Masalah Keputihan : Cara Hilangkan Secara Semulajadi

Ramai wanita yang mengalami masalah keputihan atau discharge. Keputihan adalah sesuatu yang normal kepada setiap wanita kerana ia berperanan sebagai ‘pembersih di dalam sistem pembiakan wanita.

Ia adalah cairan yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam vagina dan serviks yang membawa keluar sel-sel mati dan bakteria. Dengan ini, ia membantu mengekalkan kebersihan vagina serta mencegah jangkitan kuman.

Cairan yang keluar ada yang berbau dan warnanya jernih atau ada lebih pekat bergantung pada waktu kitaran haid.

Lebih banyak keputihan akan keluar contohnya pada waktu subur,menyusukan anak atau sedang terangsang secara seksual. Bau juga berbeza semasa mengandung atau kurang menjaga kebersihan dalaman.

Tetapi jika warna,bau dan kepekatan cairan kelihatan luar biasa,disertai dengan kegatalan di faraj atau rasa panas,ia mungkin terdapat jangkitan.

Punca Berlaku Keputihan Yang Luarbiasa

Perubahan pada keseimbangan bakteria normal pada vagina akan mempengaruhi bau,warna atau tekstur keputihan. Antara perkara yang boleh mengubah keseimbangan tersebut;

  • Bakteria vainosis,jangkitan bakteria pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai ramai pasangan hubungan kelamin.
  • Kanser Serviks
  • Sabun wangi,losyen atau mandian berbuih.
  • Penggunaan steroid atau antibiotik
  • Penyakit radang tulang punggung
  • Jangkitan parasit disebabkan hubungan kelamin
  • Penipisan dan kekeringan dinding vagina semasa menopause
  • Jangkitan kulat
  • Pil perancang
  • Diabetes
  • Vaginitis,kegatalan di sekitar vagina
 Sekiranya ke klinik untuk mendapatkan rawatan keputihan yang luarbiasa,doktor akan mengenalpasti masalah sebenar keputihan. Kemudian doktor mungkin mengambil sampel keputihan atau melakukan ujian papsmear untuk pemeriksaan lanjut.
Tips Elakkan Jangkitan Vagina
  • Selalu membasuh menggunakan sabun yang lembut dan air suam
  • Elak menggunakan sabun wangi
  • Sentiasa pastikan faraj kering selepas ke tandas
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada 100% kain kapas dan tidak terlalu ketat untuk pengudaraan
Rawatan Yang Diberikan

 

Doktor akan memberi rawatan bergantung pada punca masalah keputihan seperti ubat antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj atau krim/gel.

Jika Vaginosis bakteria akan dirawat dengan pil antibiotik atau krim.

Cara Hilangkan Keputihan Secara Semulajadi

 

B-Complex – kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan jangkitan pada vagina.

Vitamin C – menguatkan sistem imun badan bagi mealwan bakeria,kulat dan sebagainya.

Alfafa – bersifat anti kulat semulajadi

Garlic– sebagai antibiotik semulajadi

GLA – mengimbangi hormon dalam badan.

Vivix – detoks sel-sel badan dan bertindak sebagai agen antikulat.

Semoga artikel ini membantu anda mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Jika anda mengalami masalah keputihan yang luarbiasa dan ingin mencari produk yang lebih tepat,boleh hubungi saya Didie di 012-6227811 untuk keterangan lanjut ,cara makan vitamin dan konsultansi secara eksklusif.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *