Kepentingan Penjagaan Kesihatan Ketika Hamil

preggy mom

Fasa kehamilan sangat mengujakan,namuj kepentingan menjaga kesihatan usah diabaikan supaya ibu dan bayi sihat.Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :

– dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir

– membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.

– mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

  1. Iro– utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid – utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium – untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 – penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

  1. Vitalea – multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex – lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix – kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard – sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :

  1. Vitamin C – membantu menguatkan sistem imun,meneutralkan radikal bebas dan membantu usus menyerap lebih banyak zat besi dari makanan untuk mengelakkan anemia.
  2. ESP – selain vitamin C,ESP juga membantu meningkatkan imuniti badan ibu,mengekalkan tenaga berpanjangan.Malah protein penting untuk perkembangan otak bayi.

FB_IMG_1487385169633

Tak Digalakkan :

  1. Alfalfa – alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A – vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.
  3. Vitamin E – sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat.

*rujukan :

Share

Tips Penjagaan Kulit Cantik Berseri

Walaupun dah jadi mak-mak,kecantikan dalaman dan luaran perlu dijaga.Maklumla,semakin berusia kolagen berkurang,banyak sel-sel mati dan kulit mula bermasalah.
Khasiat air putih
Pengambilan air putih dalam rutin harian penting kerana ia mengandungi hidrogen,oksigen dan mineral yang mampu membantu melancarkan peredaran darah,membuang kotoran dan toksin dari tubuh  justeru dapat membantu menjaga kelembapan kulit.
Bersenam
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30-60minit bagi mendapatkan tubuh yang segar dan bertenaga selain menjaga bentuk badan.Selain itu, ia juga baik untuk jantung.
Rehat yang cukup
Tidur yang berkualiti membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam badan. Justeru, tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari. Jangan biarkan otak tidur di dalam keadaan stres. Pastikan anda tidur tanpa gangguan dari bunyi telefon, buku dan televisyen. Selain itu,tidur di dalam keadaan gelap akan membantu tubuh menghasilkan hormon yang baik untuk pertahanan tubuh sekali gus menjaga sel tubuh dari rosak.
Rawatan pagi dan malam
Kulit muka yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih baik. Cuci bersih muka dengan menggunakan air suam. Pastikan memilih produk yang sesuai dengan kulit anda.
nutriwhite
Set Nutriwhite Shaklee
Penjagaan kulit dari luaran yg terbaik.Ia menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak terlalu kering ataupun tidak terlalu berminyak. Sangat sesuai untuk mereka yg mempunyai kulit normal, tidak mempunyai masalah jerawat, mudah sunburn tapi sukar untuk kembali cerah , mempunyai kulit kusam ataupun ingin menghilangkan bintik hitam akibat sel mati.
Pengambilan vitamin
Makanan tambahan dapat membantu atasi kulit kusam.Badan tak cukup vitamin mengurangkan kekuatan kulit untuk menapis penuaan.Hari-hari muka terdedah dengan sinaran matahari juga menjadikan kulit rosak.
Kombinasi Set Kecantikan Shaklee dapat mengatasi masalah kulit kusam,kering dan berminyak.
Collagen Powder Shaklee – Dihasilkan daripada bahan semulajadi berkualiti tinggi iaitu sisik ikan merah laut dalam yang mempunyai struktur kolagen yang sangat halus memudahkan penyerapan ke dalam kulit manusia.Pengambilan hanya dalam masa 2 bulan sahaja secara konsisten mampu merubah tekstur kulit wajah anda menjadi mulus & tegang serta awet muda.
ESP – Protein yang tinggi membantu pertumbuhan sel kulit yang baru setiap 2 minggu.Sel yang sihat mudah menyerap vitamin secara tak langsung,badan lebih sihat,bertenaga dan kulit pun bersih,mulus dan gebu.
SR Vita C – Vitamin C adalah agen paling penting  untuk memelihara dan menambah kandungan kolagen semulajadi dalam kulit supaya kekal tegang,licin dan awet muda.
Vitamin E – Kandungan antioksidan membantu membuang radikal bebas di dalam badan dan melambatkan proses penuaan.
GLA – Menstabilkan hormon wanita,sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia membekalakn estrogen untuk wanita dan membantu masalah jeragat.
FB_IMG_1486283153476
Selain tu,Vivix dapat membantu memperbaiki sel-sel rosak serta bertindak sebagai anti penuaan.Mengandungi kuasa antioksidan 40 kali lebih tinggi bagi melindungi kulit.
contact blog
Share

Set Shaklee Bantu Penyusuan Lancar

Setiap wanita pasti teruja bila dapat tahu diri hamil,anak pertama pulak tu memang gembira sangat.Tapi masa tu belum kenal Shaklee lagi.
Sepanjang hamil,saya sangat2 suka makan buah walaupun sebelum hamil pun memang makan je buah.Buah nenas je sebelum tu tak suka,masa awal kehamilan dan tak tahu pun dah hamil masa tu,tiba-tiba nak makan buah nenas.Sejak dari haritu,hampir setiap hari akan beli sepotong buah nenas letak garam,nikmatnya rasa 😃
Tanggal 3hb April 2011,lahirlah puteri sulung ku,Syaza.Alhamdulillah,semua urusan dipermudahkan,anak lahir pun berat 2.33kg.Sampai umur Syaza 4 bulan susu berkurang,mula la susah hati.bila susah hati lagi la susu merundum.Tambah pula lagi sakit gigi,hilang sebatang hilangku 😉
Mula mencari info kat ‘mr google’ dan terbaca tentang kesan pengambilan antibiotik kepada ibu menyusu.Masa tu terdetik,adakah sebab makan antibiotik susu merundum?Apa lagi,google cari cara untuk tambah susu badan sehingga terjumpa la Shaklee walaupun sebelum tu dah cuba macam-macam tak berapa berkesan.
Alhamdulillah berjaya tambah susu dengan Set Penyusuan dengan cara pengambilan yang betul dan konsisten.
Bila Syaza dah membesar,dia ada jenis makan memilih,buah sayur semua tak nak makan.Mula la masalah sembelit,sampai berjam-jam dan menangis sebab sakit.Tak larat nak bagi ubat,tengok dia kesakitan kalau nak buang air besar,akhirnya saya ikhtiar dengan Mealshakes dicampur dalam susu.
Syukur sangat lepas amalkan Mealshakes,dah takde sembelit.Bila dah besar ni tambah lagi dengan Vitaleachildren & Omega Guard.Ni la antara ikhtiar2 untuk anak syurga saya.
IMG-20160115-WA0031
FB_IMG_1453180105288
Pada ibu-ibu yang menghadapi masalah seperti saya,boleh cuba Set Penyusuan untuk melancarkan penyusuan dan Set Kanak-kanak untuk tumbesaran sihat serta tingkatkan sistem imun anak-anak.
 contact blog
Share

Tips Bahagi Masa Untuk Bisnes

IMG_20170212_101414_988
Bekerja tapi dalam masa yang sama buat bisnes.Awal-awal decide nak buat part time bisnes ni agak kelam kabut,stress,rasa tak cukup masa dan mood pun turun naik.
Orang kata kalau bersama orang-orang hebat dan berjaya?inshaAllah kita pun boleh jadi hebat macam mereka.Dikeliling oleh aura-aura positif,buatkan kita pun jadi posotif.
Tapi orang sekeliling hanya boleh tolong bagi dorongan dan motivasi,selebihnya pada diri kita sendiri,macam mana kita usahakan untuk capai kejayaan.
Pentingnya pengurusan masa supaya apa yang kita rancang tu lebih teratur dan lancar.Catat dan rekod segala urusan bisnes agar dapat dirujuk untuk masa akan datang.
Usaha perlu selaras dengan visi dan misi bisnes kita.Masa,customer semuanya datang dari Allah,sebab tu pentingnya amalan rohani yang istiqomah.
Sertai team kami,hubungi
DIDIE [012-6227811]
FACEBOOK : Myvitamin STORE
INSTAGRAM : my_vitamincantik
Share

Bagaimana Boleh Kenal Dengan Shaklee

Set penyusuan yang menemukan saya dengan Shaklee..chewaah.Pertengahan tahun 2011 masa anak sulung umur 4 bulan,saya adalah masalah penyusuan sebab memang awal-awal dah niat nak fully breastfeed anak sehingga 2 tahun.
Efek-Antibiotik
Masa tu sakit gigi dan kena cabut sebatang gigi.So of course dentist bagi antibiotik.Lepas seminggu tu susu drop dan baru terbaca tentang kesan ANTIBIOTIK pada penghasilan susu badan.
Macam-macam alternatif dan produk saya  cuba untuk tambahkan susu badan.Akhirnya dengan Shaklee juga yang serasi dan berjaya meneruskan penyusuan.
Tapi masa tu sekadar jadi pembeli dan pengguna saja.Hujung 2012 baru la terbuka hati nak mencari macam mana nak jadi ahli untuk dapat harga rendah sebab dah jatuh cinta dengan vitamin-vitamin Shaklee bila dah rasa kesannya sendiri.
IMG-20160115-WA0031
Masa decide nak join member tu dah tak fikir panjang dah Shaklee ni MLM ke apa walaupun sebelum tu dah serik dengan MLM.Lagipun saya yang mencari bukan Shaklee cari saya.
So sampai sekarang pun setia je dengan produk-produk Shaklee yang sentiasa selamat,berkesan dan mesra alam.Saya rasa beruntung sangat dapat duduk dalam group yang sentiasa memberi sokongan,ilmu,motivasi dan bukan hanya fokus pada duniawi malah sangat tekankan amalan rohani.
Belum cuba memang tak tau kesannya yang hebat,dah cuba pasti cari.Tapi cara pengambilan kena betul.Jadi,buat pembelian dan cara pengambilan vitamin-vitamin ni boleh hubungi,
Your Shaklee Health Consultant
♧ Didie ♧
012.6227811
Share

Kenapa Landmark Study ni Paling Komprehensif

LD 2
Landmark study ni penting kerana keterbatasan kajian saintifik yang ada.Ia merupakan kajian secara menyeluruh bagi pengambilan pelbagai supplemen.
Supplemen bukanlah seperti ubatan yang terhasil dari dadah makmal di mana kesannya boleh dilihat segera kerana ia merawat simptom tertentu melibatkan enzim2 tertentu saja.
Oleh itu,CEO Shaklee,Roger barnett sendiri minta data saintifik dikeluarkan bg membuktikan shaklee benar2 berkesan dan terbaik,tak perlu nk tipu2 testi atau buat2 cerita.
Tak banyak syarikat yang membenarkan kajian dijalankan oleh pihak ketiga kerana ia akan memberi impak kepada syarikat sekiranya hasil dari kajian menunjukkan produk itu tidak berkesan.
Kalau result Shaklee teruk pun akan dipublish juga.So terbukti Shaklee adalah produk yang sentiasa selamat,berkesan dan mesra alam.
Didie @ 012.6227811
Facebook : Myvitamin STORE

 

Share

Rabun Berkurang Kesan Pengambilan Carotomax

Hampir seharian asyik mengadap komputer (dah memang keje kena guna komputer manjang),elok tak perlu pakai cermin mata dah kena pakai.
Saya pulak lebih selesa dengan menggunakan contact lens berbanding cermin mata.Cermin mata jarang2 pakai.Nak nampak lebih cantik kononya.
Ceritanya masa nak buat cermin mata baru,cek mata tengok rabun dah turun,banyak pulak tu..macam percaya tak percaya je.Ni la akibatnya bila amik carotomax 😉
Carotomax antara vitamin Shaklee yang memberikan perlindungan antioksida yang sangat tinggi kerana ia mengandungi 6 jenis karotenoid yang sangat diperlukan oleh badan.
Antara manfaat utama Carotomax
▪ lebih selamat dari vitamin A
▪ meredakan penyakit kulit
▪ menghalang infeksi
▪ mempertingkatkan penglihatan
▪ melawan kanser dan oksidasi
Carotomax diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan antioksida seperti rumpai laut,non-GMO tomato,biji anggur,brokoli,pot marigold,epal,kentang,strawberi,karot dan sebagainya.Kita makan buah pun ikut mood atau selera.
Setiap sayuran dan buahan ini diekstrak khasiat antioksidanya melalui cara pengasingan dan disalurkan dalam bentuk flavanoid dan karotenoid yang semulajadi.
Mengapa CarotoMax Shaklee ?
Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.
Alpha Carotene
  • Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
Beta Carotene
  • Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
  • Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
Lycopene
  • Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun.
  • Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

Astaxanthin

  • Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon.Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen.
  • Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.
Lutein
  • Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.
Zeaxanthin
  • Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.
 FB_IMG_1486687987457
Jika anda mempunyai masalah rabun dan tak suka nak pakai cermin mata 😄,boleh cuba Carotomax sebagai ikhtiar dan alternatif mengurangkan rabun.
Hubungi didie @ 012.6227811
Facebook : Myvitamin STORE
Share

Perut Kempis Dengan Detoks Tanpa Diet

Semalam baru je terangkan pasal detoks kat sorang customer ni.
Sesetengah orang dah berdiet,bersenam,makan macam2 supplemen dengan harapan dapat menurunkan berat badan.
Ada banyak faktor dan salah satunya  adalah toksin dalam badan.Badan yang sihat adalah hasil daripada pembuangan toksin dan bahan yang tidak penting.
Oleh itu,detox atau detoksifikasi merupakan satu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun2 yang tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detoks dilakukan bagi memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya selain memastikan sistem buah pinggang kita berjalan lancar.
Jadi apa kepentingan detoks ni adalah bagi melancarkan peredaran darah serta melancarkan proses perkumuhan dan penyahtinjaan badan.Organ2 harus dicuci dan dibasuh agar segala aktiviti yang dilakukan berjalan lancar.
Apabila badan banyak toksin dan berasid akibat pengumpulan bahan beracun yang banyak dalam badan,kita boleh terdedah dengan masalah kesihatan seperti sembelit,kanser kolon,masalah berat badan dan lain-lain.
Sebab tu detoks penting dan merupakan perkara asas untuk memastikan tubuh menyerap nutrisi secara optimum.
TESTIMONI DETOKS
FB_IMG_1461565852150
FB_IMG_1461722666578
Jika berminat untuk sertai kelas detoks bersama team kami,PM @ WHATSAPP ;
DIDIE – 012.6227711
FACEBOOK : Myvitamin STORE
INSTAGRAM : my_vitamincantik
Share

Extra Income – Online Bisnes

PicsArt_12-17-02.11.55
Nak buat bisnes ni memang ada susah senang,turun naik tapi jangan cepat mengalah.Bila kita pandang orang dah berjaya dalam bisnes,cuba pandang ‘part’ masa diorang susah payah nak sampai ke atas.
Bila pandang ‘part’ yang best je,ada kereta mewah,rumah besar mula la berkata2 “ala,dia takpela banyak duit” , “senangnya hidup dia goyang kaki je,makan angin sana sini’.
Oleh itu,perlu ada bimbingan dan sokongan supaya pemikiran kita bukan macam tu.Bisnes guide yang saya dapat dari group Shaklee sekarang pun banyak mengajar saya yang bermula dari ‘zero’.Sekarang saya pun mempunyai group untuk ‘anak2’ Shaklee saya bagi membimbing mereka sama2 berjaya dalam bisnes ni.
Apa yang dijanjikan dalam group kami iaitu bimbingan berterusan dan kelas secara online juga offline.Di dalam group ni juga anda akan didedahkan dengan teknik2 menjana pendapatan sehingga 6 angka,teknik2 pemasaran online,cara menulis blog,tips2 dari Master yang berpengalaman dan sebagainya.
Semuanya secara percuma,yang perlu ada rajin,usaha dan sanggup keluar dari Zon Selesa serta tak lupa,amalan rohani agar selari dengan keduniaan.
Pengedar Shaklee & Business Leader Anda
== Didie ==
012.6227811
 
Share