Tanda-Tanda Tubuh Kekurangan Vitamin

Pemakanan seharian kita perlu lah seimbang mengikut saranan piramid makanan sedia ada. Namun,adakah kita dapat memastikan segala keperluan nutrisi tubuh dipenuhi?

Kenali tanda-tanda tubuh kekurangan vitamin

  1. Apabila kita mengalami masalah kesihatan seperti rabun malam,katarak,jangkitan saluran pernafasan,sistem imun yang lemah serta mengalami masalah kulit itu tandanya tubuh kita kekurangan vitamin A. Dengan itu,banyakkan pengambilan makanan yang kaya vitamin A seperti kekacang,susu,ikan dan sayur hijau.
  2. Jika tubuh mengalami gejala seperti gusi berdarah,jangkitan pada luka,sakit sendi,cepat letih,itu merupakan tanda bahawa tubuh kekurangan vitamin C. Bagi mengatasinya,makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah oren,  tomato,nenas dan sayur-sayuran.
  3. Jika anda merasakan tanda-tanda seperti sistem ketahanan badan lemah,kulit kering,kulit bersisik,bibir pecah-pecah, ia adalah tanda tubuh mengalami kekurangan vitamin B2. Sumber makanan seperti kekacang,kuning telur,susu dan sayur-sayuran segar dapat mencegah masalah berkaitan.
  4. Jika timbul gejala gangguan pada sistem saraf dan otot ia boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki mahupun wanita. Ia bermakna tubuh kekurangan vitamin E yang mana ia dapat dicegah dengan pengambilan makanan seperti daging,ayam, ikan, kuning telur dan minyak sayuran.
  5. Mudah mengalami kerosakan gigi,kejang otot,masalah tulang, merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin D. Ia dapat dicegah dengan makanan seperti keju,telur,susu dan minyak ikan.
  6. Kekurangan vitamin B12 pula menyebabkan gejala seperti anemia,cepat letih,penat dan lesu. Maka perbanyakkan memakan sayur hijau,daging kambing,hati dan telur.
  7. Jika anda sering kejang otot,susah tidur,kulit kering dan pecah-pecah,ini bermakna anda kekurangan vitamin B5. Bagi mengatasinya,ambil sumber makanan daging,susu,hati,kacang hijau dan sayur-sayuran.

Mencegah itu kan lebih baik dari merawat. Semasa tubuh masih sihat la kita perlu jaga bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Continue reading Tanda-Tanda Tubuh Kekurangan Vitamin

Share

Masalah Keputihan : Cara Hilangkan Secara Semulajadi

Ramai wanita yang mengalami masalah keputihan atau discharge. Keputihan adalah sesuatu yang normal kepada setiap wanita kerana ia berperanan sebagai ‘pembersih di dalam sistem pembiakan wanita.

Ia adalah cairan yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam vagina dan serviks yang membawa keluar sel-sel mati dan bakteria. Dengan ini, ia membantu mengekalkan kebersihan vagina serta mencegah jangkitan kuman.

Cairan yang keluar ada yang berbau dan warnanya jernih atau ada lebih pekat bergantung pada waktu kitaran haid.

Lebih banyak keputihan akan keluar contohnya pada waktu subur,menyusukan anak atau sedang terangsang secara seksual. Bau juga berbeza semasa mengandung atau kurang menjaga kebersihan dalaman.

Tetapi jika warna,bau dan kepekatan cairan kelihatan luar biasa,disertai dengan kegatalan di faraj atau rasa panas,ia mungkin terdapat jangkitan.

Punca Berlaku Keputihan Yang Luarbiasa

Perubahan pada keseimbangan bakteria normal pada vagina akan mempengaruhi bau,warna atau tekstur keputihan. Antara perkara yang boleh mengubah keseimbangan tersebut;

  • Bakteria vainosis,jangkitan bakteria pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai ramai pasangan hubungan kelamin.
  • Kanser Serviks
  • Sabun wangi,losyen atau mandian berbuih.
  • Penggunaan steroid atau antibiotik
  • Penyakit radang tulang punggung
  • Jangkitan parasit disebabkan hubungan kelamin
  • Penipisan dan kekeringan dinding vagina semasa menopause
  • Jangkitan kulat
  • Pil perancang
  • Diabetes
  • Vaginitis,kegatalan di sekitar vagina
 Sekiranya ke klinik untuk mendapatkan rawatan keputihan yang luarbiasa,doktor akan mengenalpasti masalah sebenar keputihan. Kemudian doktor mungkin mengambil sampel keputihan atau melakukan ujian papsmear untuk pemeriksaan lanjut.
Tips Elakkan Jangkitan Vagina
  • Selalu membasuh menggunakan sabun yang lembut dan air suam
  • Elak menggunakan sabun wangi
  • Sentiasa pastikan faraj kering selepas ke tandas
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada 100% kain kapas dan tidak terlalu ketat untuk pengudaraan
Rawatan Yang Diberikan

 

Doktor akan memberi rawatan bergantung pada punca masalah keputihan seperti ubat antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj atau krim/gel.

Jika Vaginosis bakteria akan dirawat dengan pil antibiotik atau krim.

Cara Hilangkan Keputihan Secara Semulajadi

 

B-Complex – kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan jangkitan pada vagina.

Vitamin C – menguatkan sistem imun badan bagi mealwan bakeria,kulat dan sebagainya.

Alfafa – bersifat anti kulat semulajadi

Garlic– sebagai antibiotik semulajadi

GLA – mengimbangi hormon dalam badan.

Vivix – detoks sel-sel badan dan bertindak sebagai agen antikulat.

Semoga artikel ini membantu anda mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Jika anda mengalami masalah keputihan yang luarbiasa dan ingin mencari produk yang lebih tepat,boleh hubungi saya Didie di 012-6227811 untuk keterangan lanjut ,cara makan vitamin dan konsultansi secara eksklusif.

Share

Set Kesihatan Harian : Kenapa Perlukan Vitamin?

Kenapa kita perlu makan vitamin?

Pemakanan seharian kita perlu seimbang untuk memastikan tubuh mendapat segala nutrien yang diperlukan.

Namun vitamin yang tubuh kita tak boleh hasilkan sendiri seperti vitamin C. Vitamin ini juga mudah musnah akibat radikal bebas,stress,merokok dan lain2.

Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sistem imun berkurang dan penyakit Skurvi.

Tanah untuk bercucuk tanam pun belum sempat subur dah di tanam dengan tanaman lain kerana ingin memenuhi permintaan. Petani pula terpaksa menggunakan pelbagai racun untuk mendapatkan sayur dan buah yang besar,cantik dan dah tentu keuntungan tinggi.

Jadi,adakah kita pasti badan kita dapat segala nutrien yang diperlukan daripada sumber pemakanan seharian?

Kita boleh kenalpasti tanda-tanda kekurangan vitamin antaranya masalah penghadaman,cepat berasa letih,kemurungan,berat badan dan banyak lagi.

IMG_20180119_105337_584

Nak dapatkan Set Kesihatan Harian Shaklee ni, hubungi Didie 012.6227811. Konsultansi diberikan percuma dan berterusan selagi anda menjadi pelanggan mamasyaza.com.

Share

Shaklee Home Office di Sunway Geo Tower

Shaklee Home Office telah mula beroperasi di pejabat baru bertempat di Sunway Geo Tower pada 25 April 2017.
Alamat penuh :
Shaklee Products ( Malaysia ) Sdn Bhd
(AJL 93747) Com. No. 301287-T
Level 1, Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,Selangor.
Pertama kali jejakkan kaki ke Shaklee Home Office yang terbaru di Sunway Geo masa ‘A Community Health Event’  bulan May 2017.
Dengan konsep rak terbuka berbeza daripada Homee Office yang sebelum2 ni,berkonsep ‘pick and pay. Kat sana,pelanggan atau SID boleh masuk terus ambil produk tanpa perlu mengisi borang. Tapi tu pun kalau beli bawah 10 prorduk.
Kalau pembelian 10 produk ke atas,boleh terus ambil nombor,isi borang,buat pembayaran dan ambil produk di kaunter bahagian belakang.
Home office ni pun ada service untuk ‘buy and pick-up’ sebab ia terletak di tingkat bawah,senang untuk urusan membeli.Boleh call untuk buat pembelian dan ambil pada hari yang sama.
Siap ada ruang untuk perbincangan dan berjumpa dengan prospek lagi. Cantik, tersusun dan selesa sangat untuk beli belah produk Shaklee.
Didie
SID 890071
Share

Cara Merawat Sakit Saraf

Apakah penyakit saraf?

Jika saraf seseorang normal,merasa sakit adalah suatu amaran atau signal kepada kita. Contoh, apabila tangan kita tersepit, saraf akan berfungsi untuk menghantar isyarat sakit ke otak  dan secara tak langsung kita akan menarik kembali tangan sebelum ia cedera. Sebaliknya pada seseorang yang mengalami kerosakan saraf, sistem seperti tadi tidak berfungsi.

Saraf yang rosak boleh menghantar isyarat yang salah di mana kita akan sering merasa sakit sebenar tanpa sebab atau boleh juga menyebabkan kita tak berasa sakit jika mengalami sebarang kecederaan.

Gejala yang dialami oleh mereka yang menghadapi sakit saraf bergantung kepada tempat dan jenis saraf yang terjejas. Kerosakan boleh berlaku kepada saraf dalam otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh berlaku dalam saraf periferal, yang terletak di seluruh badan anda.
Antara gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang menghidapi sakit saraf termasuklah :
– Ketidakupayaan untuk rasa sakit dada, seperti serangan jantung
– kuat berpeluh (dikenali sebagai hyperhidrosis) atau kurang berpeluh (dikenali sebagai anhidrosis)
– ringan kepala
– mata dan mulut kering
– sembelit
– badan menjadi terlalu sensitif. Sesetengah orang mungkin merasa sakit hanya dengan membaluti tubuh badan dengan selimut.
– merasa kebas di kaki, jari tangan
– rasa lemah otot
– hilang keseimbangan badan
– rasa panas terbakar (burning)

cara rawat sakit saraf

Punca sakit  dan kerosakan saraf

1.  Penyakit autoimun
Pelbagai jenis penyakit autoimun boleh menyebabkan gejala sakit saraf termasuklahsclerosis,myasthenia gravis,sindrom Guillain-Barre,lupus dan penyakit radang usus.
2. Kanser
Kerosakan dan sakit saraf juga berlaku akibat kanser di dalam pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf.  Terdapat beberapa jenis kemoterapi dan radiasi boleh mengakibatkan kerosakan dan sakit saraf pada individu tertentu.
3. Trauma
Apa sahaja penyebab trauma atau himpitan saraf oleh tumor boleh menyebabkan kerosakan dan sakit saraf termasuklah pembedahan.
4. Diabetes
Hampit 70% penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf. Neuropati diabetes adalah komplikasi yang serius dan boleh menjejaskan ketiga-tiga jenis neuron. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis serta mengalami gejala sakit saraf,anda perlu berunding dengan pakar perubatan secepat mungkin.
5. Kesan sampingan ubat-ubatan
Pelbagai bahan-bahan yang diambil ke dalam badan secara sengaja atau tidak,mampu menyebabkan kerosakan dan sakit saraf. Selain itu,bahan toksik yang termakan tanpa sengaja termasuk plumbum,arsenik dan merkuri juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.
6. Kekurangan nutrisi
Termasuk vitamin B6 dan B12,kekurangan nutrisi boleh menyebabkan gejala kerosakan dan sakit saraf sperti rasa lemah atau panas terbakar. Pengambilan alkohol berlebihan juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan saraf.
7. Penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit seperti penyakit Lyme,virus herpes,HIV dan hepatitis C mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan kita.

Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia mempunyai 2 komponen utama iaitu

1- Sistem Saraf Pusat

Termasuk saraf tunjang dan otak

2- Sistem Saraf Periferal

Saraf yang bawa impuls dari saraf tunjang dan otak kepada semua bahagian badan.

Sistem badan khusus yang banyak membentuk sistem saraf periferal untuk pelbagai fungsi penting. Oleh sebab itu,pesakit saraf tak dapat rasai kesakitan yang amat sangat pada sebahagian besar anggota badan.

Antara Masalah Sakit Saraf Yang Terjadi di Malaysia

Painful Diabetic Peripheral Neuropathy (pDPN)

pDPN ni lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.

dPDN dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes dan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat . Penyakit ini menyebabkan pesakit sukar untuk berjalan,bekerja,tidur serta menjejaskan mood dan aktiviti harian.

Sakit Saraf Biasa

Sakit saraf biasa ini selalunya melibatkan saraf anggota tubuh seperti tangan dan kaki.

Ia selalunya menyebabkan rasa kebas,tiada kekuatan untuk bergerak dan kadang kala rasa sakit menyucuk. Pesakit saraf biasa ni juga berasa sukar bernafas,masalah penghadaman,masalah penglihatan dan pendengaran.

Cara Merawat Sakit Saraf dan Kerosakan Saraf

 

Kerosakan saraf dalam kebanyakan kes tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Namun,terdapat rawatan alternatif bagi mengurangkan gejala yang dihidapi. Jika kerosakan saraf progresif, adalah penting untuk berunding dengan doktor sebaik anda mengesan gejala awal. Cara ini boleh mengurangkan kemungkinan kerosakan saraf yang kekal.
Biasanya,rawatan pada peringkat awal adalah untuk menangani punca yang menyebabkan kesakitan atau kerosakan saraf termasuklah;
  • Mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit diabetes
  • Menukar ubat lain jika ianya menyebabkan kerosakan saraf
  • Menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi
  • Terapi fizikal atau pembedahan untuk menangani himpitan atau trauma ke atas saraf
Selain itu,rawatan yang dicadangkan adalah pengambilan ubat penahan sakit,ubat bukan steroid anti-radang seperti ibuprofen atau analgesik lain,krim atau gel untuk sapuan pada kulit.
Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan alternatif seperti akupunktur boleh melegakan kesakitan saraf.
Terdapat beberapa kes,sakit saraf terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 dan pengambilan makanan tambahan boleh membantu.
Cadangan Supplemen untuk Sakit Saraf
Cadangan untuk mereka yang mengalami sakit saraf dan memilih rawatan semulajadi adalah Set Kesihatan Saraf. Set ini membantu membekalkan nutrien penting untuk kesihatan saraf serta mengurangkan sakit saraf jika diambil secara konsisten.
vivix
Vivix
Minuman botani yang mengandungi polifenol dan resveratrol dan tinggi dengan antioksidan. Ia membantu melindungi dan memperbaiki sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. yang kaya dengan antioksidan di mana dapat bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas.
B complex
B Complex
Mengandungi kesemua vitamin B termasuklah B6 dan B12 yang penting untuk kesihatan saraf.
ostematrix
Ostematrix
Mengandungi vitamin D,kalsium dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dengan berkesan serta membantu melegakan sakit saraf.

Kalau nak dapatkan harga istimewa lebih jimat, jangan lupa whatapps Didie di 012-62278811 atau klik butang di bawah

buy-now-2

Semoga dengan ikhtiar ini dan izin Allah,diberi kesembuhan untuk masalah sakit saraf.

Share

Kuasa Vision Board

Vision board
Ala..vision board(VB) je,boleh dapat ke? Haa..jangan tak tahu kuasa vision board ni.Ramai yang dah buat dan dapat capai semua yang ada dalam VB dorang.
Walaupun ianya hanya papan yang mana kita tampal kertas atau gambar apa yang kita nak dalam hidup,tapi dengan adanya VB ni la akan buat kita terdorong untuk dapatkan semua tu.
Tapi kalau buat VB,lepas letak dapat rak buku,simpan je dalam fail..tak jadi juga.VB yang kita buat tu perlu jelas dan spesifik contohnya; nak jadi pergi umrah 1 keluarga pada bulan Januari 2019.
Tentukan tujuan kita buat VB tu dan brainstorm apa kita perlu buat untuk capai apa yang kita nak. Cari gambar yang cantik2 dan susun supaya kita tengok VB tu pun kita bersemangat.
Nama pun vision board kan,bila dah tampal kat dinding atau mana2 yang boleh kita nampak,kita bayangkan sekali seolah kita dah capai impian tu.
Tak tahu nak bayangkan? Cuba la buat vision board dulu 😉.

Semoga sama2 kita capai impian kita.FB_IMG_1514941017530


Share