Perbezaan Energizing Soy Protein (ESP) dan soya lain di pasaran

Pagi-pagi kalau tak sempat breakfast (bukan bulan ramadhan la ye),minun esp  je inshaAllah tahan sampai tengah hari.
Dulu sebelum kenal ESP Shaklee,saya suka minum air soya. Tapi bila dah tahu kelebihan ESP dan perbezaannya dengan pelbagai jenama produk soya di pasaran,saya pilih untuk teruskan dengan ESP Shaklee.
Antara perbezaan protein soya (esp) shaklee :-
♧ mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif & komprehensif.
♧ kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
♧ dihasilkan daripada kacang soya yang benar2 semulajadi,iaitu kacang soya yang tidak diubahsuai genetiknya (non-GMO) sejak dari penghasilan biji benih sehinggalah dituai & diproses menjadi esp.
♧ non-GMO adalah rendah lemak & bebas kolestrol dan ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam2 lamanya.
♧ membantu mengekalkan kepejalan otot,pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon yang sempurna.Ia juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
♧ kandungan lemak dalam esp sangat minimum iaitu 1gram & tidak mempunyai laktosa bagi memastikan kadar penghadaman yang tinggi  dan diserap terus ke dalam darah.
♧ protein yang mengandungi 9 asid amino penting tubuh untuk menghasilkan hormon,jus penghadaman,antibodi & enzim.
♧ proses pembuatan protein soya sebaiknya dibuat tanpa pemanasan.Ini kerana asid amino sangat sensitif terhadap suhu yang tinggi.
Tahukah anda jika salah satu asid amino penting ini tiada,sistem imun boleh menurun sebanyak 30% di samping banyak fungsi tubuh badan tertangguh?
FB_IMG_1495956356153
Paling penting tentang ESP Shaklee ni tiada perasa tiruan,pemanis,pewarna dan pengawet,selain mengandungi 5 vitamin B,2 mineral & 8gram karbohidrat untuk tenaga.
Share

Perbezaan Shaklee dengan MLM yang lain

MLM
Saya memang ‘alergik’ dengar MLM ni,mental blocked terus.Tapi tu dulu,sebelum jumpa Shaklee.
Bezanya saya yang cari Shaklee,bukan Shaklee cari saya.Kenapa?Mulanya saya kenal Shaklee sebab vitaminnya dan tak pandang pun Shaklee ni MLM pada masa tu.
Hanya ambil tahu tentang produk2 Shaklee je.Yela,dah rasa macam mana kesannya bila ambil vitamin Shaklee terus jatuh cinta dan tak pandang yang lain dah.
Daftar ahli pun sebab nak makan sendiri,senang nak beli sendiri dan nak harga ahli,semestinya.Setelah daftar ahli,saya dimasukkan ke group upline saya iaitu Ladyboss sekarang iReach.
Group yang padat dengan maklumat,tak pernah putus bagi semangat dan bukan hanya fokus pada duniawi malah sangat menekankan amalan rohani yang mana ianya adalah asas yang perlu diperkukuhkan dulu.Sehinggalah suatu masa,saya terbuka hati nak jadikan sebagai bisnes.Awal2 mula bisnes,macam tak serius sangat.Mungkin saya ada kerjaya dan rasa berada di zon selesa.
Lama2 baru sedar yang zon selesa tu sebenarnya tak berapa selesa bila kita ada impian yang besar. Mata dan hati jadi lebih terbuka bila tahu perbezaan Shaklee dan peluang2 yang disediakan.
Niat pun dah diperbetulkan daripada hanya mengejar duit,sehingga niat ingin melihat lebih ramai orang tingkatkan tahap kesihatan.InshaAllah,bila niat kita betul,Allah akan permudahkan cuma kita yang perlu berusaha.
Alhamdulillah juga,dah setahun lebih saya terima bonus Shaklee tiap2 bulan walaupun ada turun naik.Dari 2 angka ke 3 angka,inshaAllah 4 angka dan seterusnya.
Semua orang bermula dari zero to hero,yang penting ada kemahuan dan push factor.Tak salah berimpian besar,kerana dari situ kita akan cuba yang terbaik dan jadi terbaik.
Share

Supplemen beri kesan jangka masa panjang

Supplemen oh supplemen
Bila diingat balik,saya memang bukan seorang yang rajin dan disiplin makan supplemen.Dulu ayah belikan vitamin,kalau disuruh makan pun kadang makan kadang tak.
Mungkin tak tahu apa fungsi dan tujuan sebenar makan vitamin pada masa tu.Jadi tak ambil kisah sangat.
Yela badan pun rasa sihat,makan pun takde masalah rasanya (walaupun macam2 jajan ditelan).
Bila dah jadi mak ni,baru lah datang sedikit kesedaran,tu pun sebab anak.Sebagai mak,mestilah kita nak yang terbaik untuk anak.
Mulalah nak berkenalan dengan supplemen sehingga bertemu Shaklee.Terimbas masa lalu,macam pernah tengok vitamin Shaklee ni kat rumah.Memang dah lama Shaklee ni rupanya.
Sekarang dari satu ke satu produk Shaklee saya dah rasa kesannya,terdetik juga dalam hati,kenapa dari dulu aku tak kenal Shaklee.
Bukan sembarangan supplemen semulajadi yang telah lalui pelbagai ujian klinikal dan ada Landmark Study lagi.
Dari makan sendiri sehingga jadikan bisnes dengan niat untuk menyebarkan kebaikan kepada ramai orang tentang pentingnya hidup yang sihat.
Jika kita lihat dari sudut positif,badan sihat,minda cerdas,banyak amalan dan perkara yang boleh kita lakukan.Juga boleh mengubah cara pemikiran dan cara hidup kita serta orang disekeliling kita.
Dalam hidup ni pun kita ada pilihan samada nak pilih yang biasa2 ataupun luarbiasa,yang baik atau terbaik,tepuk dada..tanyalah hati.

Share