Set Hamil Shaklee bantu elak masalah Anemia

Kebiasaannya tiap kali ibu mengandung g check up,mesti amik darah nak tengok HB ok ke tak bagi mengelakkan masalah anemia.Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu pertama kali mengandung.
Ada juga ibu-ibu mengandung mengalami Morning Sickness,alahan yang teruk,mood swing, keletihan dan rasa malas
.Ketika mengandungkan ketiga-tiga anak,saya pun mengalami Morning Sickness tapi tak teruk dan saya juga mengamalkan Set Mengandung/Hamil Shaklee.
Bagaimana Set Mengandung /Hamil Shaklee membantu?
Semestinya ibu mengandung perlu mengambil makanan seimbang bagi membantu ibu mendapat zat sempurna semasa mengandung.
Antara vitamin-vitamin dalam Set Hamil24-aug Shaklee adalah:
1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam,lesu,kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
Membantu penyerapan iron dan sebagai antioksidan,membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik.
3) B-Complex
Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu tubuh badan bertenaga,akan lebih fokus,mengawal emosi dan wajah berseri.B Complex juga membantu penghasilan susu lebih baik kerana ia vitamin anti stress.
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Protein adalah makanan sel dan berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
ESP merupakan sumber tenaga yang boleh bertahan selama berjam-jam lamanya.
Kulit juga menjadi lebih licin,gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Kalsium penting untuk bina darah,tulang,gigi dan saraf dalam tubuh manusia.
Pengambilan kalsium adalah penting dalam diet harian bagi ibu mengandung atau menyusu kerana untuk penghasilan susu ibu,kalsium akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika ibu tidak menggantikan semula kalsium,maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis,rasa sengal kaki dan tulang belakang,mudah letih dan lesu.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak dan perkembangan janin.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri,mereka memperoleh DHA daripada susu ibu.
Oleh itu,ibu mengadung perlu mengekalkan kuantiti DHA untuk ibu sendiri juga bayi.
Pengambilan  nutrisi lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan boleh membantu perkembangan bayi yang sihat,pencegahan baby dari mendapat jaundice serta perkembangan otak dan minda bayi.
Set Mengandung Shaklee ini juga mampu menjadikan ibu kekal sihat,bertenaga dan kulit wajah berseri.
esell-shaklee-logo
Share