Cara Melancarkan Haid Yang Terlambat,Tidak Teratur

Tak semua wanita di dunia ni memiliki kitaran haid yang teratur dan lancar setiap bulan.Ramai wanita yang sering mengalami haid tidak teratur,2-3 bulan sekali baru datang haid.

kitaran-haid

Haid tidak teratur dan lancar banyak memberi kesan kepada wanita terutamanya wanita berkahwin dan ingin mendapatkan anak.Banyak faktor yang mempengaruhi seorang wanita yang kitaran haidnya terganggu.

Punca-punca haid terlambat

  • FIzikal – badan selalu rasa penat,kurang rehat dan stress.Stress akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang dihasilkan oleh badan,yang menyebabkan terlambatnya ovulasi,pelepasan sel telur oleh ovari.
  • Usia – Pada usia remaja,badan kita mengalami banyak perubahan hormon,badan yang sedang menyesuaikan dengan hormon kewanitaan dan kadang akan menyebabkan haid lambat.Begitu juga pada usia 45-55 tahun atau awal menopause,tubuh kembali mengalami perubahan masa yang juga akan menyebabkan haid kurang teratur.

PCOS-And-Pregnancys

  • Polycystic Ovary  Syndrome(PCOS) – adalah ketika badan wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki Androgen – Testosteron daripada hormon wanita Estrogen dan Progesteron.Masalah ketidakstabilan hormon yang menganggu ovulasi.
  • Berat badan – penambahan atau penurunan berat badan secara mendadak melambatkan haid.Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi / haid.
  • Pengambilan ubat – contohnya pil perancang kehamilan yang boleh menyebabkan haid jadi sedikit,jarang-jarang,lebih kerap,haid tak datang atau langsung tak datang.
  • Kesakitan dan mengalami penyakit seperti kanser.

Punca yang menyebabkan haid tak stabil sememangnya mempengaruhi hormon seorang wanita.Apabila hormon tak stabil menyebabkan emosi juga tak stabil.Masa tu sekejap happy sekejap sedih,asyik nak marah-marah,jadi sensitif.Kadang diri sendiri pun tak dapat nak kawal perasaan sendiri.

Masalah yang sama dihadapi oleh Puan Ija Ramli seperti dalam video ini.Setelah sekian lama dan mengamalkan vitamin Shaklee,tonton video untuk tahu kesannya.

Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Cara Melancarkan Haid yang Terlambat

1. Pemakanan dan amalkan diet seimbang 

Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan baik.

2. Kawal berat badan dan kekalkan badan yang sihat

Elakkan kenaikna atau penurunan berat badan yang mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat

Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum.Namun,elakkan senaman yang melampau dan berlebihan kerana badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan tekanan /stress

Uruskan kerjaya,keluarga,pelajaran dan sebagainya dengan seimbang.Pada masa yang sama,perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih harmoni.

5. Ambil ubat ikut jadual

Sekiranya mengambil ubat pencegah kehamilan,pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang ditetapkan.

6. Pengambilan supplemen

a) Gamma Linolenic Acid (GLA) – dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang mana kelebihannya ialah mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding Evening Primrose Oil (EPO).Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO.GLA digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Bagaimana GLA Complex membantu melancarkan haid?

GLA mengandungi lebih GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik  dan kaya dengan asid lemak Omega-6.Asid lemak adalah diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah haid.

Manfaat utama GLA

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita,memperbaiki simptom PMS seperti kejang perut,mood swing,payudara sakit dan berdenyut.

2. Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti  hot flashes,insomnia,ketidakhadaman,tekanan.Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan,membantu mengetatkan uterus,mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.

b) Vivix Shaklee

Purple Carrot adalah antara ramuan semulajadi Vivix.Ianya adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids,phenolics,polyacetylenes,isocoumarins dan sesquiterpenes.Ia juga mengandungi anthocyanins,antioksidan yang terbaik yang menghapuskan radikal bebas,yang menjadi punca hormon tak stabil serta mempengaruhi kitaran haid.

Haid yang tak teratur boleh memberi kesan kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita.Ia juga memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan serta boleh mengganggu hubungan suami isteri.Antara sebab lain ialah :

Kemandulan – Period tak stabil boleh jadi tanda masalah yang serius dan jika tidak dirawat ia akan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita.

Ketidaksuburan dan sukar hamil –Setiap wanita berkahwin pasti ingin mendapatkan anak.Namun,masalah haid tidak teratur boleh menganggu kesuburan dan peluang untuk hamil menjadi sukar.

Masalah kesihatan seperti anemia – Masalah haid ini juga boleh menyebabkan haid berpanjangan dan ini membuatkan badan kehilangan banyak darah.Badan akan jadi lemah dan mudah pengsan.

 

Bertindaklah daripada awal bagi mengatasi masalah haid terlambat dan tidak teratur ini sebelum keadaan menjadi lebih teruk.Jika anda mempunyai masalah ini dan ingin mencuba produk Shaklee yang berkaitan,hubungi Didie – 012 6227811 atau Facebook – MyvitaminSTORE.Anda juga boleh email di didiesh33@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Lebih baik mencegah daripada merawat.Semoga entry ini sedikit sebanyak dapat membantu dengan masalah anda.

 

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *