Tips Tegangkan Kulit Muka Secara Semulajadi

Apabila usia semakin meningkat,masalah kulit semakin ketara terutama kedutan dan jeragat. Perkongsian kali ini tentang tips tegangkan kulit muka secara semulajadi. Selain membuatkan kulit muka lebih anjal dan cerah,ia juga mampu mengurangkan jeragat.

Semakin lama usia kita semakin meningkat dan ia membuatkan kolagen mula menurun. Jika kolagen berkurang,ini akan melambatkan proses regenerasi kulit. Muka kita pun mula menampakkan garis-garis halus terutama sekitar mata,mulut dan dagu.

 Antara petua tegangkan kulit muka secara semulajadi ;

  1. Putih telur

Telur adalah salah satu sumber protein. Bahagian putih telur biasa digunakan untuk tegangkan kulit muka. Ia disapukan secara rata keseluruh bahagian muka kemudian dibersihkan dengan air suam dan akhir sekali basuh dengan air biasa. Amalkan paling sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

  1. Susu dan Madu
campuran susu dan madu untuk tegangkan kulit muka
campuran susu dan madu untuk tegangkan kulit muka

Selain mampu menegangkan kulit muka, susu dan madu juga berupaya membuatkan kulit muka kita menjadi lebih cerah.

Cara membuatnya juga sangat muda, campurkan 1 sudu kecil madu dengan 5 sudu kecil susu serta setitis minyak vitamin E.

Kemudian sapukan ramuan yang sudah digaul sebati ke muka. Biarkan selama 15 minit, sebelum muka dibersihkan. Lakukan petua ini secara rutin, dua kali seminggu.

  1. Pisang

Siapa suka pisang,mesti kat rumah selalu ada pisang ni.Jangan tak tahu,pisang pun boleh digunakan sebagai masker yang berfungsi untuk menegangkan kulit muka. Caranya,ambil sebiji pisang masak dan kupas kulitnya.

Lepas itu,hancur atau lenyekkan buah pisang dengan menggunakan garfu ataupun sudu.Lenyek sehingga lumat,kemudian lumur ke seluruh muka secara rata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan dengan menggunakan air sejuk.

  1. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis antara bahan semulajadi yang bagus untuk pembentukan kolagen sehingga kulit muka kembali anjal.

Ambil 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis,tambahkan sedikit gula dan garam. Campurkan kesemua bahan. Kemudian gosok bahan tadi ke muka dan juga bahagian leher dengan lembut dan perlahan.

Kemudian,biarkan selama 15 minit sebelum  dibasuh menggunakan air panas suam.

  1. Minyak Zaitun
minyak zaitun mengandungi vitamin A & E
minyak zaitun mengandungi vitamin A & E

Khasiat minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menegangkan kulit muka. Minyak zaitun mengandungi kadar vitamin A,E dan antioksidan yang tinggi. Sangat bagus digunakan sebagai pelembap dan anti penuaan.

Panaskan sebentar minyak zaitun,kemudian sapukan pada muka dan leher. Lakukan urutan ringan dan lembut menggunakan hujung jari dengan bentuk gerakan melingkar.

Lakukan urutan selama 10 minit setiap kali pada setiap hari sebelum masuk tidur.

 

Petua ini boleh dilakukan sekerap mungkin atau paling kurang 3 kali seminggu untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan.

Semoga perkongsian tips tegangkan kulit muka secara semulajadi ini membantu serta memberi manfaat kepada semua. Insha Allah,yang penting rajin  dan konsisten.

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *