Bisnes Part Time Yang Mudah dan Fleksibel

Kebetulan suami ada kursus di Penang kelmarin,ambil peluang bawa anak2 bercuti sekali. Kalau ikut perancangan asal dan vision board,nak pergi bulan Disember..tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.
Sehari sebelum bertolak dah ada dugaan..yang pertama minyak hitam kereta nampak ada tumpah sikit. So pergi kerja,hantar kat workshop dekat dengan office supaya senang la kononnya.
Keesokkan hari,iaitu beberapa jam sebelum bertolak diserang demam panas sampai menggigil2 satu badan dan kebas jari2. Telan segala vitamin shaklee yang patut dan gagahkan diri masuk kereta untuk mulakan perjalanan. Maklumla anak2 dah excited nak berjalan dan suami pun wajib ke kursus tu.
Dugaan ke-3..dalam perjalanan berhenti kejap di R&R mana dah tak ingat sebab sepanjang kereta bergerak memang tak mampu nak angkat kepala.Tiba2 suami nampak minyak hitam bocor…banyak juga rasanya.
Terpaksa la keluar ke Ipoh untuk cari bengkel kereta. Jam pun dah lewat petang,dalam hati berdoa moga ada bengkel yang masih buka. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan lebih kurang 8 malam,teruskan perjalanan ke destinasi.
Badan pun dah kembali segar sikit walaupun belum sepenuhnya sihat. Bercuti sambil melayan kerenah anak2 pun sempat join kelas2 online bisnes.
Nama pun bisnes,sendiri la bos sendiri juga la pekerja. Kalau diri sendiri tak bergerak,maka tak bergerak la bisnes jawabnya..betul tak?
Ni la namanya bisnes on the go,bisnes 24jam,bisnes yang flexible dan bisnes yang ada masa depan..kalau kena caranya.
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *