Tag Archives: B Complex

Cara Merawat Sakit Saraf

Apakah penyakit saraf?

Jika saraf seseorang normal,merasa sakit adalah suatu amaran atau signal kepada kita. Contoh, apabila tangan kita tersepit, saraf akan berfungsi untuk menghantar isyarat sakit ke otak  dan secara tak langsung kita akan menarik kembali tangan sebelum ia cedera. Sebaliknya pada seseorang yang mengalami kerosakan saraf, sistem seperti tadi tidak berfungsi.

Saraf yang rosak boleh menghantar isyarat yang salah di mana kita akan sering merasa sakit sebenar tanpa sebab atau boleh juga menyebabkan kita tak berasa sakit jika mengalami sebarang kecederaan.

Gejala yang dialami oleh mereka yang menghadapi sakit saraf bergantung kepada tempat dan jenis saraf yang terjejas. Kerosakan boleh berlaku kepada saraf dalam otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh berlaku dalam saraf periferal, yang terletak di seluruh badan anda.
Antara gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang menghidapi sakit saraf termasuklah :
– Ketidakupayaan untuk rasa sakit dada, seperti serangan jantung
– kuat berpeluh (dikenali sebagai hyperhidrosis) atau kurang berpeluh (dikenali sebagai anhidrosis)
– ringan kepala
– mata dan mulut kering
– sembelit
– badan menjadi terlalu sensitif. Sesetengah orang mungkin merasa sakit hanya dengan membaluti tubuh badan dengan selimut.
– merasa kebas di kaki, jari tangan
– rasa lemah otot
– hilang keseimbangan badan
– rasa panas terbakar (burning)

cara rawat sakit saraf

Punca sakit  dan kerosakan saraf

1.  Penyakit autoimun
Pelbagai jenis penyakit autoimun boleh menyebabkan gejala sakit saraf termasuklahsclerosis,myasthenia gravis,sindrom Guillain-Barre,lupus dan penyakit radang usus.
2. Kanser
Kerosakan dan sakit saraf juga berlaku akibat kanser di dalam pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf.  Terdapat beberapa jenis kemoterapi dan radiasi boleh mengakibatkan kerosakan dan sakit saraf pada individu tertentu.
3. Trauma
Apa sahaja penyebab trauma atau himpitan saraf oleh tumor boleh menyebabkan kerosakan dan sakit saraf termasuklah pembedahan.
4. Diabetes
Hampit 70% penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf. Neuropati diabetes adalah komplikasi yang serius dan boleh menjejaskan ketiga-tiga jenis neuron. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis serta mengalami gejala sakit saraf,anda perlu berunding dengan pakar perubatan secepat mungkin.
5. Kesan sampingan ubat-ubatan
Pelbagai bahan-bahan yang diambil ke dalam badan secara sengaja atau tidak,mampu menyebabkan kerosakan dan sakit saraf. Selain itu,bahan toksik yang termakan tanpa sengaja termasuk plumbum,arsenik dan merkuri juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.
6. Kekurangan nutrisi
Termasuk vitamin B6 dan B12,kekurangan nutrisi boleh menyebabkan gejala kerosakan dan sakit saraf sperti rasa lemah atau panas terbakar. Pengambilan alkohol berlebihan juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan saraf.
7. Penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit seperti penyakit Lyme,virus herpes,HIV dan hepatitis C mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan kita.

Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia mempunyai 2 komponen utama iaitu

1- Sistem Saraf Pusat

Termasuk saraf tunjang dan otak

2- Sistem Saraf Periferal

Saraf yang bawa impuls dari saraf tunjang dan otak kepada semua bahagian badan.

Sistem badan khusus yang banyak membentuk sistem saraf periferal untuk pelbagai fungsi penting. Oleh sebab itu,pesakit saraf tak dapat rasai kesakitan yang amat sangat pada sebahagian besar anggota badan.

Antara Masalah Sakit Saraf Yang Terjadi di Malaysia

Painful Diabetic Peripheral Neuropathy (pDPN)

pDPN ni lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.

dPDN dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes dan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat . Penyakit ini menyebabkan pesakit sukar untuk berjalan,bekerja,tidur serta menjejaskan mood dan aktiviti harian.

Sakit Saraf Biasa

Sakit saraf biasa ini selalunya melibatkan saraf anggota tubuh seperti tangan dan kaki.

Ia selalunya menyebabkan rasa kebas,tiada kekuatan untuk bergerak dan kadang kala rasa sakit menyucuk. Pesakit saraf biasa ni juga berasa sukar bernafas,masalah penghadaman,masalah penglihatan dan pendengaran.

Cara Merawat Sakit Saraf dan Kerosakan Saraf

 

Kerosakan saraf dalam kebanyakan kes tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Namun,terdapat rawatan alternatif bagi mengurangkan gejala yang dihidapi. Jika kerosakan saraf progresif, adalah penting untuk berunding dengan doktor sebaik anda mengesan gejala awal. Cara ini boleh mengurangkan kemungkinan kerosakan saraf yang kekal.
Biasanya,rawatan pada peringkat awal adalah untuk menangani punca yang menyebabkan kesakitan atau kerosakan saraf termasuklah;
  • Mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit diabetes
  • Menukar ubat lain jika ianya menyebabkan kerosakan saraf
  • Menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi
  • Terapi fizikal atau pembedahan untuk menangani himpitan atau trauma ke atas saraf
Selain itu,rawatan yang dicadangkan adalah pengambilan ubat penahan sakit,ubat bukan steroid anti-radang seperti ibuprofen atau analgesik lain,krim atau gel untuk sapuan pada kulit.
Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan alternatif seperti akupunktur boleh melegakan kesakitan saraf.
Terdapat beberapa kes,sakit saraf terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 dan pengambilan makanan tambahan boleh membantu.
Cadangan Supplemen untuk Sakit Saraf
Cadangan untuk mereka yang mengalami sakit saraf dan memilih rawatan semulajadi adalah Set Kesihatan Saraf. Set ini membantu membekalkan nutrien penting untuk kesihatan saraf serta mengurangkan sakit saraf jika diambil secara konsisten.
vivix
Vivix
Minuman botani yang mengandungi polifenol dan resveratrol dan tinggi dengan antioksidan. Ia membantu melindungi dan memperbaiki sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. yang kaya dengan antioksidan di mana dapat bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas.
B complex
B Complex
Mengandungi kesemua vitamin B termasuklah B6 dan B12 yang penting untuk kesihatan saraf.
ostematrix
Ostematrix
Mengandungi vitamin D,kalsium dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dengan berkesan serta membantu melegakan sakit saraf.

Kalau nak dapatkan harga istimewa lebih jimat, jangan lupa whatapps Didie di 012-62278811 atau klik butang di bawah

buy-now-2

Semoga dengan ikhtiar ini dan izin Allah,diberi kesembuhan untuk masalah sakit saraf.

Share

Lebih Jimat dengan Promosi Shaklee July 2015

Selamat Datang July 2015.Shaklee menawarkan promosi hebat sepanjang bulan ini iaitu VIVIX Beli 6 Percuma 1
VIVIX 1Vivix mengandungi 4 ramuan aktif yang tinggi dengan ‘Resveratrol’ berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik,melindungi & membaiki sellular DNA.
Ayah saya makan Vivix untuk masalah darah tinggi dia.Lepas habis sebotol Vivix, dia pergi ‘check’ Alhamdulillah dengan izin Allah darah tinggi dia dah takde katanya .Of course la happy tak perlu telan ubat darah tinggi lagi.Badan pun rasa sihat je.

Selain Vivix,Shaklee juga menawarkan harga promosi untuk B Complex.

b com
B Complex mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin & asid folik.Ia membekalkan tenaga ,melebatkan rambut.B Complex yang kaya dengan asid folik mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang & membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Antara promosi lain yang Shaklee tawarkan ialah Vita-Lea for Children.
vita lea c
Multivitamin untuk kanak-kanak yang lengkap dengan 19 vitamin & mineral.Vita-Lea Children ini membantu tumbesaran tulang & otak serta menyokong sistem imun.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan harga yang lebih jimat,cash back pada bulan depan dan percuma 1 botol Vita-Lea.Boleh hubungi saya Didie 012-622 7811 untuk ketahui maklumat lebih lanjut.
Share

B Complex

Vitamin B penting untuk kesihatan
Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup,alkohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang bak sama ada daripada segi kesihatan jantung,sintesis DNA,menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.Ini kerana,asid folik yang semulajadi tidah mudah untuk diserap oleh tubuh,dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B,termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan Vitamin B :-

  • Menukarkan makanan kepada tenaga – bantu penghadaman,menukar lemak,karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf,sekaligus meredakan sakit kepala,tekanan,kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran – menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur – membaiki masalah kulit kepala,kelemumur,rambut gugur,beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata – mengurangkan masalah keletihan mata,mencegah katarak,meningkatkan kualiti penglihatan,menguatkan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi,merangsang peredaran darah dalam tubuh,merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular,merawat atau mencegah anemia,sakit kepala,pening,lemah semangat,keletihan,migrain,muntah-muntah,mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut( PMS),meredakan kerisauan,keresahan dan masalah penghadaman,terutamanya mereka yang mengambil uubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche – dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis),mencegah jangkitan lidah (glossitis),nafas berbau.
  • Detoksifikasi – meredakan alahan.

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

Share