Cara Merawat Sakit Saraf

Apakah penyakit saraf?

Jika saraf seseorang normal,merasa sakit adalah suatu amaran atau signal kepada kita. Contoh, apabila tangan kita tersepit, saraf akan berfungsi untuk menghantar isyarat sakit ke otak  dan secara tak langsung kita akan menarik kembali tangan sebelum ia cedera. Sebaliknya pada seseorang yang mengalami kerosakan saraf, sistem seperti tadi tidak berfungsi.

Saraf yang rosak boleh menghantar isyarat yang salah di mana kita akan sering merasa sakit sebenar tanpa sebab atau boleh juga menyebabkan kita tak berasa sakit jika mengalami sebarang kecederaan.

Gejala yang dialami oleh mereka yang menghadapi sakit saraf bergantung kepada tempat dan jenis saraf yang terjejas. Kerosakan boleh berlaku kepada saraf dalam otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh berlaku dalam saraf periferal, yang terletak di seluruh badan anda.
Antara gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang menghidapi sakit saraf termasuklah :
– Ketidakupayaan untuk rasa sakit dada, seperti serangan jantung
– kuat berpeluh (dikenali sebagai hyperhidrosis) atau kurang berpeluh (dikenali sebagai anhidrosis)
– ringan kepala
– mata dan mulut kering
– sembelit
– badan menjadi terlalu sensitif. Sesetengah orang mungkin merasa sakit hanya dengan membaluti tubuh badan dengan selimut.
– merasa kebas di kaki, jari tangan
– rasa lemah otot
– hilang keseimbangan badan
– rasa panas terbakar (burning)

cara rawat sakit saraf

Punca sakit  dan kerosakan saraf

1.  Penyakit autoimun
Pelbagai jenis penyakit autoimun boleh menyebabkan gejala sakit saraf termasuklahsclerosis,myasthenia gravis,sindrom Guillain-Barre,lupus dan penyakit radang usus.
2. Kanser
Kerosakan dan sakit saraf juga berlaku akibat kanser di dalam pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf.  Terdapat beberapa jenis kemoterapi dan radiasi boleh mengakibatkan kerosakan dan sakit saraf pada individu tertentu.
3. Trauma
Apa sahaja penyebab trauma atau himpitan saraf oleh tumor boleh menyebabkan kerosakan dan sakit saraf termasuklah pembedahan.
4. Diabetes
Hampit 70% penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf. Neuropati diabetes adalah komplikasi yang serius dan boleh menjejaskan ketiga-tiga jenis neuron. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis serta mengalami gejala sakit saraf,anda perlu berunding dengan pakar perubatan secepat mungkin.
5. Kesan sampingan ubat-ubatan
Pelbagai bahan-bahan yang diambil ke dalam badan secara sengaja atau tidak,mampu menyebabkan kerosakan dan sakit saraf. Selain itu,bahan toksik yang termakan tanpa sengaja termasuk plumbum,arsenik dan merkuri juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.
6. Kekurangan nutrisi
Termasuk vitamin B6 dan B12,kekurangan nutrisi boleh menyebabkan gejala kerosakan dan sakit saraf sperti rasa lemah atau panas terbakar. Pengambilan alkohol berlebihan juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan saraf.
7. Penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit seperti penyakit Lyme,virus herpes,HIV dan hepatitis C mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan kita.

Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia mempunyai 2 komponen utama iaitu

1- Sistem Saraf Pusat

Termasuk saraf tunjang dan otak

2- Sistem Saraf Periferal

Saraf yang bawa impuls dari saraf tunjang dan otak kepada semua bahagian badan.

Sistem badan khusus yang banyak membentuk sistem saraf periferal untuk pelbagai fungsi penting. Oleh sebab itu,pesakit saraf tak dapat rasai kesakitan yang amat sangat pada sebahagian besar anggota badan.

Antara Masalah Sakit Saraf Yang Terjadi di Malaysia

Painful Diabetic Peripheral Neuropathy (pDPN)

pDPN ni lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.

dPDN dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes dan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat . Penyakit ini menyebabkan pesakit sukar untuk berjalan,bekerja,tidur serta menjejaskan mood dan aktiviti harian.

Sakit Saraf Biasa

Sakit saraf biasa ini selalunya melibatkan saraf anggota tubuh seperti tangan dan kaki.

Ia selalunya menyebabkan rasa kebas,tiada kekuatan untuk bergerak dan kadang kala rasa sakit menyucuk. Pesakit saraf biasa ni juga berasa sukar bernafas,masalah penghadaman,masalah penglihatan dan pendengaran.

Cara Merawat Sakit Saraf dan Kerosakan Saraf

 

Kerosakan saraf dalam kebanyakan kes tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Namun,terdapat rawatan alternatif bagi mengurangkan gejala yang dihidapi. Jika kerosakan saraf progresif, adalah penting untuk berunding dengan doktor sebaik anda mengesan gejala awal. Cara ini boleh mengurangkan kemungkinan kerosakan saraf yang kekal.
Biasanya,rawatan pada peringkat awal adalah untuk menangani punca yang menyebabkan kesakitan atau kerosakan saraf termasuklah;
  • Mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit diabetes
  • Menukar ubat lain jika ianya menyebabkan kerosakan saraf
  • Menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi
  • Terapi fizikal atau pembedahan untuk menangani himpitan atau trauma ke atas saraf
Selain itu,rawatan yang dicadangkan adalah pengambilan ubat penahan sakit,ubat bukan steroid anti-radang seperti ibuprofen atau analgesik lain,krim atau gel untuk sapuan pada kulit.
Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan alternatif seperti akupunktur boleh melegakan kesakitan saraf.
Terdapat beberapa kes,sakit saraf terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 dan pengambilan makanan tambahan boleh membantu.
Cadangan Supplemen untuk Sakit Saraf
Cadangan untuk mereka yang mengalami sakit saraf dan memilih rawatan semulajadi adalah Set Kesihatan Saraf. Set ini membantu membekalkan nutrien penting untuk kesihatan saraf serta mengurangkan sakit saraf jika diambil secara konsisten.
vivix
Vivix
Minuman botani yang mengandungi polifenol dan resveratrol dan tinggi dengan antioksidan. Ia membantu melindungi dan memperbaiki sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. yang kaya dengan antioksidan di mana dapat bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas.
B complex
B Complex
Mengandungi kesemua vitamin B termasuklah B6 dan B12 yang penting untuk kesihatan saraf.
ostematrix
Ostematrix
Mengandungi vitamin D,kalsium dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dengan berkesan serta membantu melegakan sakit saraf.

Kalau nak dapatkan harga istimewa lebih jimat, jangan lupa whatapps Didie di 012-62278811 atau klik butang di bawah

buy-now-2

Semoga dengan ikhtiar ini dan izin Allah,diberi kesembuhan untuk masalah sakit saraf.

Share

Kuasa Vision Board

Vision board
Ala..vision board(VB) je,boleh dapat ke? Haa..jangan tak tahu kuasa vision board ni.Ramai yang dah buat dan dapat capai semua yang ada dalam VB dorang.
Walaupun ianya hanya papan yang mana kita tampal kertas atau gambar apa yang kita nak dalam hidup,tapi dengan adanya VB ni la akan buat kita terdorong untuk dapatkan semua tu.
Tapi kalau buat VB,lepas letak dapat rak buku,simpan je dalam fail..tak jadi juga.VB yang kita buat tu perlu jelas dan spesifik contohnya; nak jadi pergi umrah 1 keluarga pada bulan Januari 2019.
Tentukan tujuan kita buat VB tu dan brainstorm apa kita perlu buat untuk capai apa yang kita nak. Cari gambar yang cantik2 dan susun supaya kita tengok VB tu pun kita bersemangat.
Nama pun vision board kan,bila dah tampal kat dinding atau mana2 yang boleh kita nampak,kita bayangkan sekali seolah kita dah capai impian tu.
Tak tahu nak bayangkan? Cuba la buat vision board dulu 😉.

Semoga sama2 kita capai impian kita.FB_IMG_1514941017530


Share

Tips banyakkan susu ibu tanpa supplemen

Sejak turun temurun,pelbagai tips dan petua untuk meningkatkan serta memekatkan susu ibu. Sebenarnya tiada cara yang benar atau salah kerana penerimaan setiap badan individu adalah berbeza.

Contohnya petua A mungkin menjadi pada ibu A tetapi tidak berhasil pada ibu B. Oleh itu,jangan cepat berputus asa. Perkara paling penting,dapatkan sokongan moral daripada individu terdekat serta mendalami ilmu penyusuan.

‘Demand and supply’ merupakan konsep utama dalam proses penyusuan. Selari dengan maksudnya,lagi tinggi permintaan(demand),lagi banyak penghasilan(supply) susu ibu. Tiada jalan singkat bagi penyusuan walaupun dengan pelbagai ‘milk booster’.

Sangat penting untuk ibu-ibu memahami konsep ‘demand and supply’. Salah satu cara untuk tingkatkan penghasilan susu adalah melalui ransangan.

Antara tips yang boleh dilakukan adalah;

1. Kekerapan menyusu 

Lebih kerap menyusukan,maka lebih banyak susu akan terhasil.Selain ‘direct feeding’, teknik pam yang boleh dicuba;

  • Pam payudara selepas atau semasa sesi penyusuan.Untuk hasil yang berkesan,teruskan pam payudara dalam 2-5 minit selepas titik susu terakhir. Ibu juga perlu dalam keadaan tenang (relax) bagi meransang lebih banyak hormon oksitosin dihasilkan untuk membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.
  • Hormon prolaktin banyak terhasil pada tengah malam iaitu 12malam sehingga waktu pagi. Oleh itu,luangkan sedikit masa untuk mengepam sebelum dan selepas bangun tidur.
  • Power pumping juga merupakan salah satu teknik yang berkesan bagi tujuan ransangan.

2. Pastikan bayi menyusu dengan teknik yang betul

Jika bayi tak dapat menyusu dengan efisien atau mengosongkan payudara,dinasihatkan agar ibu memerah atau pam susu sehingga payudara kosong.

3. Penyusuan terus payudara

Ini juga boleh dilakukan dengan ibu mengambil cuti selama 2-3 hari. Waktu ini digunakan untuk menyusui bayi sekerap mungkin dan ibu mendapat rehat secukupnya.

4. Menyusukan bayi selang selikan payudara

Pastikan bayi puas menyusu payudara berkenaan sebelum menukarkannya.Teknik urutab payudara ‘breast compression’ boleh digunakan untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

5. Pemakanan seimbang serta minum air yang mencukupi.

Makan makanan yang berkhasiat serta yang membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu seperti oats,air soya,sawi,kurma,lobak putih dan sebagainya.Namun,keberkesanan adalah bergantung kepada individu.

6. Penyediaan jadual memerah yang tetap

Walaupun sibuk ketika berada di tempat kerja,cuba sedaya upaya untuk mengikut masa yang ditetapkan untuk sesi memerah setiap hari. Jadilah ibu yang hebat dalam penyusuan dengan menjaga demand.Paling penting,usah sesekali skip sesi penyusuan atau pam anda.

7. Banyakkan bersedekah

Bersedekahlah dan memohon agar dimurahkan rezeki untuk anak anda serta banyakkan berzikir kepadaNya atas segala nikmat yang diberi.

8. Rehat secukupnya

Ibu menyusu juga penting untuk mendapatkan rehat yang mencukupi agar penyusuan berjalan lancar. Kurang rehat boleh menyebabkan ibu tertekan dan ia akan mengganggu proses penyusuan.Apabila susu tak boleh dikeluarkan dengan efisieb,otak akan mendapat signal bahawa susu yang dikeluarkan sekarang sudah melebihi permintaan.Maka susu akan kurang dihasilkan.

Selain itu,percaya dengan kebolehan dan kemampuan diri untuk menyusukan bayi anda selama mana yang mungkin atau sehingga 2 tahun.

Happy breastfeeding!

Share

Perubahan Sejak Kenal Shaklee Lebih 6 Tahun

Setelah 6 tahun kenal Shaklee,sedikit sebanyak ia merubah hidup saya daripada makan ikut suka dan tak tentu masa,sekarang dah tahu jaga pemakanan.
MEMBACA
Saya jenis tak suka baca novel,tapi tak juga banyak membaca,mungkin hari2 asyik mengira je. Sekarang dah banyak belajar ilmu nutrisi,buku2 kat rumah lun semakin bertambah. Bila banyak membaca,banyak juga la pengetahuan yang boleh dapat.
PEMAKANAN
Sebelum kenal Shaklee,makan ikut suka je dan tak kira masa. Dah la makan macam2,banyak pula tu..bersenam pun jarang sekali. Harini,makin hari makin berhati2 dengan pemakanan,termasuk la untuk anak2.
AIR KOSONG
Walaupun dari dulu suka minum air kosong tapi tak amik tahu keperluan badan berapa banyak. Sekarang amik vitamin,nak fungsi badan ‘bekerja’ dengan baik..kena pastikan minum 2-3 liter AIR KOSONG. Mula2 cabar diri habiskan 3 liter sehari,lama2 dah menjadi kebiasaan.
TRAVEL
Group Shaklee upline saya ni ada juga group travel. Best dengar yang lain bercerita pengalaman travel sana sini buatkan saya buat tabung travel.Walaupun saya memang suka travel,tapi kewangan buat saya jadi terbatas. Masa untuk penuhkan tabung travel dengan bonus Shaklee!
POSITIF
Susah la nak jadi positif. Tak susah sebenarnya,tips yang mudah..cari dan duduk bersama orang2 positif. Nanti secara tak langsung,kita pun akan sama jadi seorang yang positif,buang semua yang negatif. InshaAllah,hidup kita pun akan lebih tenang.
KESIHATAN
Lagi satu perubahan tahap kesihatan,bukan diri sendiri je tapi juga anak2,suami,keluarga. Dulu lemau2,sakit badan,masalah kulit..alhamdulillah sekarang lebih baik. Bila kita jaga pemakanan,bersenam,ambil makanan tambahan..badan pun ‘bekerja’dengan baik,kulit cantik dan minda yang cerdas.
Syukur sangat dipertemukan dengan Shaklee dan group yang sentiasa menyokong dan banyak membantu dalam merubah diri ke arah yang lebih baik.
Ada yang cari bisnes yang adil,group yang supportive, peluang besar untuk berjaya serta pendapatan sehingga 5,6 angka sebulan?
Boleh hubungi Didie di 012-6227811 untuk tahu lebih lanjut.
FB_IMG_1511410960428
Share

Fungsi dan Kebaikan Vitamin E Complex

Vitamin E sinonim dengan kecantikan kulit,tapi ia juga punyai banyak manfaat lain.
Namun vitamin E Shaklee adalah berbeza dan lebih baik daripada vitamin E di pasaran kerana mempunyai tambahan Selenium dan ekstrak biji anggur.
Vita-E Complex Shaklee mengandungi minyak kacang soya,minyak biji gandum (kaya dengan vitamin E), 8 jenis vitamin E (d-alpha,beta,gamma,delta) ,selenium dan ekstrak biji anggur (kaya dengan antioksidan).
Antara kebaikan Vita-E Complex ;
  • Melambatkan penuaan – tinggi antioksidan
  • Membantu mengurangkan stretchmark
  • Mencegah penyakit katarak
  • Melindungi struktur membran daripada rosak
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan parut
  • Membantu kesuburan
  • Mengurangkan tekanan darah
dan banyak lagi.
Vita- E complex yang dihasilkan daripada sumber semulajadi menjadikan ia lebih mudah diserap oleh badan. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam seperti raksa,kadmium dan mengukuhkan antioksidan serta melindungi retina.
Nak pilih vitamin E,pastikan yang semulajadi bukan sintetik untuk penyerapan yang lebih baik.
IMG_20170514_114613

Continue reading Fungsi dan Kebaikan Vitamin E Complex

Share

Mencuci Buah dan Sayuran Dengan Basic H

Sayuran dan buah-buahan sekarang banyak yang disembur oleh racun perosak dan racun2 lain bagi mendapatkan hasil yang cepat dan elok.
Racun ni pulak bukan satu jenis,macam2 dah dicampur untuk buah nampak cantik,segar dan tak rosak.
Nak kurangkan risiko penyakit akibat makan makanan yang disembur racun tu,kita ada pilihan buah dan sayur organik. Tapi mahal la pulak,tak larat nak beli selalu.
Kalau pergi supermarket tu,sayur elok2 je..buah pun cantik je. Kita beli bawa balik dan sebelum makan mestilah cuci dulu kan sebab dah tau kena sembur racun.
Tapi adakah mencukupi dengan hanya mencuci dengan air biasa? Kurang2 pun guna la sabun yang khas untuk mencuci buah dan sayur.Tu semua kan nak masuk dalam badan kita,tak kan cuci macam tu je.
IMG_20171115_105658-01
Nak lagi selamat,guna Basic H dah tentu dijamin selamat sebab dihasilkan daripada sumber semulajadi. Basic H ni pula sabun serbaguna,nak basuh baju yang ada kesan degil,bersihkan pekakas rumah,cuci kasut sekolah anak dan bermacam lagi.
1 botol Basic H ni boleb tahan lama sebab ia pekat dan hanya gunakan sedikit saja.Jimat kan?
Share

Apakah Maksud Pemakanan Optimum?

Apa yang dimaksudkan pemakanan optimum?
Maksudnya kita cuba sebaik mungkin memenuhi keperluan nutrien untuk memastikan badan dan otak kita sihat serta berfungsi dengan baik.
Nutrien yang dimaksudkan adalah protin,karbohidrat,lemak penting,vitamin,mineral dan air. Setiap satunya pula mempunyai fungsi masing2.
Sebagai contoh,kulit kita diperbaharui dalam masa 21hari,tulang diperbaiki dalam masa 6 minggu, sistem penghadaman,kulit dalaman terganti setiap 4 hari.
Badan kita adalah organisma regenerasi yang luar biasa yang sentiasa mengawal dan meremajakan sel2 badan kita. Namun,jika badan tak dapat nutrien secukupnya atau pemakanan optimum,ini akan mengganggu proses2 tersebut. Maka sel2 dalam badan pun tak digantikan dengan baik,itu yang dikatakan penuaan.
Kajian membuktikan jika badan kita dapat nutrien yang betul dan secukupnya ia akan..
1. Meningkatkan kejelasan mental,mood dan konsentrasi.
2. Meningkatkan IQ
3. Meningkatkan prestasi fizikal
4. Meningkatkan kualiti tidur
5. Meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan
6. Melindungi daripada penyakit
7. Melanjutkan tahap kesihatan badan
Tentu la kita boleh dapat daripada sumber makanan,tapi tak pasti cukup ke tak.Sebab tu la saya amalkan supplemen untuk penuhi keperluan nutrisi badan serta dapatkan pemakanan optimum.Dah tentu la Shaklee jadi pilihan. Anda pula macam mana?
Share

Supplemen Anti Penuaan dan Penyakit Penuaan

Sebut tentang ANTI PENUAAN,jangan salah faham bukan taknak jadi tua ye.
Tua adalah satu proses semulajadi yang berlaku dalam kehidupan kita. Semua orang yang panjang umur akan menjadi tua.
Bila umur semakin meningkat,sel-sel badan banyak mati,rosak dan kolagen pun makin berkurang.
Namun dengan pengambilan supplemen anti penuaan, kita tak nak diri kita menghidapi sejenis penyakit yang dipanggil PENUAAN atau orang putih kata AGING.
Kita tetap jadi tua kalau dah umur 60,70 memang dah kategori warga emas la kan..nak muda kot mana. Tapi penyakit penuaan ni boleh melanda sesiapa saja.
Penyakit penuaan ni kesannya adalah penyakit-penyakit degeneratif.Penyakit yang disebabkan oleh sel sendiri yang rosak dan tak dapat berfungsi dengan betul. Antara penyakit degeneratif ialah sakit jantung, kencing manis, nyanyuk dan kanser.
Salah satu ikhtiar untuk melindungi diri kita dari penyakit tersebut ialah dengan pengambilan supplemen secara konsisten terutama supplemen anti penuaan seperti Vivix.
Bukan la ambil Vivix kita tak tua2,sebagai pencegahan awal penyakit2 disebabkan oleh penuaan.
Share

Kenapa Pilih Shaklee sebagai Bisnes

Kenapa syoknya sangat dengan Shaklee ni?
Semenjak terlibat dalam bisnes Shaklee ni,buatkan saya rasa seronok nak berkongsi kebaikan produk2 shaklee yang pernah saya shaklee effect nya.
Lagipun tak perlu nak pening2 kepala nak cari kedai,tak perlu keluar modal beribu,nak cari staff dan tak perlu susah payah buat kajian..semua shaklee dah sediakan.
Apa yang buat saya yakin dengan Shaklee tak kisah la apa orang nak cakap kan,yang penting kita tau Shaklee ni ada landmark study.
Landmark study adalah satu-satu seumpamanya mengesahkan tahap kesihatan pengguna vitamin Shaklee untuk jangka masa panjang jauh lebih baik daripada yang tidak makan apa2 vitamin.
Landmark study ni kajian paling komprehensif dalam dunia,dibuktikan dengan kajian klinikal juga disahkan saintis pihak ke-3,bukan claim sendiri bagus ye.
Sebab tu la Shaklee jadi pilihan saya dan keluarga.Dah Shaklee satu-satunya yang berani buat landmark study yang membuktikan secara saintifik kesan positif penggunaan Shaklee selepas 20-50 tahun.
Share

Bisnes Part Time Yang Mudah dan Fleksibel

Kebetulan suami ada kursus di Penang kelmarin,ambil peluang bawa anak2 bercuti sekali. Kalau ikut perancangan asal dan vision board,nak pergi bulan Disember..tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.
Sehari sebelum bertolak dah ada dugaan..yang pertama minyak hitam kereta nampak ada tumpah sikit. So pergi kerja,hantar kat workshop dekat dengan office supaya senang la kononnya.
Keesokkan hari,iaitu beberapa jam sebelum bertolak diserang demam panas sampai menggigil2 satu badan dan kebas jari2. Telan segala vitamin shaklee yang patut dan gagahkan diri masuk kereta untuk mulakan perjalanan. Maklumla anak2 dah excited nak berjalan dan suami pun wajib ke kursus tu.
Dugaan ke-3..dalam perjalanan berhenti kejap di R&R mana dah tak ingat sebab sepanjang kereta bergerak memang tak mampu nak angkat kepala.Tiba2 suami nampak minyak hitam bocor…banyak juga rasanya.
Terpaksa la keluar ke Ipoh untuk cari bengkel kereta. Jam pun dah lewat petang,dalam hati berdoa moga ada bengkel yang masih buka. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan lebih kurang 8 malam,teruskan perjalanan ke destinasi.
Badan pun dah kembali segar sikit walaupun belum sepenuhnya sihat. Bercuti sambil melayan kerenah anak2 pun sempat join kelas2 online bisnes.
Nama pun bisnes,sendiri la bos sendiri juga la pekerja. Kalau diri sendiri tak bergerak,maka tak bergerak la bisnes jawabnya..betul tak?
Ni la namanya bisnes on the go,bisnes 24jam,bisnes yang flexible dan bisnes yang ada masa depan..kalau kena caranya.
Share