Cara Merawat Sakit Saraf

Apakah penyakit saraf?

Jika saraf seseorang normal,merasa sakit adalah suatu amaran atau signal kepada kita. Contoh, apabila tangan kita tersepit, saraf akan berfungsi untuk menghantar isyarat sakit ke otak  dan secara tak langsung kita akan menarik kembali tangan sebelum ia cedera. Sebaliknya pada seseorang yang mengalami kerosakan saraf, sistem seperti tadi tidak berfungsi.

Saraf yang rosak boleh menghantar isyarat yang salah di mana kita akan sering merasa sakit sebenar tanpa sebab atau boleh juga menyebabkan kita tak berasa sakit jika mengalami sebarang kecederaan.

Gejala yang dialami oleh mereka yang menghadapi sakit saraf bergantung kepada tempat dan jenis saraf yang terjejas. Kerosakan boleh berlaku kepada saraf dalam otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh berlaku dalam saraf periferal, yang terletak di seluruh badan anda.
Antara gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang menghidapi sakit saraf termasuklah :
– Ketidakupayaan untuk rasa sakit dada, seperti serangan jantung
– kuat berpeluh (dikenali sebagai hyperhidrosis) atau kurang berpeluh (dikenali sebagai anhidrosis)
– ringan kepala
– mata dan mulut kering
– sembelit
– badan menjadi terlalu sensitif. Sesetengah orang mungkin merasa sakit hanya dengan membaluti tubuh badan dengan selimut.
– merasa kebas di kaki, jari tangan
– rasa lemah otot
– hilang keseimbangan badan
– rasa panas terbakar (burning)

cara rawat sakit saraf

Punca sakit  dan kerosakan saraf

1.  Penyakit autoimun
Pelbagai jenis penyakit autoimun boleh menyebabkan gejala sakit saraf termasuklahsclerosis,myasthenia gravis,sindrom Guillain-Barre,lupus dan penyakit radang usus.
2. Kanser
Kerosakan dan sakit saraf juga berlaku akibat kanser di dalam pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf.  Terdapat beberapa jenis kemoterapi dan radiasi boleh mengakibatkan kerosakan dan sakit saraf pada individu tertentu.
3. Trauma
Apa sahaja penyebab trauma atau himpitan saraf oleh tumor boleh menyebabkan kerosakan dan sakit saraf termasuklah pembedahan.
4. Diabetes
Hampit 70% penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf. Neuropati diabetes adalah komplikasi yang serius dan boleh menjejaskan ketiga-tiga jenis neuron. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis serta mengalami gejala sakit saraf,anda perlu berunding dengan pakar perubatan secepat mungkin.
5. Kesan sampingan ubat-ubatan
Pelbagai bahan-bahan yang diambil ke dalam badan secara sengaja atau tidak,mampu menyebabkan kerosakan dan sakit saraf. Selain itu,bahan toksik yang termakan tanpa sengaja termasuk plumbum,arsenik dan merkuri juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.
6. Kekurangan nutrisi
Termasuk vitamin B6 dan B12,kekurangan nutrisi boleh menyebabkan gejala kerosakan dan sakit saraf sperti rasa lemah atau panas terbakar. Pengambilan alkohol berlebihan juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan saraf.
7. Penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit seperti penyakit Lyme,virus herpes,HIV dan hepatitis C mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan kita.

Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia mempunyai 2 komponen utama iaitu

1- Sistem Saraf Pusat

Termasuk saraf tunjang dan otak

2- Sistem Saraf Periferal

Saraf yang bawa impuls dari saraf tunjang dan otak kepada semua bahagian badan.

Sistem badan khusus yang banyak membentuk sistem saraf periferal untuk pelbagai fungsi penting. Oleh sebab itu,pesakit saraf tak dapat rasai kesakitan yang amat sangat pada sebahagian besar anggota badan.

Antara Masalah Sakit Saraf Yang Terjadi di Malaysia

Painful Diabetic Peripheral Neuropathy (pDPN)

pDPN ni lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.

dPDN dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes dan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat . Penyakit ini menyebabkan pesakit sukar untuk berjalan,bekerja,tidur serta menjejaskan mood dan aktiviti harian.

Sakit Saraf Biasa

Sakit saraf biasa ini selalunya melibatkan saraf anggota tubuh seperti tangan dan kaki.

Ia selalunya menyebabkan rasa kebas,tiada kekuatan untuk bergerak dan kadang kala rasa sakit menyucuk. Pesakit saraf biasa ni juga berasa sukar bernafas,masalah penghadaman,masalah penglihatan dan pendengaran.

Cara Merawat Sakit Saraf dan Kerosakan Saraf

 

Kerosakan saraf dalam kebanyakan kes tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Namun,terdapat rawatan alternatif bagi mengurangkan gejala yang dihidapi. Jika kerosakan saraf progresif, adalah penting untuk berunding dengan doktor sebaik anda mengesan gejala awal. Cara ini boleh mengurangkan kemungkinan kerosakan saraf yang kekal.
Biasanya,rawatan pada peringkat awal adalah untuk menangani punca yang menyebabkan kesakitan atau kerosakan saraf termasuklah;
  • Mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit diabetes
  • Menukar ubat lain jika ianya menyebabkan kerosakan saraf
  • Menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi
  • Terapi fizikal atau pembedahan untuk menangani himpitan atau trauma ke atas saraf
Selain itu,rawatan yang dicadangkan adalah pengambilan ubat penahan sakit,ubat bukan steroid anti-radang seperti ibuprofen atau analgesik lain,krim atau gel untuk sapuan pada kulit.
Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan alternatif seperti akupunktur boleh melegakan kesakitan saraf.
Terdapat beberapa kes,sakit saraf terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 dan pengambilan makanan tambahan boleh membantu.
Cadangan Supplemen untuk Sakit Saraf
Cadangan untuk mereka yang mengalami sakit saraf dan memilih rawatan semulajadi adalah Set Kesihatan Saraf. Set ini membantu membekalkan nutrien penting untuk kesihatan saraf serta mengurangkan sakit saraf jika diambil secara konsisten.
vivix
Vivix
Minuman botani yang mengandungi polifenol dan resveratrol dan tinggi dengan antioksidan. Ia membantu melindungi dan memperbaiki sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. yang kaya dengan antioksidan di mana dapat bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas.
B complex
B Complex
Mengandungi kesemua vitamin B termasuklah B6 dan B12 yang penting untuk kesihatan saraf.
ostematrix
Ostematrix
Mengandungi vitamin D,kalsium dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dengan berkesan serta membantu melegakan sakit saraf.

Kalau nak dapatkan harga istimewa lebih jimat, jangan lupa whatapps Didie di 012-62278811 atau klik butang di bawah

buy-now-2

Semoga dengan ikhtiar ini dan izin Allah,diberi kesembuhan untuk masalah sakit saraf.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *