Tanda-Tanda Tubuh Kekurangan Vitamin

Pemakanan seharian kita perlu lah seimbang mengikut saranan piramid makanan sedia ada. Namun,adakah kita dapat memastikan segala keperluan nutrisi tubuh dipenuhi?

Kenali tanda-tanda tubuh kekurangan vitamin

  1. Apabila kita mengalami masalah kesihatan seperti rabun malam,katarak,jangkitan saluran pernafasan,sistem imun yang lemah serta mengalami masalah kulit itu tandanya tubuh kita kekurangan vitamin A. Dengan itu,banyakkan pengambilan makanan yang kaya vitamin A seperti kekacang,susu,ikan dan sayur hijau.
  2. Jika tubuh mengalami gejala seperti gusi berdarah,jangkitan pada luka,sakit sendi,cepat letih,itu merupakan tanda bahawa tubuh kekurangan vitamin C. Bagi mengatasinya,makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah oren,  tomato,nenas dan sayur-sayuran.
  3. Jika anda merasakan tanda-tanda seperti sistem ketahanan badan lemah,kulit kering,kulit bersisik,bibir pecah-pecah, ia adalah tanda tubuh mengalami kekurangan vitamin B2. Sumber makanan seperti kekacang,kuning telur,susu dan sayur-sayuran segar dapat mencegah masalah berkaitan.
  4. Jika timbul gejala gangguan pada sistem saraf dan otot ia boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki mahupun wanita. Ia bermakna tubuh kekurangan vitamin E yang mana ia dapat dicegah dengan pengambilan makanan seperti daging,ayam, ikan, kuning telur dan minyak sayuran.
  5. Mudah mengalami kerosakan gigi,kejang otot,masalah tulang, merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin D. Ia dapat dicegah dengan makanan seperti keju,telur,susu dan minyak ikan.
  6. Kekurangan vitamin B12 pula menyebabkan gejala seperti anemia,cepat letih,penat dan lesu. Maka perbanyakkan memakan sayur hijau,daging kambing,hati dan telur.
  7. Jika anda sering kejang otot,susah tidur,kulit kering dan pecah-pecah,ini bermakna anda kekurangan vitamin B5. Bagi mengatasinya,ambil sumber makanan daging,susu,hati,kacang hijau dan sayur-sayuran.

Mencegah itu kan lebih baik dari merawat. Semasa tubuh masih sihat la kita perlu jaga bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *