Tips Hilangkan Kedut di dahi

Semalam ada seorang customer bertanya produk untuk hilangkan kedut di dahi.Bila bercakap hal wajah cantik berseri,setiap wanita impikannya.
1
Walaupun dah beranak pinak,kecantikan dalaman dan luaran kena jaga.Semakin usia meningkat,semakin banyak masalah kulit.
Peranan vitamin Set Kecantikan Shaklee seperti :
Vitamin C – sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan radikal bebas.
Ia juga merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit serta mencerahkan kulit.
Vitamin E – melindungi kulit dari sinaran matahari,menjaga kelembapan kulit dan menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel.
B Complex – membantu mencegah pigmentasi,melambatkan penuaan dan sebagai pelembap.
ESP – protein penting untuk membina sel sihat dan membantu menghasilkan kolagen dalam badan.
Vivix – menjadikan kulit lebih muda berseri.Ia membaiki sel rosak dan membina sel baru untuk mengekalkan awet muda.
Collagen Powder – sejenis protein yang diperlukan oleh tubuh untuk menyokong tisu-tisu badan kita bagi mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.
Nak kulit flawless tapi tak tau nak pilih yang mana satu,pm Didie @ 012-6227811.
Share

Cara Atasi Masalah Letih Lesu

Kita sebagai manusia, tak lari dari tugas harian sama ada yang bekerja ataupun tak.Siapa kata surirumah duduk rehat je kat rumah.
Kalau nak tau surirumah lagi penat dari orang yang bekerja,kat rumah kerja 24jam selagi terdaya.Apabila badan letih dan lesu,kita akan berasa malas,hilang tumpuan dan kurang bersemangat.
Berikut adalah beberapa faktor badan menjadi letih dan lesu :
▪bekerja kuat
▪ anemia
▪ dehidrasi / kurang air
▪ tekanan / stress
▪ perubahan gaya hidup yang drastik
▪ badan kurang nutrisi
▪ pengambilan ubat-ubatan
▪ perokok tegar
▪ insomnia
▪ kegemukan
  •  kehamilan
  • kafein berlebihan
Selain mengubah cara hidup sihat seperti bersenam dan amalkan pemakanan seimbang,pengambilan supplemen secara konsisten juga dapat membantu mengatasi masalah badan letih dan lesu.
Supplemen Shaklee yang membantu mengatasi keletihan adalah :
♧ B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B,yang memberi sokongan kepada badan dari segi kesihatan fizikal dan juga mental.
♧ Vitamin C menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan.Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan akibat serangan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.
♧ Vita Lea merupakan multivitamin yang diperkayakan dengan iron (zat besi) khusus mengatasi masalah anemia.
♧ Energizing Soy Protein (ESP) mempunyai isoflavon membantu menstabilkan hormon.Ia sebagai pelengkap nutrisi badan serta membekalkan tenaga.
♧ Performance Drink mencegah dehidrasi dengan mengawal keseimbangan bendalir badan dan menstabilkan gula dalam darah.
♧ Vivix membantu meningkatkan kesihatan imuniti tubuh serta menggalakkan kesihatan keseluruhan.
Namun,masalah keletihan dan lesu badan bukanlah suatu penyakit.Ia adalah simptom atau gejala badan kekurangan nutrisi dan perlu diatasi dengan cara seperti diatas.
Share

Tips Kekal Positif dan Bermotivasi

“Kenapalah saya takde motivasi,selalu fikir yang negative je”?
Korang tahu tak,motivasi,fikiran positif tu sebenarnya berkaitan dengan aktiviti neurotransmitter atau pindahan maklumat antara sel-sel dalam otak.
Kita akan rasa bertenaga,fokus,bersemangat dan bermotivasi tinggi apabila neurotransmitter kita berada dalam keadaan seimbang.
Manakala,bila neurotransmitter kita tak seimbang,kita jadi lesu,takde semangat,cepat putus asa,lemau,malas dan sebagainya.
Otak kita memerlukan asid amino,vitamin,mineral dan nutrien2 lain untuk memastikan neurotransmitter sentiasa seimbang.
Tryptophan dalam ESP hasil dari niacin,berfungsi menghasilkan Serotonin yang penting untuk fungsi saraf dan otak serta membantu menstabilkan emosi.
Lecithin mengandungi kolina yang membantu meningkatkan fungsi otak yang penting untuk konsentrasi,mengingat,berfikir dan lain2.
Omega Guard mengandungi omega-3,EPA & DHA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak.
B Complex yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk B12,yang penting untuk fungsi saraf dan otak.
Pengambilan protein yang lengkap dengan kesemua jenis asid amino serta sokongan nutrien lain akan menjadikan otak kita seimbang dan sentiasa positif.
Jadinya,kena jaga makan dan pastikan badan kita cukup protein.Protein pun tengok jenis protein juga,pilih protein yang berkualiti dan juga vitamin semulajadi supaya kita kekal positif.
Share

Perbezaan Ostematrix Shaklee dengan Kalsium lain

Walaupun kita boleh dapat sumber kalsium daripada pemakanan harian,tapi jumlah tu mungkin belum mencukupi nilai kalsium yang diperlukan oleh badan.
Namun,kekurangan nutrien boleh ditampung dengan pengambilan supplemen iaitu Ostematrix Shaklee.
FB_IMG_1487213963758
Ostematrix berbeza dengan jenama lain di pasaran kerana ianya mengandungi jumlah kalsium paling seimbanh bagi memastikan kadar penyerapan badan adalah 99%.
Formula unik Ostematrix yang diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati,mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D,zink,kuprum,manganese dan boron.
Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.
Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Jisim tulang berkembang ke tahap maksimum mencecah umur 28 tahun sebelum mula berkurangan selepas itu.
Mencegah lebih baik dari merawat. Mulai dari sekarang kita perlu jaga gigi,tulang dan tubuh kita agar dapat keperluan kalsium secukupnya.
Share

Tips Mencegah Penyakit Diabetes

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan kita tak lagi menghasilkan insulin atau badan tak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.
diabetes-pancreas
Insulin akan digunakan untuk bawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu,yang mana ia digunakan untuk bahan bakar.
Paras gula badan akan meningkat apabila kekurangan insulin dan gula tak dapat dibawa ke dalam sel dan tisu.Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar,juga merosakkan organ dan tisu yang terdedah kepada tahap glukosa yang tinggi.
Pesakit diabetes mempunyai masalah terhadap rintangan insulin,dimana sel menjadi kurang sensitif dan tidak menyerap insulin.
Namun terdapat kajian menunjukkan asid amino Arginie memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin.
Apakah asid Arginine?
Arginine merupakan Asid Amino tidak perlu yang dihasilkan oleh badan manusia.Namun,ia lebih lengkap dengan Asid Amino perlu.
ESP Shaklee merupakan protein soya non-GMO dan mengandungi kesemua 9 asid amino penting untuk fungsi badan.
ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan indeks glisemik (G.I) yang rendah dan sesuai kepada pesakit diabetes.Ini kerana makanan dengan indeks glisemik yang rendah akan mengalami pencernaan dan penyerapan yang lambat,maka kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan.
Secara tak langsung,ia membantu tubuh pesakit mengawal kandungan gula dalam darah serta mengurangkan risiko komplikasi.
Jadi,hargailah kesihatan kita supaya dapat menikmati hidup dengan tenang.
Share

Kesan dari Pengambilan Carotomax Shaklee

Kesan dari pengambilan Carotomax
Disebabkan setengah hari asyik mengadap komputer (dah memang keje kena guna komputer sepankang hari),mata pun rabun.
matarabun
Saya pulak lebih selesa dengan menggunakan contact lens berbanding cermin mata.Cermin mata jarang-jarang pakai.
Masa nak buat cermin mata baru,bila periksa mata tengok rabun dah turun.Ni la akibatnya bila amik carotomax dengan konsisten.
Ni la antara vitamin Shaklee yang memberikan perlindungan antioksida yang sangat tinggi kerana ia mengandungi 6 jenis karotenoid yang sangat diperlukan oleh badan.
Antara manfaat utama Carotomax ni adalah..
▪ lebih selamat dari vitamin A
▪ meredakan penyakit kulit
▪ menghalang infeksi
▪ mempertingkatkan penglihatan
▪ melawan kanser dan oksidasi
CarotoMax
Carotomax diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan antioksida seperti rumpai laut,non-GMO tomato,biji anggur,brokoli,pot marigold,epal,kentang,strawberi,karot dan sebagainya.
Setiap sayuran dan buahan ini diekstrak khasiat antioksidanya melalui cara pengasingan dan disalurkan dalam bentuk flavanoid dan karotenoid yang semulajadi.
Share

Kisah Jatuh Bangun dalam Shaklee

Kisah jatuh bangun dalam Shaklee
Semalam saya ada ceritakan macam mana saya kenal dengan Shaklee dan bagaimana ia merubah kehidupan saya.
Harini kisah jatuh bangun saya dalam biz Shaklee walaupun kisah saya belum sehebat rakan2 Shaklee yang lain tapi inilah titik permulaannya.
Takde orang yang lahir-lahir je terus boleh berjalan,pasti ada tangga2 yang perlu kita panjat untuk sampai ke atas.
Awal-awal saya hanya buat bisnes Shaklee as part time,takde orang yang support saya semua pun atas kekuatan diri sendiri.Buat blog saya gigih korek sana sini sebab dalam group dah ada cara-cara asas buat blog,tinggal nak dengan tak nak belajar je.
Masa hati belum kental dan pengetahuan tentang supplemen ni pun masih kurang,ada masa yang saya rasa down sampai tak tau nak buat apa dan mula dari mana.Tapi semuanya berbalik pada Allah,bila amalkan amalan rohani baru boleh kekal berdiri.
Apa pun usaha masih belum cukup untuk kejar impian dalam ‘vision board’ saya.InshaAllah one fine day kena lipat gandakan usaha.Tak kisah la apa orang nak kata yang penting kita tau apa yang kita nak.
Terima kasih untuk suami,keluarga dan rakan2 yang menyokong saya.Semoga impian kita sama2 terlaksana.Aamiin.
Share

Cara Kurangkan Eczema dengan Selamat

Teringat pengalaman mengandung anak ke-4,masa tu baru 13minggu tak silap,kulit naik gatal2.Pada mulanya tak amik kisah sangat,garu macam kena gigit nyamuk je.
Hari ke hari makin menjadi2 pulak gatal2 tu sampai satu badan.Tapi tahan lagi,tangan memang tak diam la menggaru tak sudah.
Dalam masa 2,3 hari je makin teruk dah sampai ke muka.Gatal sangat2 dari kepala sampai la kaki.Kena pulak eczema kat kaki sampai tahap kulit jadi tebal.
Tanya kat cousin,seorang doktor,macam mana nak buat masalah gatal2 ni.Then dia explain kata,ni sebab hormon masa mengandung.Memang sesetengah orang akan alami masalah gatal2 ni.Ada yang berbulan2 baru hilang,ada yang lepas bersalin baru hilang dan ada yang berbulan lepas bersalin baru hilang.
Cousin suggest pergi jumpa doktor pakar kulit,sebab dah tak tahan gatal2 tu sampai kena mc 2,3 kali.Jumpa pakar kulit,dia pun bagi ubat sapu dan follow up appointment.
 FB_IMG_1508404608814
Bila sapu krim yang doktor bagi,nampak la berkurang dan tak gatal. Tapi lepas 3,4 hari datang balik gatal-gatal.Eczema kat kaki pun dah tahap kritikal sampai berdarah-darah (buruk kaki i 😆).
Lepas 3 kali appointment,saya decide stop ubat-ubat tu semua dan teruskan je dengan Set Hamil Shaklee.Bukan sebab tak percaya ubat,cuma saya cari alternatif lain pula. Hari-hari gigih telan segala vitamin dan sangat disiplin sebab nak cepat baik kan.
Alhamdulillah dengan izin Allah juga,sedar tak sedar kandungan dah cecah 24minggu dan gatal-gatal dah takde langsung,kulit kembali sekata.Baru la boleh buat kerja dengan senang hati sebab tangan dah tak perlu menggaru 😃.
Sekian kisah pengalaman mak anak 4.
Jika anda menghadapi masalah lebih kurang saya,dan ingin mencuba dengan supplemen Shaklee,hubungi saya Didie di 012-6227811.
Share

Cara Kurangkan Strawberry Nevus atau Strawberry Mark

Strawberry Nevus
Tanggal 18 November 2016,lahirlah anak ke-4 saya,baby Shaklee Hazim.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan bermula episod berpantang. Pertama kali berpantang sendiri di rumah sendiri.
Lepas 2 minggu,tiba-tiba terkejut tengok jari kelingking Hazim tompok merah. Ingatkan luka ke apa,bila google baru tahu apakah itu.
Ia dipanggil Strawberry mark atau Strawberry Nevus,sedapnya nama 😄.
Bila check up,doktor pun suruh pantau je sebab ia akan berkurang atau hilang bila besar nanti.
Strawberry nevus atau hemangioma, adalah tanda lahir merah dinamakan sempena warnanya. Ton merah kulit datang dari kumpulan saluran darah dekat dengan permukaan kulit. Ini tanda lahir yang paling biasa berlaku pada kanak-kanak dan bayi.
Walaupun ia dipanggil tanda lahir, strawberry nevus tidak selalu muncul ketika lahir. Tanda ini juga boleh muncul apabila kanak-kanak berusia beberapa minggu. Mereka biasanya tidak berbahaya dan biasanya akan pudar apabila anak mencapai umur 10. Jika ia tidak pudar, pilihan penyingkiran disediakan untuk mengurangkan penampilan tanda lahir itu.
Apa yang saya buat,setiap hari sapukan Herbal Blend pada semua badan Hazim termasuk la jari tu.Lagipun sideline saya bagi tau,ada yang gunakan Herbal blend pada Strawberry venus dan lama-lama hilang.
Bulan ke bulan,nampak perubahan strawberry venus tu makin berkurang.Harini dah masuk 11 bulan umur Hazim,hampir tak nampak dah merah tu.
PicsArt_10-17-07.53.51-01
Krim Herbal Blend ni bebas paraben sesuai untuk kulit bayi dan juga serbaguna. Boleh sapu pada luka,eczema,tumit pecah,gigitan nyamuk dan banyak lagi.
Jika anda berminat untuk order atau ingin tahu maklumat lanjut boleh hubungi Didie di 012-6227811 / email didiesh33@gmail.com
Share

Cara Mencegah Penyakit Alzheimer

Zaman sekarang penyakit datang dah tak mengira umur.Kita yang muda pun boleh jadi pelupa.
Penyakit Alzheimer merupakan sejenis  penurunan fungsi saraf otak yang kompleks  dan progresif.Ia bukannya penyakit berjangkit tetapi ianya adalah keadaan di mana daya ingatan merosot.
Apabila kita tua,sel-sel otak banyak yang mati dan tak akan digantikan lagi.Salah satu ciri penyakit Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam ruang antara sel2 saraf otak.Plak ini terjadi disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai ‘amyloid beta peptides’.
Satu kajian menunjukkan Resveratrol mungkin dapat membantu mencegah atau meringankan penyakit Azheimer.Kajian dijalankan dengan memasukkan resveratrol ke dalam sel2 akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah amyloid beta peptides di peringkat sel.
Resveratrol tidak menyekat pengeluaran amyloid beta,sebaliknya ia menggalakkan kehancurannya dalam sel2 serta mencegah daripada plak terbentuk.
Fakta yang anda perlu tahu adalah,sel otak manusia tidak akan bertambah lagi selepas dilahirkan.Jika DNA sel otak berterusan mati,pesakit Alzheimer sukar untuk pulih.
Vivix adalah sebagai alternatif kerana ia mengandungi 10kali ganda resveratrol yang membantu membaiki sel DNA,menggalakkan pembentukan mitochondaria(pusat yang menghasilkan tenaga sel) dan melambatkan pembentukan protin AGE yang boleh menyebabkan kerosakan sel sedia ada.
Lebih baik kalau kita dapat hadiah Vivix untuk kesihatan mak ayah yang membesarkan kita supaya mereka dapat menikmati hidup dengan beribadah dan bersosial.
FB_IMG_1496195648577
Share