Tips banyakkan susu ibu tanpa supplemen

Sejak turun temurun,pelbagai tips dan petua untuk meningkatkan serta memekatkan susu ibu. Sebenarnya tiada cara yang benar atau salah kerana penerimaan setiap badan individu adalah berbeza.

Contohnya petua A mungkin menjadi pada ibu A tetapi tidak berhasil pada ibu B. Oleh itu,jangan cepat berputus asa. Perkara paling penting,dapatkan sokongan moral daripada individu terdekat serta mendalami ilmu penyusuan.

‘Demand and supply’ merupakan konsep utama dalam proses penyusuan. Selari dengan maksudnya,lagi tinggi permintaan(demand),lagi banyak penghasilan(supply) susu ibu. Tiada jalan singkat bagi penyusuan walaupun dengan pelbagai ‘milk booster’.

Sangat penting untuk ibu-ibu memahami konsep ‘demand and supply’. Salah satu cara untuk tingkatkan penghasilan susu adalah melalui ransangan.

Antara tips yang boleh dilakukan adalah;

1. Kekerapan menyusu 

Lebih kerap menyusukan,maka lebih banyak susu akan terhasil.Selain ‘direct feeding’, teknik pam yang boleh dicuba;

  • Pam payudara selepas atau semasa sesi penyusuan.Untuk hasil yang berkesan,teruskan pam payudara dalam 2-5 minit selepas titik susu terakhir. Ibu juga perlu dalam keadaan tenang (relax) bagi meransang lebih banyak hormon oksitosin dihasilkan untuk membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.
  • Hormon prolaktin banyak terhasil pada tengah malam iaitu 12malam sehingga waktu pagi. Oleh itu,luangkan sedikit masa untuk mengepam sebelum dan selepas bangun tidur.
  • Power pumping juga merupakan salah satu teknik yang berkesan bagi tujuan ransangan.

2. Pastikan bayi menyusu dengan teknik yang betul

Jika bayi tak dapat menyusu dengan efisien atau mengosongkan payudara,dinasihatkan agar ibu memerah atau pam susu sehingga payudara kosong.

3. Penyusuan terus payudara

Ini juga boleh dilakukan dengan ibu mengambil cuti selama 2-3 hari. Waktu ini digunakan untuk menyusui bayi sekerap mungkin dan ibu mendapat rehat secukupnya.

4. Menyusukan bayi selang selikan payudara

Pastikan bayi puas menyusu payudara berkenaan sebelum menukarkannya.Teknik urutab payudara ‘breast compression’ boleh digunakan untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

5. Pemakanan seimbang serta minum air yang mencukupi.

Makan makanan yang berkhasiat serta yang membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu seperti oats,air soya,sawi,kurma,lobak putih dan sebagainya.Namun,keberkesanan adalah bergantung kepada individu.

6. Penyediaan jadual memerah yang tetap

Walaupun sibuk ketika berada di tempat kerja,cuba sedaya upaya untuk mengikut masa yang ditetapkan untuk sesi memerah setiap hari. Jadilah ibu yang hebat dalam penyusuan dengan menjaga demand.Paling penting,usah sesekali skip sesi penyusuan atau pam anda.

7. Banyakkan bersedekah

Bersedekahlah dan memohon agar dimurahkan rezeki untuk anak anda serta banyakkan berzikir kepadaNya atas segala nikmat yang diberi.

8. Rehat secukupnya

Ibu menyusu juga penting untuk mendapatkan rehat yang mencukupi agar penyusuan berjalan lancar. Kurang rehat boleh menyebabkan ibu tertekan dan ia akan mengganggu proses penyusuan.Apabila susu tak boleh dikeluarkan dengan efisieb,otak akan mendapat signal bahawa susu yang dikeluarkan sekarang sudah melebihi permintaan.Maka susu akan kurang dihasilkan.

Selain itu,percaya dengan kebolehan dan kemampuan diri untuk menyusukan bayi anda selama mana yang mungkin atau sehingga 2 tahun.

Happy breastfeeding!

Share