Merawat Cyst dengan GLA Complex

Cyst merujuk kepada poket yang berisi cecair,bahan separa pejal atau gas.Antara yang lazim adalah  cyst ovari (ovarian cyst).Ramai wanita menghidap cyst ovari,namun rata-rata tidak sedar kerana tiada gejala atau simptom yang jelas.
Cyst ovari menunjukkan masalah pada sistem peranakan dan antara punca masalah ketidaksuburan dan sukar hamil.Biasanya cyst dikesan melalui pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh doktor.



Bagaimana cyst terbentuk?


Biasanya cecair terkumpul di dalam kawasan ovari dan boleh jadi ia muncul satu per satu dalam suatu masa,dan ada juga yang banyak dalam satu masa.Biasanya saiz terbesar adalah bersaiz ‘Grapefruit’.Semasa kitaran haid,wanita akan megeluarkan telur (ovulasi) di bahagian ovari.Ia bermula dari pembentukan folikel dan telur akan dikeluarkan di akhir kitaran haid.Folikel yang tidak matang dan tidak menghasilkan telur biasanya akan membentuk cyst.

Apakah simptom atau gejala cyst ovari?


  • Sakit perut 
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Kitaran haid tidak menentu
  • Pertambahan berat badan
  • Pendarahan tidak normal
Bagaimana untuk merawat cyst?
  • Doktor akan ‘tunggu dan lihat‘ kerana kadang kala cyst mengecut atau hilang dengan sendiri.
  • Jika mengalami masalah serius atau membesar,cyst dibuang melalui pembedahan.
  • Rawatan hormon untuk menyeimbangkan hormon dan mengawal pembentukan cyst.
Selain itu,anda boleh mencuba mengambil supplemen semulajadi GLA Complex Shaklee yang membantu mengawal ketidakseimbangan hormon.Gamma-linolenic Acid (GLA) adalah asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh,jadi ia perlu diambil dalam pemakanan dan diet harian sebagai makanan tambahan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.
Dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan,ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.
=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore
Share

25 tip dapur bersih & selamat,buat anda selesa di dapur.

“Eeee..kotornya!” Inilah kata-kata yang mungkin diungkapkan sesiapapun apabila melihat keadaan dapur yang tidak dijaga sebaiknya.Keadaan dapur sedemikian bukan saja mengundang ketidakselesaan,malah boleh membawa bahaya kepada anda baik daripada segi keselamatan juga kesihatan.

Ikuti 25 tip dapur bersih dan selamat berikut sebagai panduan:

1.Buang barangan yang tidak diperlukan.

2.Ikuti kaedah menyimpan barangan dengan betul.
3.Pastikan peti sejuk kemas dan bersih.Buang isian yang tidak boleh digunakan.Bersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

4.Sentiasa lap permukaan kabinet,meja dan juga kaunter berpulau anda.

5.Lap ketuhar gelombang mikro selepas digunakan.

6.Pastikan sampah sentiasa dibuang daripada tong dan kemudiannya bersihkan tong sampah berkenaan untuk mengelak bau.

7.Amalan sikap membersihkan dapur selepas memasak.

8.Jangan lupa menukar tuala mahupun kain yang telah digunakan untuk mengelap.

9.Gunakan sekurang-kurangnya dua papan memotong dan asingkan penggunaan untuk sayur dan bahan mentah seperti ayam dan daging .

10.Jangan biarkan kotoran yang ada dalam keadaan terlalu lama kerana akan mengundang bakteria.

11.Pastikan singki anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

12.Mop lantai untuk pastikan ia bersih daripada kesan minyak atau sebarang sisa masakan untuk mengelakkan daripada tergelincir.

13.Lap kipas yang ada di dapur untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam makanan yang dihidang.

14.Bakul sampah yang besar tidak sepatutnya berada di dapur kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan.

15.Elakkan lantai daripada berkeadaan lembap.

16.Elakkan daripada meletakkan alatan tajam seperti pisau di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

17.Barangan kaca hendaklah disimpan di dalam rak bertutup.

18.Susun kelengkapan memasak di tempat sebaiknya untuk memudahkan kerja-kerja pencarian semula.

19.Elak daripada meletakkan alatan yang panas di tempat yang terlalu rendah dan mudah dicapai.

20.Tukar alat penapis air mengikut jadual yang telah ditentukan.
21.Bersihkan alat pemanas air setiap hari selepas menggunakannya untuk mengelakkan kesan karat.
22.Ketahui teknik membersihkan peti sejuk terlebih dahulu sebelum anda mula membersihkannya.
23.Elakkan daripada menggunakan bekas penyimpanan plastik yang telah digunakan untuk isian semula.Sebaiknya bersih dan keringkan terlebih dahulu.
24.Vakum karpet sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
25.Sentiasa bersedia dengan bahan penghapus haiwan perosak seperti lipas,tikus dan sebagainya.
Bila dapur sentiasa diselia dengan baik,kita pun rasa rajin nak masak untuk orang-orang tersayang.Makanan tentulah bukan saja bersih,malah selamat.
Share