Bahaya Demam Denggi dan Cara Atasi

Setiap ujian dan musibah yang Allah timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan redha,akan diberi pahala yang besar.

Musim panas sekarang sinonim dengan denggi.Lopak-lopak air dan longkang yang tak mengalir menjadi tempat pembiakan Aedes.Sebab tu banyak juga kita dengar kes-kes demam denggi.

denggi pix

Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain.Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.

Jika kita masih demam dalam masa 3 hari,segeralah buat ujian darah di Klinik atau hospital.Demam denggi bukan satu demam biasa kerana ia boleh membawa  maut.

InsyaAllah dengan rawatan peringkat awal demam denggi  dapat disembuhkan dan umur kita pun masih panjang.

Apakah demam denggi?

Demam denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.Tiada ubat khusus yang dapat merawat demam Denggi kecuali mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan.Tidak kira bayi,kanak2 atau orang dewasa,semuanya berisiko menghidapi demam denggi.Tanda demam denggi mudah dikenalpasti jika kita baca maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa 7 tanda -tanda demam denggi?

  1. Demam kuat secara mengejut dan berterusan
  2. Ruam merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang,otot,sendi,biji mata dan kepala
  4. Hilang selera makan
  5. Muntah-muntah
  6. Sakit perut
  7. Pendarahan pada badan,hidung dan mulut

Apa tabiat nyamuk Aedes?

  • Aedes dapat dikenali dengan berbelang hitam putih pada kakinya
  • Aedes akan menggigit pada waktu pagi dan senja
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung
  • Aedes membiak di dalam dan luar rumah

image_gallery

Kitaran hidup Aedes dari telur,jentik-jentik,kepompong hingga nyamuk dewasa hanya satu minggu sahaja.

Bagaimana mencegah pembiakan nyamuk Aedes

  • Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
  • Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga,alas pasu,kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali
  • Bersihkan saluran air hujan(saluran bumbung) daripada air bertakung
  • Pastikan tempat bertakung air seperti tayar,kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes
  • Tanam semula benda atau bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong,tin kosong,bekas plastic dan sebagainya
  • Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik TEMEPHOS seperti ABATE,AZAI,CREEK dan LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan (10gm untuk 20 gelen air) 3 bulan sekali.

Apakah petua hilangkan demam denggi?

Tiada ubat khusus untuk merawat demam denggi.Ramai orang syorkan cuba petua ni.Samada ia berkesan atau tidak sebab ni dari sumber yang tak rasmi.Wallahualam

  1. Sup Ketam – masak sup ketam,makan dan hirup kuah ketam setakat yang mampu
  2. Jus daun betik – Daun pokok betik yang matang dan bersihkan.Tumbuk atau kisar daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya.Minum satu sudu kecil jus itu.Awas! jus ini sangat pahit.

Sumber :  Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan.

Salah satu supplemen Shaklee yang membantu sistem imun kita ialah Nutriferon.Ekstrak dari 4 tumbuhan ; iaitu biji labu,bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago;mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi Interferon tubuh.

Manfaat utama NutriferonManfaat Nutriferon ShakleeVivix merupakan tonik anti penuaan semulajadi yang bertindak sehingga ke tahap selular. Tahukah anda,bila kita sakit banyak DNA kita rosak.Namun,Vivix membantu memulihkan DNA yang rosak ,sebab tu dikatakan Vivix boleh membantu untuk pelbagai penyakit.

VIVIX-3

 

So kalau anda mempunyai masalah denggi,boleh cuba Set Denggi Shaklee ni,yang penting kita ikhtiar.Kita hanya berusaha,Allah yang mengurniakan penyembuhan.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan dan pembelian,boleh hubungi Didie 012-6227811 atau Facebook ‘ MyvitaminSTORE’.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *