rheumatoid arthritis

Cara Merawat Rheumatoid Arthritis,Selamat dan Berkesan

Pernah tak mengalami sengal-sengal di bahagian sendi?sukar untuk berjalan dan kerap rasa letih?Sakit di bahagian sendi seperti tangan,lutut,sendi jari kaki,bahu dan sebagainya.Tahukah ia antara tanda-tanda anda mempunyai masalah Rheumatoid Arthritis?

Definisi Rheumatoid Arthritis

Arthritis bermaksud keradangan dalam sendi.Bersama keradangan ditandai dengan kemerahan,kehangatan,bengkak dan sakit di sendi.

rheumatoid arthritis

Rheumatoid arthritis adalah jenis arthritis kronik yang biasanya terjadi pada sendi pada kedua sisi tubuh seperti tangan,pergelangan tangan atau lutut.Keadaan ini membantu membezakan rheumatoid arthritis dari jenis arthritis lain.

Faktor ketidakseimbangan sistem imun tubuh menyebabkan berlakunya keradangan pada sendi terutama diselaput syvonium.Apabila cecair syvonium  berlebihan,maka berlakunya keradangan sendi,antaranya sendi menjadi bengkak,sakit dan tegang.Jika ianya tidak dirawat dan berlarutan,ia boleh menjadi punca pada kerosakan tulang sekaligus menjadi punca masalah radang sendi iaitu Rheumatoid Arthritis.

Bahayanya rheumatoid arthritis selain menjejaskan sendi,ia kadang-kadang boleh mempengaruhi kulit,mata,paru-paru,jantung,darah atau saraf.

Apakah gejala Rheumatoid Arthritis?

  • Rasa sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan
  • Kekejangan sendi ,terutama di waktu pagi atau setelah duduk untuk masa yang lama
  • Berasa letih dan lesu
  • Hilang selera makan dan boleh menyebabkan berat badan berkurang
  • Demam
  • Kekeringan mata dan mulut

Siapa yang mengalami Rheumatoid Arthritis?

Kebanyakan pesakit Rheumatoid Arthritis terdiri daripada golongan wanita berbanding lelaki dan kebiasaannya,masalah ini akan berlaku antara umur 30-50 tahun.

Rheumatoid arthritis  dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung.Ia boleh mengurangkan bilangan sel-sel darah merah (anemia) dan sel darah putih.Sel darah putih menurun boleh dikaitkan dengan pembesaran limpa (dirujuk sebagai sindrom Felty) dan boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Risiko kanser kelenjar limfa adalah lebih tinggi di kalangan pesakit yang menghidap rheumatoid arthritis,terutama pada mereka mengalami keradangan sendi aktif.

Rheumatoid Arthritis boleh dirawat dengan beberapa kaedah seperti pengambilan ubat-ubatan,suntikan,senaman untuk sendi (rujuk pada pakar atau rheumatologist),rehat yang betul dan juga pembedahan.

Jenis rawatan akan bergantung pada beberapa faktor, termasuk usia seseorang, kesihatan secara keseluruhan, daripada perubatan, dan tahap keparahan arthritis.

Amalkan pemakanan yang boleh mengurangkan keradangan seperti minyak zaiton, ikan,sayuran dan buah-buahan yang tinggi vitamin C dan kaya antioksidan.

Pengambilan supplemen dan herba untuk Rheumatoid Arthritis

Asid lemak omega-3 – adalah anti-radang yang boleh didapati dalam produk seperti minyak ikan.Minyak ikan dihasilkan daripada ika beriklim sejuk seperti salmon dan tuna.Kajian menunjukkan penyakit keradangan kronik boleh berkurangan dan sendi kaku semakin membaik dengan pengambilan omega-3.Pastikan juga minyak ikan omega-3 yang diambil tidak mengandungi merkuri.

Minyak borage – boleh mengurangkan bengkak dan melembutkan sendi yang kaku,menurut Robert Zurier,MD professor perubatan bahagian rheumatology di University of Massachusetts Medical School.

Ekstrak teh hijau,kunyit,quercertin,halia,white willow bark,boswellia – ini adalah antara egen anti-radang yang sangat baik.

SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK RHEUMATOID ARTHTITIS

Omega Guard  – sumber terbaik asid lemak omega-3 yang bebas merkuri untuk anti radang

GLA  Complex – sumber pati minyak borage untuk mengurangkan bengkak dan melembutkan sendi yang kaku

Advance Joint Health Tablet (AJHT) – mengandungi ekstrak boswellia untuk keselesaan sendi dan anti-radang semulajadi

Vivix – antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan keradangan ,memperbaiki sel pada tahap DNA dan menghalang sel dari bermutasi.

vivix manfaat

** These products are not intended to diagnose,treat,cure or prevent any disease.

Harga Vivix mungkin nampak mahal bagi orang sihat,namun tidak terlalu mahal bagi yang kurang sihat jika dibandingkan dengan nikmat kesihatan.

contact blog

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *