Impian nak jadi Master Shaklee..

Semua orang ada impian masing2..impian nak rumah besar,kereta besar,duit pun nak ‘besar’ juga.Apakah maksud impian?Impaian adalah sesuatu yang ingin kita raih atau capai.Namun untuk mencapai impian perlu ada motivasi,usaha,dorongan,pengorbanan dan yang penting niat.
Kenapa perlu berimpian?Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa.Impian menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalam berusaha.Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk mencapai sesuatu di luar kebiasaan.

Saya juga punya impian,iaitu menjadi Master Coordinator Shaklee.Mula-mula join Shaklee tak terfikir pun ke arah itu sebab niat nak makan sendiri je.Tapi bila lama kelamaan timbul rasa nak serius berbisnes Shaklee sebab nampak kejayaan orang lain yang juga berimpian dan mereka mungkin telah capai impian masing2.Jika mereka boleh mengapa tidak saya..semua ada peluang yang sama dalam Shaklee tetapi bergantung pada diri sendiri dan tindakan untuk mengejar peluang itu.
Bila kita berimpian,tidak kiralah setinggi mana atau sebesar mana impian kita dengan niat yang betul pasti kita terdorong  ke arah mencapai impian kita.Impian saya untuk jadi Master bukan hanya ingin bebas dari segi masa dan kewangan saja,saya ingin membantu mereka di luar sana untuk hidup lebih sihat dengan perkongsian kebaikan Shaklee.Di samping itu,membantu mereka yang ingin menjana pendapatan bagi menampung kos hidup yang kini kian meningkat.Saya juga ingin melancong ke luar negara dan rasai sendiri pengalaman di negara orang di samping menambah ilmu pengetahuan.
Dengan ‘title’ Master Shaklee suatu hari nanti,segala impian saya akan saya capai.Namun untuk mencapai sesuatu kejayaan tidaklah semudah yang kita sangka.Disebalik setiap kejayaan itu pasti ada pengorbanan,suka duka,susah senang dan pelbagai dugaan yang perlu dihadapi.Motivasi,semangat juang yang tinggi,amalan rohani dan percaya pada diri sendiri atas apa yang dilakukan pasti akan tercapai impian kita.Oleh itu jangan takut untuk berimpian.

 

Share

Strok & Vivix

 

Tahukah anda Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia.Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang
teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.
Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu.Otak merupakan pusat
saraf tubuh yang mengawal setiap apa kita lakukn atau fikirkan,serta mengawal
fungsi-fungsi automatic seperti pernafasan.
Otak
memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien penting
untuk berfungsi.Jika saluran darah di dalam otak pecah atau tersumbat,bekalan
darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.Anda
mengalami Strok apabila bahagian otak itu mula mati dan ia akan menjejaskan
deria-deria anda.
Terdapat
2 jenis Strok iaitu Strok Iskemia,terjadi apabila gumpalan darah menghalang
arteri yang pergi ke otak & menggangu bekalan darah.Strok  kedua iaitu Strok Berdarah di mana saluran darah di dalam
atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi
yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri,
menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.
 
Siapakah yang berisiko?
  • Mereka yang mempunyai Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)
  • Diet yang mengandungi garam tinggi & makanan berlemak.
  • Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi.
  • Jenis degupan jantung tidak teratur meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung.
  • Perokok & tabiat minum (alkohol),dikaitkan dengan tekanan darah yang lebih tinggi.
Risiko strok boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam,pemakanan seimbang & elakkan stress.

Bagaiman Vivix Shaklee dapat membantu?


Vivix mengandungi campuran unik botani Anggur Muscadine,Polygonum Cuspidatum,Elderberi Eropah & Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.Anggur Muscadine yang mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi,satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser,anti-virus dan anti-bakteria.
Manakala Elderberi tidak hanya kaya dengan antioksidan,tetapi juga vitamin A,B dan C yang mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk Strok dan serangan sakit jantung.
Apakah Vivix?
·  Memperbaiki
DNA
. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat
radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix
membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses
tersebut.
·  Memperbaiki
tenaga sel
. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel
tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu
menguatkan sel tubuh.
·  Membantu meningkatkan fungsi otak,
kardiovaskular, imuniti dan sendi
. Semakin tua, semakin kita rasa sakit
sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan

 

 

*Vivix tidak boleh diambil oleh ibu yang menyusukan anak dan ibu mengandung.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



==Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No.: 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

 

 

Share

Tips Banyakkan Susu Badan

Saya percaya ada di antara ibu-ibu di luar sana
menghadapi masalah dengan penyusuan terutama untuk anak pertama.Antara penyebab
susu yang pada mulanya banyak semakin berkurang adalah :-

§  Keadaan ibu yang stress dan kepenatan.
§  Bayi semakin kurang menyusu dan ibu
tidak mengepam di rumah.
§  Ibu mendapati dirinya hamil lagi.
§  Ibu mengalami menstruasi (datang haid)
atau ovulasi (waktu subur).
§  Ibu kurang menjaga diri dari segi
pemakanan dan rehat.
§  Kurang stimulasi akibat kesibukan di
tempat kerja (kurang kekerapan
          mengepam).
§  Bayi menyusu dengan ‘main-main’. Ini
boleh mengurangkan keberkesanan
          pengosongan
payudara.
§  Ibu mengalami menstruasi (datang haid)
atau ovulasi (waktu subur).
§  Ibu mengambil ubat-ubatan yang memberi
kesan kepada susu.

Perkara ini adalah normal dan biasa berlaku kepada mana-mana ibu yang
menyusukan. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah susu yang tiba-tiba
berkurang, anda tidak keseorangan.
Terdapat banyak cara, teori dan ‘nasihat’ untuk memperbanyakkan susu.
Namun
bagi sesetengah ibu, ada di antara tips-tips yang diamalkan tidak
memberi kesan.
Mengapa begitu? Ini adalah kerana ibu tidak mengetahui atau tidak
mengambil tahu
penyebab susunya menjadi kurang.
Perkara paling utama dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan
mengetahui
punca masalah tersebut. Apabila punca masalah dikenalpasti, maka lebih
mudah lah
kita nak selesaikannya.

 
Tips
banyakkan susu badan

1. Elakkan Stress
Hilangkan stress dari diri anda.Ini kerana stress boleh menyebabkan
hormone yang menghasilkan susu ‘tertekan’.Jika anda sibuk , cuba buat jadual
dan bahagikan tugas mengikut kepentingan.
Tugas-tugas di rumah dikongsi bersama suami atau upah pembantu samada
harian atau yang tinggal bersama.Jika anda bermasalah dengan individu tertentu,cuba
cari jalan penyelesaian secara baik.
Sekiranya anda tidak mendapat sokongan penyusuan dari orang sekeliling
dan anda stress
dengannya, dapatkan pertolongan pihak ketiga, atau lekakan diri anda
dengan
perkara-perkara yang boleh membuat anda gembira.

2. Pemakanan yang berkhasiat
Kafein mengurangkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrient,oleh
itu kurangkan pengambilan kafein.Begitu juga makanan segera dan garam,ia
menjadikan tubuh anda kehilangan air dengan cepat kerana garam menyerap air.Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Minum air kosong
Minum air kosong sekurang-kurangnya 3Liter sehari bagi memastikan
kesihatan optimum anda.Apatah lagi jika mengambil supplemen,kuantiti air perlu
banyak agar kepekatan cecair dalam tubuh berada dalam paras normal.Namun
begitu.pengambilan air yang mencukupi SANGAT penting, walaupun tidak menyusukan
anak.

4. Kekerapan mengepam
Stimulasi diperlukan semasa bayi tidak menyusu.Ini untuk memastikan
penghasilan susu yang berterusan.Cari waktu untuk mengepam samada di rumah atau
pejabat.Sekurang-kurangnya pam setiap 3 jam sekali.Anda juga boleh mengepam
serentak sambil menyusukan bayi.

5. Melakukan aktiviti yang menggembirakan
Sentiasa berada dalam keadaan gembira akan membantu penyusuan.Beriadah
bersama keluarga,menonton filem kesukaan,makan makanan kegemaran atau apa saja
aktiviti yang mengembirakan kerana ia akan mengeluarkan hormone yang
menggalakkan pengeluaran susu.

6. Pengambilan supplemen
Pengambilan
supplemen yang betul boleh membekalkan ibu dengan nutrient yang
mencukupi.Supplemen yang baik bukan saja untuk memperbanyakkan susu,ia juga
member kebaikan kepada ibu secara keseluruhan.

7. Makanan penambah susu
Sayur-sayuran hijau seperti sawi dan sebagainya seperti buah
tamar,lobak putih adalah antara makanan yang membantu memperbanyakkan
susu.Pengambilan makanan tinggi serat juga bagus untuk keperluan tubuh badan
anda.

Kerapkan menyusukan bayi dan mengepam supaya payudara kerap
dikosongkan.
Kekerapan mengosongkan payudara adalah faktor PALING UTAMA dalam
penyusuan
ibu. Walau pelbagai  teknik atau
sebagus mana teknik pun atau makanan
penggalak susu yang anda amalkan atau ambil… kalau perkara yang satu
ini
diabaikan maka anda pasti takkan nampak jalan susu yang kurang nak
bertambah.
Apabila payudara kosong,ia akan menghantar isyarat kepada otak supaya “Buat
susu”.
Jangan tunggu payudara bengkak atau penuh baru nak pam.Konsep penyusuan
adalah ‘Supply by Demand’,makin kerap dikosongkan makin banyak susu
dihasilkan.Anda boleh pam semasa,selepas atau sebelum menyusukan bayi. Pam
sehingga anda rasa payudara betul-betul kosong,ringan dan tiada susu lagi yang
menitik.

Share

Diari Pengedar Shaklee

Sekarang makin ramai yang kita sedia maklum menjadi pengedar sah Shaklee di serata dunia.Shaklee makin dikenali dengan set-set vitamin antaranya Set Penyusuan,Set Kehamilan,Set Kecantikan dan banyak lagi.Susah ke jadi pengedar Shaklee ni?Pendapat saya sebagai salah seorang pengedar sah Shaklee,dengan sosial media yang ada sekarang ni tak susah untuk berurusan dengan pelanggan mahupun membuat pesanan…semua dihujung jari je.

Sebagai ‘Shaklee Independent Distributor (SID),saya bukan hanya makan vitamin semata-mata tanpa mengambil tahu apa fungsi vitamin yang diambil.Pelbagai pembacaan dilakukan sebagai ilmu pengetahuan untuk diri sendiri dan juga penting untuk saya terangkan kepada para pelanggan atau pengguna Shaklee sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan.Konsultasi akan diberikan secara percuma dan berterusan kepada pelanggan yang membeli dengan saya sahaja.

Suka bagi saya berkongsi kebaikan dan faedah produk Shaklee.Jika pelanggan yang berurusan dengan saya melalui SMS,Whatsapp,email akan dilayan dengan secepat mungkin bagi memastikan mereka mendapat layanan sebaiknya.Ini adalah bagi menjaga imej sebagai pengedar yang komited dan bukan hanya menjual semata.

Group khas untuk pelanggan atau pengguna Shaklee yang berurusan dengan saya adalah sebagai salah satu cara berhubung dan penghargaan kerana mempercayai saya sebagai pengedar Shaklee anda.

Share

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Saya mula
kenal Shaklee masa ambil trial pack ‘Breastfeeding’.Saya Google segalanya
berkenaan Breastfeeding.Saya ni jenis yang tak suka makan supplement dan juga
tak disiplin..selalu je lupa nak makan.Oleh
sebab niat nak menyusukan anak sepenuhnya,semangat kuat..sanggup buat apa
saja.Lepas jumpa dengan vitamin Shaklee & kesannya yang memuaskan,saya
teruskan sehingga hari ini.

Antara
sebab-sebab saya memilih Shaklee :-

1)
Sentiasa Selamat

  • Lebih
    83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan &
    keselamatan setiap produk
  • Menjalankan
    lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani
  • Jaminan
    & kesucian
  • 100
    % kepuasan dijamin
2)
Sentiasa Berkesan
  • USD
    300 juta dilaburkan dalam R&D
  • 100
    kajian klinika diterbitkan
  • 54
    pingat emas Olimpik – yang dimenangi oleh atlet yang mengguna produk
    Shaklee 
  • 55
    paten
3)
Sentiasa Mesra Alam
  • Tiada
    perasa tiruan
  • Tiada
    pemanis tiruan
  • Tiada
    ujian haiwan
  • Tiada
    bahan kimia
  • Pembungkusan
    adalah bebas bisphenol-A,phthalates dan dakwat toksik

Apa yang
membuat saya lebih yakin dengan vitamin Shaklee bila saya membuat ‘Medical
Check-up’,doktor
yang buat review masa tu pun cakap keputusan Check-up saya ‘Perfect!’…antara
ramai-ramai ofismate,saya orang pertama result cantik kata doktor.Jadi kenapa
tidak Shaklee.

Share

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajia klinikal yang sangat ekstensil dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yag tinggi yang pernah dihasilkan.Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO”(non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.Setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein ini merupakan produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Manfaat Utama :

  • Awet Muda – untuk membina otot,kuku,rambut,darah,organ,kulit,dan lain-lain.
  • Baik untuk Hormon – membantu merendahkan paras kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Kulit Remaja – meransang pembentukan semula kulit dan otot,mengurangkan kedutan,agen anti-penuaan,mengembalikan radian kulit dan keanjalan otot,percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun,maka ia baik untuk kekal bertenaga,mencegah migrain,insomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur,membaiki masalh pigmentasi,kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori – meningkatkan kualiti memori,vitaliti,dorongan seksual dan ransangan.
Share

Penyusuan

Membuat keputusan untuk menyusukan bayi adalah satu perkara yang sangat peribadi. Ia juga salah satu yang amat cenderung untuk mendapatkan pendapat yang kuat daripada rakan-rakan dan keluarga.Ramai yang  mengesyorkan penyusuan. Tetapi anda dan bayi anda adalah unik, dan keputusan itu adalah terpulang kepada anda.

Faedah Penyusuan untuk BayiSusu ibu menyediakan pemakanan yang ideal untuk bayi. Ia mempunyai campuran sempurna vitamin, protein, dan lemak – semua bayi anda perlu berkembang. Dan semuanya disediakan dalam bentuk yang lebih mudah dicerna daripada formula bayi. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu bayi anda melawan virus dan bakteria. Penyusuan susu ibu mengurangkan risiko bayi anda mempunyai asma atau alahan. Bayi yang menyusu secara eksklusif untuk enam bulan pertama, tanpa apa-apa formula, mempunyai jangkitan telinga yang kurang, penyakit pernafasan, dan serangan cirit-birit.
Penyusuan telah dikaitkan dengan skor IQ yang lebih tinggi dalam zaman kanak-kanak kemudian dalam beberapa kajian. Keakraban fizikal, menyentuh kulit ke kulit, dan hubungan mata semua membantu bon bayi anda dengan anda dan merasa aman. Bayi susu ibu adalah lebih cenderung untuk mendapatkan jumlah yang tepat berat kerana mereka membesar bukannya menjadi kanak-kanak berlebihan berat badan.

Faedah Penyusuan untuk IbuPenyusuan membakar kalori tambahan, jadi ia boleh membantu anda mengurangkan berat badan kehamilan lebih cepat. Ia mengeluarkan hormon oxytocin, yang membantu rahim anda kembali ke saiz pra-kehamilan dan boleh mengurangkan pendarahan rahim selepas kelahiran. Penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Ia juga boleh mengurangkan risiko osteoporosis.Selain itu penyusuan menjimatkan masa dan wang anda. Memutuskan untuk menyusukan bayi menyediakan anda dengan masa yang tetap untuk berehat secara senyap-senyap dengan bayi anda kerana anda tumbuh rapat dan kaitan emosi.

Adakah susu akan cukup?Beberapa hari pertama selepas kelahiran, payudara anda menghasilkan yang ideal “susu pertama.” Ia dipanggil kolostrum. Kolostrum adalah tebal, kekuningan, dan sedikit – tetapi terdapat banyak untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi anda. Kolostrum membantu membangunkan saluran penghadaman bayi yang baru lahir dan menyediakan dirinya untuk menghadamkan susu ibu.Kebanyakan bayi kehilangan sedikit berat pada hari-hari 3-5 pertama selepas kelahiran. Ini adalah berkaitan dengan penyusuan. Satu gelung maklum balas semula jadi wujud antara keperluan pemakanan bayi anda dan pengeluaran susu anda. Sebagai bayi anda memerlukan susu yang lebih, payudara anda bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak susu. Pakar mengesyorkan penyusuan eksklusif  selama enam bulan. Jika anda menambah dengan formula, pengeluaran susu anda boleh berkurang.Malah jika anda menyusu kurang daripada enam bulan yang disyorkan, ia adalah lebih baik untuk menyusukan untuk masa yang singkat daripada masa yang singkat semua. Anda boleh menambah makanan pejal pada enam bulan tetapi juga terus menyusu jika anda mahu menyimpan dan menghasilkan susu.

Share