehat seketika.
  • Sebelum tidur – Tanggalkan solekan terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Elakkan makanan ringan – Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit kita.
  • Pengambilan vitamin – Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit.Namun begitu,ia tidak bermakna kita tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.

testi 1

Mengamalkan makan Vivix akan membantu anda mempercepatkan proses awet muda sekaligus menghilangkan kedut di dahi dan muka.Ini kerana Vivix membantu memberi impak pada 4 mekanisma utama berlakunya penuaan pada tahap selular iaitu :

  1.  Melindungi dan membaiki selular DNA
  2.  Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  3.  Melambatkan biognesis (pembentukan baru mitochondria)
  4.  Melambatkan pembentukan protein AGE ( Advance Glycation End Product)

Vivix mampu menganjalkan kulit wajah dan menjadikan kulit kita 25 tahun lebih muda dari usia sebenar kerana khasiatnya yang sangat tinggi.Vivix juga pantas dalam memperbaiki kerosakan DNA dalam badan kita.

Kandungan ramuan di dalam Vivix merangkumi pelbagai jenis vitamin yang mampu memperbaiki seluruh sel dan DNA yang rosak dalam badan kita.Kandungan utama Vivix adalah dari buah anggur liar Muscadine yang mengandungi 20 jenis kromosom dan ianya memberikan fungsi imun yang lebih tinggi dan sifar antioksidan yang lebih kukuh.

Saiz buah anggur liar ini adalah sebesar bola golf  kerana pertumbuhan alamnya yang sangat unik , cahaya matahari yang kuat menjadikan anggur liar ini mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.Justeru ia boleh membantu mengurangkan pembentukan kedutan pada dahi dan muka .
=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore
Share

Cara Melancarkan Haid Yang Terlambat,Tidak Teratur

Tak semua wanita di dunia ni memiliki kitaran haid yang teratur dan lancar setiap bulan.Ramai wanita yang sering mengalami haid tidak teratur,2-3 bulan sekali baru datang haid.

kitaran-haid

Haid tidak teratur dan lancar banyak memberi kesan kepada wanita terutamanya wanita berkahwin dan ingin mendapatkan anak.Banyak faktor yang mempengaruhi seorang wanita yang kitaran haidnya terganggu.

Punca-punca haid terlambat

  • FIzikal – badan selalu rasa penat,kurang rehat dan stress.Stress akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang dihasilkan oleh badan,yang menyebabkan terlambatnya ovulasi,pelepasan sel telur oleh ovari.
  • Usia – Pada usia remaja,badan kita mengalami banyak perubahan hormon,badan yang sedang menyesuaikan dengan hormon kewanitaan dan kadang akan menyebabkan haid lambat.Begitu juga pada usia 45-55 tahun atau awal menopause,tubuh kembali mengalami perubahan masa yang juga akan menyebabkan haid kurang teratur.

PCOS-And-Pregnancys

  • Polycystic Ovary  Syndrome(PCOS) – adalah ketika badan wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki Androgen – Testosteron daripada hormon wanita Estrogen dan Progesteron.Masalah ketidakstabilan hormon yang menganggu ovulasi.
  • Berat badan – penambahan atau penurunan berat badan secara mendadak melambatkan haid.Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi / haid.
  • Pengambilan ubat – contohnya pil perancang kehamilan yang boleh menyebabkan haid jadi sedikit,jarang-jarang,lebih kerap,haid tak datang atau langsung tak datang.
  • Kesakitan dan mengalami penyakit seperti kanser.

Punca yang menyebabkan haid tak stabil sememangnya mempengaruhi hormon seorang wanita.Apabila hormon tak stabil menyebabkan emosi juga tak stabil.Masa tu sekejap happy sekejap sedih,asyik nak marah-marah,jadi sensitif.Kadang diri sendiri pun tak dapat nak kawal perasaan sendiri.

Masalah yang sama dihadapi oleh Puan Ija Ramli seperti dalam video ini.Setelah sekian lama dan mengamalkan vitamin Shaklee,tonton video untuk tahu kesannya.

Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Cara Melancarkan Haid yang Terlambat

1. Pemakanan dan amalkan diet seimbang 

Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan baik.

2. Kawal berat badan dan kekalkan badan yang sihat

Elakkan kenaikna atau penurunan berat badan yang mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat

Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum.Namun,elakkan senaman yang melampau dan berlebihan kerana badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan tekanan /stress

Uruskan kerjaya,keluarga,pelajaran dan sebagainya dengan seimbang.Pada masa yang sama,perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih harmoni.

5. Ambil ubat ikut jadual

Sekiranya mengambil ubat pencegah kehamilan,pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang ditetapkan.

6. Pengambilan supplemen

a) Gamma Linolenic Acid (GLA) – dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang mana kelebihannya ialah mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding Evening Primrose Oil (EPO).Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO.GLA digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Bagaimana GLA Complex membantu melancarkan haid?

GLA mengandungi lebih GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik  dan kaya dengan asid lemak Omega-6.Asid lemak adalah diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah haid.

Manfaat utama GLA

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita,memperbaiki simptom PMS seperti kejang perut,mood swing,payudara sakit dan berdenyut.

2. Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti  hot flashes,insomnia,ketidakhadaman,tekanan.Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan,membantu mengetatkan uterus,mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.

b) Vivix Shaklee

Purple Carrot adalah antara ramuan semulajadi Vivix.Ianya adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids,phenolics,polyacetylenes,isocoumarins dan sesquiterpenes.Ia juga mengandungi anthocyanins,antioksidan yang terbaik yang menghapuskan radikal bebas,yang menjadi punca hormon tak stabil serta mempengaruhi kitaran haid.

Haid yang tak teratur boleh memberi kesan kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita.Ia juga memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan serta boleh mengganggu hubungan suami isteri.Antara sebab lain ialah :

Kemandulan – Period tak stabil boleh jadi tanda masalah yang serius dan jika tidak dirawat ia akan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita.

Ketidaksuburan dan sukar hamil –Setiap wanita berkahwin pasti ingin mendapatkan anak.Namun,masalah haid tidak teratur boleh menganggu kesuburan dan peluang untuk hamil menjadi sukar.

Masalah kesihatan seperti anemia – Masalah haid ini juga boleh menyebabkan haid berpanjangan dan ini membuatkan badan kehilangan banyak darah.Badan akan jadi lemah dan mudah pengsan.

 

Bertindaklah daripada awal bagi mengatasi masalah haid terlambat dan tidak teratur ini sebelum keadaan menjadi lebih teruk.Jika anda mempunyai masalah ini dan ingin mencuba produk Shaklee yang berkaitan,hubungi Didie – 012 6227811 atau Facebook – MyvitaminSTORE.Anda juga boleh email di didiesh33@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Lebih baik mencegah daripada merawat.Semoga entry ini sedikit sebanyak dapat membantu dengan masalah anda.

 

 

Share

Cara Hilangkan Sakit Badan Tanpa Kesan Sampingan

Masyarakat sekarang tak kira tua atau muda mudah je diserang macam-macam penyakit.Usah kata tua,muda lagi pun dah sakit-sakit badan.

Sakit badan selalu juga dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan,seperti merokok,kurang bersenam,rutin kerja yang terlalu sibuk,stress serta pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda sakit badan

sakit badan

Tanda-tanda sakit yang kita rasakan berhubungan dengan fungsi tubuh lain.

1 – Sakit Sendi
a) Rasa panas menunjukkan ada luka di bahagian sendi tersebut dan tanda-tanda penyakit gout.
b) Tidak rasa panas : tanda-tanda sakit lenguh (Rheumatism)
c) Sakit di bahagian bahu: tanda saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
2 – Kebas tangan 
Aliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
3 – Kebas tangan kiri dan lengan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit pada lengan berpanjangan,ini menandakan serangan sakit jantung mungkin terjadi.
4 – Kebas kaki
Aliran darah di bahagian bawah tubuh tidak lancar
5 – Sakit tapak kaki
Menunjukkan ginjal lemah.Biasanya disebabkan oleh kurang bersenam dan duduk terlalu lama.
6 – Badan
a) Rasa sakit : Secara umum,segala kesakitan badan adalah kerana saluran darah.
b) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan saraf.
c) Sakit sengal : Menunjukkan luka di dalam tubuh.
d) Sakit menyentap : Proses menyeimbangkan saraf yang berhubung dengan organ-organ tubuh.
6a – Badan terasa berat / lenguh
Badan mengandungi asid yang berlebihan.Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
6b – Badan terasa ringan 
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
 Biasanya cara paling mudah mengatasi masalah-masalah sakit badan adalah berjumpa doktor dan doktor akan beri pain killer untuk mengurangkan rasa sakit.
Tapi sampai bila kita nak bergantung pada pain killer?Pain killer jika diambil dalam jangka waktu yang panjang boleh membawa kesan negatif pada kesihatan kita.
Cara hilangkan sakit badan tanpa kesan sampingan
ajht shaklee
1 – Advance Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee
AJHT ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan bagi menyokong pergerakan,fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat.
Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi.
Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink,Kuprum,Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi.
ostematrix
2 – Ostematrix Shaklee
Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.Ia juga mengandungi magnesium,vitamin D dan mineral zink,tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Pengambilan Kalsium diketahui dapat :
  • Meredakan migrain,sakit belakang,period pain,kebas-kebas / kekejangan
  • Beri tidur yang lena,mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi,mengurangkan kelesuan tubuh.
  • Penting untuk orang tua,ahli-ahli sukan,wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan.

set healthy young vivix

3 – VIvix

Vivix memainkan peranan penting untuk melindungi sel badan dari rosak teruk. Ia mengandungi resveratrol, iaitu sejenis bahan yang mengelakkan AGE atau ‘proses pengkaratan’ sel dalam tubuh.

Polyganum cuspidatum,yang dikenali juga sebagai ‘Japanese Knotweed’ kaya dengan resveratrol.Resveratrol merupakan sumber polifenol terhebat yang dipercayai berpontensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.

Gabungan penyelidikan terbaru mengesyorkan yang ia juga dapat memberi kesan positif terhadapa penuaan selular serta mampu melindungi tubuh daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.

 

Vivix merupakan supplemen yang membantu kita mencegah kerosakan sel.Oleh itu,Vivix bukan hanya untuk warga emas atau bila sakit kronik datang,baru ambil Vivix.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore
contact blog
Share

Cara Merawat Pesakit Stroke Dengan Vivix

strok vivix 2

Stroke atau angin ahmar terjadi apabila salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu.Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi ,oleh itu se-sel otak akan rosak atau mati dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi atau lumpuh.

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.Ia telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal serta juga kematian jika tidak dirawat dengan cepat.

Terdapat 2 jenis stroke iaitu :

penyakit-stroke

Jenis Pertama

Ischemic

Stroke jenis ini berlaku bila salur darah ke otak tersumbat.Salur darah ini tersumbat disebabkan oleh ketulan darah atau bila ada arteri yang mula sempit dipenuhi dengan kolestrol dan benda-benda berlemak yang lain yang melekat pada dinding salur darah.

 

Jenis Kedua

Hemorrhagic

Stroke hemorrhagic berlaku sebab salur darah pecah,darah terkeluar dari salur darah dan membunuh sel otak.Salah satu penyebab stroke ini adalah tekanan darah tinggi.

Rawatan bagi stroke biasanya adalah dengan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku dan ia memakan kos yang sangat tinggi.

Punca Strok

1) Keadaan kesihatan individu

Punca strok termasuk kelanjutan umur,darah tinggi,kencing manis,kolestrol tinggi,hipertensi,gangguan jantung,arteriosklerosis(pengerasan pembuluh darah), migrain dan sejarah keturunan strok dalam keluarga boleh menyebabkan terjadinya strok.Berdasarkan statistik 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangna strok.

healthy lifestyle

2) Gaya hidup dan Cara pemakanan

Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting.Pola pemakanan yang tidak seimbang seperti makanan segera,makanan proses dan makanan ringan menyumbang kepada penyakit strok ditambah lagi dengan kurang bersenam.Sikap negatif seperti mudah marah,murung turut memudahkan seseorang itu diserang strok.

Antara tanda-tanda serangan Strok :

  • Rasa pusing kepala,sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas
  • Rasa bingung,celaru dan keliru
  • Sebelah mata kabur secara tiba-tiba
  • Susah untuk berjalan dan hilang keseimbangan badan secara mengejut
  • Terasa seperti hendak mati dan kaku/kebas pada muka,tangan,kaki atau sebahagian tubuh sahaja
  • Rasa mual atau muntah-muntah
  • Terasa seperti hendak pitam,atau pengsan secara tiba-tiba
  • Kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut tidak jelas

CARA MERAWAT PENYAKIT STROKE

1- Elak dan berhenti merokok

Merokok menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.

2- Pemeriksaan tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan berlebihan.

3- Penyakit jantung

Sekiranya terdapat gejala atau gangguan jantung seperti dengupan yang tidak teratur atau kadar kolestrol tinggi,anda seharusnya  mendapatkan rawatan susulan doktor untuk mengelakkan terjadinya serangan strok.

4- Kawal tekanan perasaan dan stress

Stress juga boleh mengganggu kesihatan jantung,oleh itu tangani dan kawal stress dengan baik.

5- Jaga Pemakanan

Lebihkan sayuran dan buah-buahan supaya makanan berserat dapat mengawal lemak,kurangkan lemak,garam dan gula.Kurangkan makan daging merah kerana lemaknya menyebabkan pembuluh darah mengeras.

6- Kawal berat badan dan ketahui BMI anda

Memiliki badan gemuk atau obesiti akan meningkatkan risiko stroke.

7- Bersenam

Bersenam mampu menurunkan tekanan darah dan menyihatkan ,disamping membakar lemak.

8- Hindari alkohol

Meminum alkohol menjadikan tekanan darah naik,malahan bagi umat Islam pun wajib untuk kita mengelakkan minuman alkohol.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu masalah stroke?

ruginya xcuba

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat,lobak ungu,elderberi dan Knotweed Jepun.

Vivix mengandungi resveratrol yang 10 kali lebih efektif dari hanya resveratrol.Ianya tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semulajadi ,tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Apa itu Resveratrol?

  • Antioksidan yang kuat
  • Anti-inflamasi
  • Anti-kanser

Banyak lagi fungsi Vivix,antaranya…

Vivix juga membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang typo rosak,mati,abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.

Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel menjadi sihat semula.

Vivix membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular / jantung.

Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.

Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular,stroke dan serangan jantung.

Manakala ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah,platlet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.

Testimoni Vivix & Stroke

strok vivix

Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014…suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah…hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga…
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun…saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee…

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Alhamdulillah..apa-apa penyakit pun kalau kita usaha dan ikhtiar pasti ada jalannya.Kita juga harus ingat,penyembuhan itu datangnya dari Allah.

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore
Share

Cara Kawal Gula Dalam Badan Tanpa Ubat

Gula atau glukosa merupakan sumber tenaga bagi badan kita,namun jika ia gula berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik pada badan kita.

gula dlm darah

Glukosa yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat,menjadi sumber utama tenaga dalam badan.Insulin yang dikeluarkan dari organ pankreas membantu tubuh untuk menggunakan glukosa bagi menghasilkan tenaga.

uji gula dlm darah

Pemeriksaan gula dalam darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin Glucometer.

Penyakit diabetes adalah antara penyakit yang popular di Malaysia.Diabetes atau dikenali penyakit kencing manis merujuk kepada bacaan gula yang melebihi paras normal di dalam badan kita.

Cara Kawal Gula Dalam Badan Dengan Shaklee

Terdapat 7 supplemen Shaklee lengkap  yang dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.

1- Vivix

Vivix terbukti mampu membantu kawal paras gula dalam darah dalam masa 2 minggu sahaja.Vivix membantu insulin di bawa ke dalam otot dan menyebabkan paras gula turun.Vivix juga mengurangkan ‘resistant’ kepada insulin. Selain itu,ia juga mengurangkan radikal bebas dengan menghalang pembentukan Advanced Glycation End Products (AGE) yang mana AGE boleh menyebabkan komplikasi pada pesakit kencing manis.

2 – Energizing Soy Protein (ESP)

ESP bertindak dengan membantu penghasilan insulin. Selain itu isoflavones yang terkandung dalam protein soya dapat membantu mengurangkan risiko diabetes. ESP juga adalah non-GMO dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Oleh itu, ia mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan membuat rasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Ini dapat mengawal paras gula dalam darah.

3 – GLA Complex

GLA ialah asid lemak omega-6 yang amat penting untuk tubuh badan kita.Ia membantu dalam mengurangkan simptom keradangan dan sakit saraf bagi pesakit diabetes neuropathy.

4 – Sustained Release Vita C

Vitamin C mampu membantu dalam meningkatkan sistem imun badan.Selain itu,dapat mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol.Vitamin C juga bantu dalam mengurangkan penghasilan retinopati,neuropati dan penghasilan katarak.

5 – Vita-Lea

VitaLea mengandungi chromium iaitu sejenis mineral yang membolehkan insulin untuk berfungsi dengan baik dan membantu badan untuk memetabolismekan karbohidrat.

6 – Alfalfa

Alfalfa juga dikenali sebagai ‘raja tumbuhan’ yang mempunyai banyak khasiat.Salah satunya adalah ia mampu mengawal paras gula dalam darah.Alfalfa juga boleh bertindak untuk detoksifikasi toksin dalam badan kita.

7 – Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang amat penting untuk fungsi insulin dan kekurangannya boleh meningkatkan insulin resistance.Zink terlibat dalam sintesis insulin,penyimpanan,rembesan dan penggunaan.Terdapat kajian menunjukkan sirosis hati dan kencing manis telah dikaitkan dengan kekurangan zink.Ujian mendapati bahawa zink dapat menurunkan tahap glukosa dalam pesakit.Selain itu zink juga melindungi sel beta.

Banyaknya vitamin nak kena ambil.Perlu ke makan semua ni?Ini hanyalah beberapa cadangan supplemen untuk membantu anda mengawal dan menurunkan paras gula dalam badan.

Untuk cadangan supplemen yang terbaik dan mengikut kemampuan anda,hubungi saya Didie @ 012-6227811 atau di Facebook @ MyvitaminSTORE

 

contact blog

 

 

 

Share

Cara Merawat Batu Karang Dengan Shaklee

Batu karang terjadi disebabkan garam,mineral dan bahan-bahan lain berkumpul secara berlebihan dalam air kencing.Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur.Jika garam ini terlalu pekat,garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan ‘batu’.

Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan,adakalanya dinamakan renal colic – sakit teruk disekeliling buah pinggangn hingga ke bahagian kelengkang.

kidney stone 3

Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda,ada pula terlalu sakit dan keradangan.Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk meredakan sakit.Batu karang juga dipecahkan melalui rawatan ultrasound tanpa melakukan pembedahan.

Faktor terjadi batu karang

♣ Kurang air – kekurangan air kosong menjadikan air kencing lebih pekat.

♣ Latar belakang keluarga – masalah batu karang boleh disebabkan oleh faktor keturunan.Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama.Malah individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu berjaga-jaga kerana ia boleh berulang.

♣Jantina – lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

♣ Kesan sampingan ubat – sesetengah ubat,contohnya ubat diuretik,boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

♣ Pemakanan – pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati,jantung,limpa) daging merah,makanan laut bercengkerang (kerang,tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang.

♣ Kurang bergerak – individu yang kurang bergerak,jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Cara merawat batu karang

Amalan cara hidup sihat merupakan salah satu langkah awal bagi mengelakkan penyakit batu karang.

♣ Minum air kosong dengan banyak bagi membersihkan air kencing serta dapat mengurangkan kepekatan bahan-bahan penyebab batu karang.Makanan seperti barli,kentang,keledek,bunga kobis dan pisang boleh mengelakkan terbentuknya batu karang.

♣ Makan ubat yang doktor sarankan.Ubat yang diberikan akan mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing.

♣ Elakkan minuman manis,terutama minuman berkarbonat.

♣ Makan vitamin B6 dan potassium untuk elakkan batu karang. M

♣ Elakkan makanan kaya asik oksalik seperti tomato,bayam,lobak merah,daging,strawberi,koko,coklat dan teh.

♣ Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan kaya serat.

Pengambilan supplemen juga adalah sebagai salah satu alternatif untuk melengkapkan kekurangan nutrisi bagi mengelakkan batu karang.

Antara supplemen Shaklee yang boleh membantu masalah batu karang adalah :

B Complex – mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang dan menampung vitamin B6 yang berkurangan.

Vitamin C – menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid juga membantu penyembuhan luka dalaman.

Ostematrix – mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) dan mencegah pembentukan batu karang.

Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Alfalfa – mengurangkan inflamasi dan infeksi

Omega Guard – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.

Lecithin – mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut.

Vivix – mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum,Anggur Muscadine,Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenal menjadikan Vivix begitu unik.

TESTI BATU KARANG

Sebarang pertanyaan,penyembuhan,konsultasi serta pengambilan supplemen mengikut bajet anda,boleh hubungi:

Didie di 012-6227811 atau Facebook – MyvitaminSTORE.

 

Share

Cara mengatasi SLE dengan Vivix Shaklee

Assalamualaikum..hari ni saya nak kupas tentang penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) .Awal dulu saya tak pernah tau pun pasal penyakit ni.Bila dah study pasal SLE ni dengan besar hatinya saya nak share dengan anda semua apa itu SLE.

SLE adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya.Protein darah  atau dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Faktor yang perlu diketahui tentang SLE

♦ Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak

♦ Lebih kurang 90% wanita yang menghidap SLE berada dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu diantara 15 hingga 50 tahun.

♦ Ratio pengidap SLE ; di Barat,di kalangan Afro-Carribeans- 1 dalam 250-500 orang.

♦ Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang di negara China – 1 dalam 1,000 orang

♦ Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini.

Terdapat 2 jenis Lupus

1. DiscoidLupus Erythematous (DLE)

– hanya melibatkan kulit

– jarang merebak ke organ lain

2. Systemic Lupus  Erythematosus (SLE)

– boleh merebak ke organ lain

– boleh mengakibatkan kematian

Apakah Yang Menyebabkan SLE?

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami.

Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Sumber : www.lupusmalaysia.org

lupus

Tanda dan Gejala yang dikaitkan dengan SLE

~ ruam-ruam pada kulit muka dan badan

~ kulit yang sensitif kepada cahaya matahari

~ ulser pada mulut

~keguguran rambut

~ sakit dan radang pada sendi

~demam yang berlarutan

~ sakit di bahagian dada apabila bernafas

~ vasculitis (radang pada salur darah)

Penyakit SLE hanya boleh dirawat dan dikawal.Pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang sekiranya rawatan awal tidak diberi.Ini kerana ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE).

Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus.Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah.
sle vs vivix
Testimoni :
Anak sy tinggalkan terus steroid yg sepatutnya dia mkn 8 bj sehari..Hanya makan vivix dan omega shaklee.syukur alhamdulillah,doktor kata penyakit SLE dia semakin pulih.”
Ye vivix memang terbaik.Sy bersyukur anak sy pengidap SLE dah hampir sembuh. Doktor pun terkejut dan bertanya apa yg anak sy makan sehinnga dia hampir bebas dr penyakit tu.”
Vivix adalah supplemen terbaik membantu merawat SLE. Ini kerana Vivix memelihara kesihatan secara menyeluruh.Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA serta kerosakan sel.
Terbukti Vivix Shaklee membantu SLE.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lanjut,hubungi Didie di 012-6227811. Facebook : MyvitaminSTORE
Share

Bahaya Demam Denggi dan Cara Atasi

Setiap ujian dan musibah yang Allah timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan redha,akan diberi pahala yang besar.

Musim panas sekarang sinonim dengan denggi.Lopak-lopak air dan longkang yang tak mengalir menjadi tempat pembiakan Aedes.Sebab tu banyak juga kita dengar kes-kes demam denggi.

denggi pix

Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain.Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.

Jika kita masih demam dalam masa 3 hari,segeralah buat ujian darah di Klinik atau hospital.Demam denggi bukan satu demam biasa kerana ia boleh membawa  maut.

InsyaAllah dengan rawatan peringkat awal demam denggi  dapat disembuhkan dan umur kita pun masih panjang.

Apakah demam denggi?

Demam denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.Tiada ubat khusus yang dapat merawat demam Denggi kecuali mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan.Tidak kira bayi,kanak2 atau orang dewasa,semuanya berisiko menghidapi demam denggi.Tanda demam denggi mudah dikenalpasti jika kita baca maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa 7 tanda -tanda demam denggi?

  1. Demam kuat secara mengejut dan berterusan
  2. Ruam merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang,otot,sendi,biji mata dan kepala
  4. Hilang selera makan
  5. Muntah-muntah
  6. Sakit perut
  7. Pendarahan pada badan,hidung dan mulut

Apa tabiat nyamuk Aedes?

  • Aedes dapat dikenali dengan berbelang hitam putih pada kakinya
  • Aedes akan menggigit pada waktu pagi dan senja
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung
  • Aedes membiak di dalam dan luar rumah

image_gallery

Kitaran hidup Aedes dari telur,jentik-jentik,kepompong hingga nyamuk dewasa hanya satu minggu sahaja.

Bagaimana mencegah pembiakan nyamuk Aedes

  • Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
  • Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga,alas pasu,kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali
  • Bersihkan saluran air hujan(saluran bumbung) daripada air bertakung
  • Pastikan tempat bertakung air seperti tayar,kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes
  • Tanam semula benda atau bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong,tin kosong,bekas plastic dan sebagainya
  • Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik TEMEPHOS seperti ABATE,AZAI,CREEK dan LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan (10gm untuk 20 gelen air) 3 bulan sekali.

Apakah petua hilangkan demam denggi?

Tiada ubat khusus untuk merawat demam denggi.Ramai orang syorkan cuba petua ni.Samada ia berkesan atau tidak sebab ni dari sumber yang tak rasmi.Wallahualam

  1. Sup Ketam – masak sup ketam,makan dan hirup kuah ketam setakat yang mampu
  2. Jus daun betik – Daun pokok betik yang matang dan bersihkan.Tumbuk atau kisar daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya.Minum satu sudu kecil jus itu.Awas! jus ini sangat pahit.

Sumber :  Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan.

Salah satu supplemen Shaklee yang membantu sistem imun kita ialah Nutriferon.Ekstrak dari 4 tumbuhan ; iaitu biji labu,bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago;mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi Interferon tubuh.

Manfaat utama NutriferonManfaat Nutriferon ShakleeVivix merupakan tonik anti penuaan semulajadi yang bertindak sehingga ke tahap selular. Tahukah anda,bila kita sakit banyak DNA kita rosak.Namun,Vivix membantu memulihkan DNA yang rosak ,sebab tu dikatakan Vivix boleh membantu untuk pelbagai penyakit.

VIVIX-3

 

So kalau anda mempunyai masalah denggi,boleh cuba Set Denggi Shaklee ni,yang penting kita ikhtiar.Kita hanya berusaha,Allah yang mengurniakan penyembuhan.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan dan pembelian,boleh hubungi Didie 012-6227811 atau Facebook ‘ MyvitaminSTORE’.

Share